28 December 2009

Jenaka :Karam Singh Warlia Punya Peribahasa

PeribaHasA kaRam sinGh waRLia yg x karam di LauTan!! cheK it ouT!!! :-
hehe..

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
28.Rumah terbakar nampak api,hati terbakar siapa tahu
29.tangkap ayam, ayam terlepas, tangan berbau taik...
30.Hidup umpama roda, sekejap di atas.. ohh kereta dah terbalik...
31.bagai kucing kehilangan taring,tikus melompat lebih tinggi
32.karam kapal boleh ditunda,karam singh walia utk tv3
33.dimana anjing menyalak disitu biawak memanjat
34.menutup bayang,biarlah berselimut seluruh badan
35.Ibarat marahkan kelambu, nyamuk dibakar
36.Alang-alang menyeluk pekasam... jom tanya alang

hah?...amcam..agak-agak korang lah kan...ader tak yamg mampu menandingi peribahasa Karam Singh Warlia neh..hehe...

25 December 2009

kisah benar : wasiat buat isteri tersayang ..

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
>kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit
>jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan
>disegani di kampung beliau.
>Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
>menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
>Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil
>merungut-rungut.
>
>
>Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
>Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
>merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya
>membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada
>arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun
>sampai.
>
>
>Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
>merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil
>bertanya akan sebabnya.
>
>Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar

>jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya
>ialah:
>Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
>milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
>anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
>bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham
>sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
>
>Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
>perniagaannya.
>Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping
>itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
>kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
>
>
>Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
>waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut
>dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang

>anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang
>bongsunya berusia 6 tahun.
>
>Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya

>diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
>perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan
>anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
>
>Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
>rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
>saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
>perempuannya.
>
>Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
>ekar
>
>seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya

>diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
>dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
>
>Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
> menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin
lagi.
>
>Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
>mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah
>dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah
>surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
>Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
>lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
>dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
>
>Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
>kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah
>proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang
>digunakan oleh isterinya).
>
>Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
>satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
>
>"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
>banyak
> dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling
berharga."
>
>"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
>pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa
>sakit apatah lagi jika aku sihat."
>
>"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
>rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum
>anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak

>pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia
>mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
>
>
>"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
>seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
>sebagai pengganti ibu)."
>
>Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
>faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
>berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan
>apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna
>kepada kita sebagai umat Islam
>
>-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-
>
>Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat..!

Dipetik dari sumber
__________________

21 December 2009

Tun Daim Zainudin melayu terkaya di dunia?

-->http://en.wikipedia.org/wiki/Daim_Zainuddin meletakkan kekayaan beliau bernilai US$10.2billion.
SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’

Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)

ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus.

ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

petikan ini diambil dari-->http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=117581

19 December 2009

Christian the lion

kisah benar 2 lelaki membela singa pd thn 70-an dulu. mereka telah memelihara singa tersebut dari baby..sehingga pada satu masa, singa tersebut telah besar dan mereka tidak mempunyai ruang bagi singa tersebut..apa yg boleh mereka lakukan adalah menghantar singa tersebut ke afrika di mana tempat ia sepatutnya berada..setahun kemudian, 2 lelaki itu pergi ke afrika untuk melihat singa itu dan .................
owh....crita neh sangat sedih...huhu...korang tengoklah sendiri...layan...

13 December 2009

10 Kebaikan Coke...cubalah!!!

Cubalah dan buktikan secara saintifik.


satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari... Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya"... Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ _______
____________ _________ _________ _________ _______


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke, time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

08 December 2009

Tak Berbaloi Taja Pasukan F1 Malaysia?

Syarikat petroleum negara, Petronas semalam mengumumkan menjadi penaja utama kepada pasukan formula 1 yang menggunakan enjin Mercedes. Kedua-dua pihak telah membuat perjanjian lima tahun dengan menggunakan nama Mercedes GP Petronas.

Pengumuman ini sekaligus menjadi tamparan kepada pasukan formula 1Malaysia yang masih terkial-kial mencari penaja utama. Air Asia dan Proton sebelum ini telah menyatakan kesediaan menjadi penaja pasukan formula 1Malaysia.

Walaupun Petronas menjadi pembekal bahan api utama kepada pesawat Air Asia itu tidak membuka hati pengurusan Petronas untuk menjadi penaja utama.

Langkah Petronas menaja pasukanMercedes adalah lebih tepat berbanding menjadi penaja pasukan Formula 1Malaysia .

Lebih-lebih lagi walaupun Malaysia berbangga dengan pasukan formula 1nya tetapi masih lagi bergantung enjin luar iaitu enjin Lotus dari Itali.

Manakala Pasukan Mercedes GP Petronas sebelum ini dikenali dengan nama Brawn GP telah terbukti keunggulannya dengan menjadi juara formula 1 musim lalu.

Kemunculan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher yang dikhabarkan akan menjadi pemandu Mercedes GP Petronas dijangka akan meningkatkan nilai tajaan Petronas pada masa akan datang.

Ternyata Petronas lebih menyedari adalah lebih berbaloi menaja Pasukan Mercedes GP Petronas berbanding pasukan Formula 1Malaysia.

04 December 2009

Kad sim anda tidak selamat?

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang menerima SMS memaklumkan dia memenangi wang tunai RM15,000 terkejut apabila kad sim telefonnya dibatalkan kerana syarikat telekomunikasi menyatakan dia sudah memansuhkan nombor berkenaan walaupun dia tidak pernah berbuat demikian.

Lebih mengejutkan apabila lelaki yang mengirimkan SMS itu seolah-olah ‘memerhatikannya’ kerana mengetahui dia membuat laporan polis ketika cuba mendapatkan semula kad sim berkenaan.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zawiyah, 34, berkata dia menerima SMS itu pada 23 Januari lalu pada jam 4 petang namun, tidak mengendahkannya kerana percaya ia adalah penipuan.

“Tetapi, tiba-tiba saya rasa seperti mahu menghubungi nombor berkenaan dan cuba membuat panggilan. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan memaklumkan sekali lagi bahawa saya memenangi wang RM15,000 dari sebuah syarikat minyak,” katanya.


Menurutnya, lelaki itu meminta nombor akaunnya untuk memasukkan wang tunai yang dimenanginya dan mangsa memaklumkan hanya mempunyai akaun sebuah bank.

“Tetapi, lelaki itu mengatakan mereka tidak berurusan dengan bank itu dan meminta saya menunggu arahan seterusnya,” katanya.

Zawiyah berkata, pada jam 8 malam, dia cuba menghubungi rakannya, tetapi gagal kerana kad sim telefon bimbitnya gagal berfungsi.

“Selepas itu, saya hubungi pusat servis syarikat telekomunikasi itu, namun kakitangan yang bertugas menyatakan saya sudah membatalkan nombor itu dan mengambil kad sim yang baru dengan nombor sama,” katanya.

Menurutnya, dia turut meminta kakitangan berkenaan memeriksa baki wang tambah nilai kerana dia memasukkan RM100 beberapa hari sebelum itu dan terkejut kerana tiada baki yang tinggal kerana kakitangan berkenaan mengatakan bahawa ia sudah dikongsi dengan nombor lain.

“Saya juga memintanya membatalkan nombor berkenaan, namun agak terkejut kerana dia mendakwa bahawa tidak boleh membatalkan nombor itu kerana saya mendaftarkan nombor itu tanpa memberikan kad pengenalan,” katanya.

menurutnya, dia hairan bagaimana syarikat telekomunikasi berkenaan boleh meluluskan permohonan tanpa meminta salinan kad pengenalan dana memintanya menyelesaikan sendiri dengan mengunjungi pusat servis berdekatan.

“Keesokannya, saya membuat laporan polis sebelum ke pusat servis di Bukit Idaman, Selayang untuk membuat pembatalan nombor berkenaan dan kakitangan di situ memaklumkan bahawa ejen mereka di Kuala Lumpur yang mengeluarkan kad sim baru nombor berkenaan,” katanya.

Menurut Zawiyah, selepas itu, dia berjaya mendapatkan semula kad sim nombor asalnya dan kakitangan berkenaan berjanji untuk membuat siasatan selepas cuti Tahun Baru Cina.

“Sejam selepas saya berjaya mendapatkan nombor asal saya itu, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang lelaki dipercayai lelaki sama yang menghubungi saya sebelum ini dan bertanya kenapa saya ambil semula nombor itu,” katanya.

Zawiyah berkata, lelaki berkenaan juga mempersoalkan kenapa dia membuat laporan polis membuatkannya berasa tidak selamat kerana lelaki itu tahu apa yang dilakukannya.

“Saya tanya lelaki itu bagaimana dia tahu saya buat laporan polis dan dia hanya ketawa, malah mencabar saya membuat lebih banyak laporan polis kerana yakin dia tidak akan ditangkap,” katanya.

Menurutnya, apa yang mengecewakannya adalah prosedur syarikat telekomunikasi itu yang seolah-olah tidak selamat dan tidak melindungi maklumat peribadi pelanggan.

01 December 2009

1 Malaysia yang ku rindui

Saya seorang Melayu. Bapa dan ibu saya orang Melayu. Jua ibubapa mereka.Saya dilahirkan di awal 60an di sebuah kampung terpencil di Kedah, yang rata-rata penduduknya dibelenggu kemiskinan dan kerumitan. Boleh dikatakan semua penduduk Melayu di kampung tersebut mengusahakan sawah bendang, samada yang memiliki tanah ataupun yang menyewa tanah.
Terdapat beberapa keluarga Cina - dalam ingatan saya di sekitar 10 hingga 15 keluarga - di kampung saya. Umumnya, penduduk Cina tinggal di sekitar pusat kampung, iaitu di kawasan yang dekat dengan jalan utama menuju ke Alor Setar. Dua atau tiga keluarga Cina sememangnya orang berada. Mereka menguasai pasaran padi dan beras. Malah mereka juga mempunyai kilang beras sendiri. Penjualan dan pembelian padi hampir dimonopoli oleh peniaga-peniaga Cina tersebut.
Yang lainnya menjalankan perniagaan runcit, tukang jahit, mekanik dan sebagainya. Pada masa tersebut, padi hanya dapat ditanam sekali setahun kerana kekurangan air dan saluran air.

Jadi setiap tahun, sawah bendang hanya akan terbiar selama lebih kurang 6 bulan setiap tahun kerana ketiadaan air. Pada masa itu pesawah-pesawah tidak akan mempunyai sumber pendapatan.
Lalu apa yang terjadi ialah pesawah-pesawah terpaksa mengambil pinjaman dari kaum Cina, samada yang berniaga beras ataupun yang berniaga runcit. Hutang-hutang ini akan dilangsaikan apabila padi dituai dan dijual kepada mereka pada akhir musim menuai kelak. Itu lah yang berlaku saban musim dan saban tahun. Ianya bagai satu litaran hidup dikampung saya.
Namun saya tidak pernah bersemuka dengan apa-apa kemelut perkauman. Ianya bagai satu sistem ekonomi mikro yang diamalkan berabad lama. Yang sudah menjadi lumrah.

13hb May 1969 hanya saya ingat sebagai satu jangkamasa di mana sekolah saya ditutup. Yang saya ingat mengenai tarikh tersebut ialah terdapatnya kekacauan dan terdapat perintah berkurung. Lalu saya tidak dapat ke sekolah. Itulah satu-satunya ingatan saya mengenai peristiwa tersebut.
Pada awal 70an, ketika kerajaan Kedah diterajui oleh Datuk Syed Nahar, saya masih ingat beliau telah memulakan satu projek yang sungguh-sungguh membawa perubahan ekonomi kepada pesawah-pesawah di Kedah amnya dan di kampung saya terutamanya. Beliau sedar yang bekalan air adalah kunci penanaman padi. Beliau tidak mahu lagi sawah bendang terbiar kekontangan selama 6 bulan setiap tahun apabila datangnya musim kemarau.
Lalu kerajaan melancarkan satu usaha untuk mengorek "parit-parit gila" di serata Kedah. Umumnya sungai-sungai kecil digali dari sungai-sungai utama ataupun punca-punca air utama menuju ke sawah bendang. Dari sungai-sungai kecil ini, parit-parit kecil digali menuju ke tanah-tanah sawah untuk membawa bekalan air. Ini membolehkan bekalan air sampai ke tanah-tanah bendang setiap masa. Pada musim hujan, air akan ditakung di dalam sungai utama dan air itu akan dilepaskan ke dalam sungai-sungai kecil dan parit-parit gila tersebut pada musim kemarau.
Saya tidak pernah tahu kenapa parit-parit itu dipanggil "parit gila". Hanya saya dapat agak kenapa. Parit-parit itu tidak mempunyai apa-apa hala yang tertentu. Ianya mempunyai halatuju yang tidak bersistem. Malah kalau dilihat dari udara, parit-parit tersebut bagai jalan-jalan yang tidak berarah, macam sesuatu yang gila. Maka dipanggilah parit-parit tersebut "parit gila". Itulah kefahaman saya.

Pada setiap hari raya, selesai sahaja saya mandi dan berbaju raya, saya akan bermaaf-maafan dengan ibubapa saya serta semua ahli keluarga. Kemudiannya saya akan ke masjid untuk sembahyang raya dan menziarahi kubur. Namun terdapat satu amalan yang mesti saya kerjakan setiap tahun di dalam perjalanan saya ke masjid. Saya akan diberikan bungkusan kuih-muih raya untuk saya berikan kepada kelaurga-keluarga Cina di pusat kampung. Maka saya pun akan berjalan ke pusat kampung dan mengetuk pintu kedai kaum Cina di pusat kampung awal-awal pagi. Satu persatu akan saya berikan bungkusan kuih-muih. Dengan senyum mereka akan ucapkan selamat hari raya dan memberikan duit raya - yang pada masa itu tidak lebih dari 20 sen - kepada saya. Kemudiannya, saya akan terus ke masjid.
Saya masih ingat Ah Gek, seorang budak perempuan Cina yang selalu menjaga kedai runcit abangnya di pusat kampung. Cantik juga rupa beliau. Putih kekuningan dan tidak lepa tersenyum pada bila-bila masa sahaja. Dia sedikit tua dari saya. Namun kami seolah-olah membesar bersama-sama, di suatu waktu dan daerah yang asing dan senang dilupai.

Saya belajar di Alor Setar, 16 batu dari kampung saya. Setiap hari, pada pukul 5.40 pagi, saya akan dibawa di atas basikal oleh Datuk saya ke pusat kampung. Bas akan datang pada pukul 5.50pagi. Begitulah hidup saya hari ke hari. Saya akan pulang ke rumah pada lebih kurang pukul 3.30 petang setiap hari. Saya terpaksa bersusah-susah begitu kerana Datuk dan nenek saya inginkan saya belajar di sekolah "orang putih".
Ketika saya di sekolah berasrama, saya akan pulang sekali sekala ke kampung. Kadang-kalanya saya ke kedai Ah Gek untuk membeli barang-barang rumah. Begitu juga apabila saya di universiti. Apabila saya pulang ke kampung, Ah Gek, yang kini sudah dewasa, masih berada di kedai tersebut. Dia kadang kalanya akan berkata, "whoa...lu sekarang sudah pergi KL ya...manyak jauh ah...bagus la...lu banyak pandai..."

Projek parit gila telah banyak membantu pesawah-pesawah di kampung saya menaikkan taraf hidup. Tidak perlu projek-projek yang berbilion-bilion sebenarnya. Mulanya pesawah-pesawah dapat menanam padi 2 kali setahun. Kemudiannya mereka dapat menanam padi 5 kali di dalam masa 2 tahun. Bayangkan, hanya disebabkan parit gila itu sahaja pendapatan mereka telah naik hampir 3 kali ganda. Pada saya, projek parit gila itu lah projek yang paling berjasa untuk menaiktaraf kehidupan pesawah-pesawah di kampung saya.

Namun kemiskinan dan keperitan hidup masih dirasai oleh semua di kampung saya. Rata-rata kanak-kanak Melayu dan Cina di kampung saya hanya belajar hingga ke Tingkatan 3 sahaja. Terdapat juga keluarga-keluarga Melayu mahupun Cina yang tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah. Saya masih ingat seorang perempuan Cina yang mempunyai lebih dari 10 orang anak yang tinggal berdekatan dengan masjid di kampung saya.Namun keperitan dan kemiskinan tersebut menjadi lumrah alam yang diterima sebagai satu hakikat. Masyarakat kampung hidup aman. Dan mereka tidak perlu meminta sedekah. Itu yang penting.

Pada kenduri-kenduri perkahwinan, orang-orang Melayu akan menjemput kaum-kaum Cina bersama-sama. Mereka akan datang dan makan di bawah satu bumbung dan bersebelahan tetamu-tetamu Melayu. Pada malamnya, terdapatlah tarian joget atau pertunjukan wayang kulit. Kadang-kadang, sekiranya tuan rumah itu orang yang berada, akan adalah pertunjukan kugiran. Malah kadang-kadang malam itu akan diserikan dengan pertunjukan "hadrah" (pementasan bangsawan tempatan). Hadrah itu sebenarnya dilakonkan oleh pelakon-pelakon lelaki dan pondan. Namun ramai lah orang kampung yang duduk di hadapan pentas hingga lewat malam menikmati cerita yang dilakonkan.
Saya pun selalu menyaksikan persembahan-persembahan tersebut sehingga lewat malam. Maklumlah, itu lah sahaja sumber hiburan kami pada masa itu selain dari radio transistor. Namun, ibubapa saya dan kawan-kawan saya tidak pernah risau tentang keselamatan kami. Pada masa itu, tiada kes-kes penculikan, rogol mahupun pembunuhan kanak-kanak ataupun orang dewasa seperti sekarang ini. Kampung itu aman damai walaupun terdapat hanya seorang konstabel polis bagi seluruh kampung. Kes kecurian pun tidak pernah berlaku. Kalau adapun, hanyalah kecurian ayam-ayam dari reban di belakang rumah. Tetapi yang mencuri itu hanyalah beberapa ekor musang dan bukannya manusia.

Apabila keluarga-keluarga Cina mengadakan upacara perkahwinan. Mereka akan membeli seekor lembu dan menyuruh orang Melayu menyembelih dan memasaknya. Orang-orang Melayu dijemput hadir dan makan masakan tersebut. Ramai yang akan hadir bersama meraikan upacara perkahwinan tersebut. Malah kadang-kadang orang-orang Melayu dijemput untuk bersilat. Semasa makan, tidak terlintas pula dikalangan kaum Melayu bahawa pinggan mangkuk, gelas dan cawan atau sudu dan garpu yang digunakan tidak disamak. Malah kadang-kadang, anjing peliharaan tuan rumah itu akan berkeliaran disekeliling rumah kenduri tersebut. Tiada siapa yang hiraukan.
Pada malamnya, orang-orang Cina akan meraikan upacara itu dengan bermain mahjong dan sebagainya. Malah mereka akan minum arak mengikut kesukaan mereka. Tidak pernah pula ada apa-apa bantahan dari mana-mana pihak mengenai perkara-perkara tersebut.
Perempuan Cina yang mempunyai lebih 10 orang anak itupun tinggal di belakang masjid. Tiada siapa yang menyuruh beliau pindah. Malah berdekatan dengan masjid terdapat pula satu "rumah candu". Ini adalah peninggalan pemerintahan British di mana lesen dikeluarkan untuk "rumah candu" di mana orang ramai boleh "menikmati" candu di dalamnya tanpa diganggu.

Sebagai seorang budak, saya pernah pergi mengendap di belakang rumah candu tersebut. Melalui satu lubang kecil di dinding "zinc" rumah candu tersebut, saya pun nampaklah beberapa orang kampung dibuai candu.
Di pusat kampung pula, terdapat kedai-kedai kopi yang dibelakangnya terdapat arak. Saya masih teringat "Anchor beer" dipanggil bir cap brek kapal. Bersebelahan dengan salah sebuah kedai kopi itu terdapat pula satu pusat menjual empat nombor ekor. Ramailah penduduk, tidak kira yang Cina mahupun Melayu ke situ untuk membeli nombor bertuah dan juga untuk memastikan nombor yang menang. Walaubagaimanapun, tidak pernah saya terdengar riuh-rendah mengenai penjualan bir ataupun empat nombor ekor di kedai-kedai tersebut, walaupun kampung itu diduduki oleh lebih kurang 95% orang Melayu.
Orang-orang Cina pula tidak pernah membuat apa-apa komplen mengenai azan yang terlalu kuat dan sebagainya. Maklum lah, ketika itu tiada bekalan elektrik. Malah, mereka juga memastikan dengan secara sukarela untuk tidak menjual daging **** bersama-sama ataupun berdekatan dengan ikan, daging dan sebagainya di pasar runcit mereka. Penternakan **** memanglah tiada langsung.

Di tepi sungai berdekatan dengan dewan orang ramai, terdapat satu "stesyen polis". Ianya diduduki oleh sebuah keluarga kecil yang ketuanya merupakan seorang konstabel polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kampung saya.
Di sebelahnya terdapat sebuah klinik yang diduduki oleh seorang jururawat Melayu yang juga bertindak sebagai seorang bidan. Saya masih ingat jururawat tersebut. Beliau akan berbasikal ke rumah-rumah yang mempunyai bayi di dalam unifom jururawat pada masa itu, iaitu baju dan "skirt" putih. Sepanjang ingatan saya tidak pula ada yang membantah pakaian beliau pada masa itu. Ahli-ahli jawatankuasa masjid kampung pula, sepanjang ingatan saya, tidap pernah menyeranghendap klinik tersebut pada waktu dinihari untuk memastikan si-jururawat itu tidak tidur dengan lelaki bukan muhrim. Kejadian begitu tidak pernah terjadi.
Tiada yang membantah itu dan ini. Semuanya sibuk dengan kehidupan sendiri. Semua penduduk kampung dianggap kawan dan sahabat, tidak kira samada Melayu atau Cina, peminum arak atau penghisap candu, yang memelihara anjing ataupun kucing, yang belajar di sekolah orang puteh mahupun di sekolah Melayu, Ah Gek ataupun Art, yang kuning ataupun sawo matang, yang ber"skirt" ataupun berbaju kurung, semuanya sama sahaja.

Keadaan di kampung saya pada masa tersebut seperti terdapatnya suatu kuasa yang melihat dan mamantau dari jauh perangai penduduk tempatan. Ianya seperti terdapat satu peraturan yang termaktub. Tiap-tiap penduduk tahu tanggungjawap masing-masing dan prihatin terhadap budaya, pantang-larang dan kesukaan masing-masing sehinggakan perkara tersebut tidak perlu digembar-gemburkan. Semuanya bagai satu jentera yang bergerak secara sinkronis tanpa apa-apa masalah.
Itulah 1Malaysia yang pernah saya duduki dan yang saya rindui.

petikan:sumber