30 March 2010

Teh Ais Sudah Cair

Ini kisah air kegemaranku...teh ais,
tak suke dengan ceritera ini?
Ada nampak itu pangkah?
Please leave this blog as soon as possible...


Lepas makan malam di bilik member,
Aku terus balik bilik,
takda melencong pergi mana2,
serius aku tak tipu,
tak pernah aku sejujur2 ini,
dengan kamoo jek aku jujur begini,
jalan tak boleh nak melencong,
yelah bilik member tuh pun selang satu bilik jer dari bilikku,
lagipun jalannya straight jek takda bercabang2,
okeh...kembali ke pangkal cerita,
sampai di bilik borak-borak jap dengan roomateku,
aku panggil roomateku itu Cekgu,
kenapa cekgu?

28 March 2010

Blog Ko Macam Belacan!!!

Wey...blog ko macam belacan lah...
hahaha...
huh???...aku blur seketika...
aku pandang kiri...
aku pandang kanan...
sape yang berani cakap cam tuh? (kata2 dalam hati jek ni)
aku pandang kiri lagi...
aku pandang kanan lagi...
suara itu lagi!!!
wey...ko dengar ke tak???
blog ko macam belacan lah...hahaha
Hey sape yang berani cakap cam tu hah???
kalo berani sangat tunjukkan muka!!!
kali ini aku mula bersuara...
(beranikan diri...tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu)
haha...tak professional langsung lah blog ko neh...
reti buat blog ker tak reti???
macam2 sampah aku jumpa dalam blog ko ni...
Dunia blog Aku???
Medium mengekspresi perasaan???
lawak2...
kala ini hatiku sudah menggelegak panas...

19 March 2010

Akhirnya...

Malaysia- Penulis blog Dunia Blog Aku yang lebih dikenali sebagai nufaha dalam dunia siber telah mempublishkan blognya, iaitu, Dunia Blog Aku, ketika ditemuramah dengan tanpa segan silunya nufaha merampas mic dari reporter yang bertugas dan buat mic itu seolah-olah miliknya, kata nufaha lagi,"saya dengan ini mengishtiharkan Dunia Blog Aku untuk tatapan umum,sebenarnya blog ini telah lama wujud, lebih kurang 2 tahun sudeh, tapi disebabkan saya ketika itu masih tak berpuas hati dengan performance blog saya, saya tak publishkan, tapi kini saya rasa sudah tiba masanya semua diluar sana tahu kewujudan Dunia Blog Aku, blog ini tiada tujuan khusus...saya panggil blog ini blog carca merba..blog ini sangat tak professional..bersepah-sepah dengan widget yang entah pape entah...saya main kutip jer widget ni kat internet,kepada yang tak suka dengan blog saya, jangan masuk langsung blog tuh, takda pape pun...buang karen jer masuk Dunia Blog Aku". Itulah kata-kata ringkas oleh nufaha ketika sesi bersama media, sebelum pergi nufaha sempat berposing ala Lady Gaga lalu pergi bersama mic itu tanpa dipulangkan.

01 March 2010

Sensitif???

Aduh....korang berjiwa sensitif x?
korang ada member yang jiwanya sensitif tak?
urgh...berat2...aku letih jadi manusia yang sensitif
aku dah letih dah bawak perangai sensitif aku neh...emmmm...
masalahnya aku neh bila kesensitifan aku datang mula lah aku neh berperangai pelik,
hey jangan salah sangka okay? bukan abnormal, bukan aku neh gila,
cuma bila aku neh sensitif,tak pasal2 nak nangis,tak pasal2 nak cari pasal,
adoi...tulah yang jadi mangsa member2 aku,emmm....
lagi2 sally, chadot, cput,dayah n cikgu...
emmm...korang...sorry aku selalu buat korang risau,
kadang2 aku malas gak layan member yang kamcing dalam jiwa aku neh,
yang bernama sensitif neh,
kalo sensitf neh ada jasad....dah lama aku halau buat susah hidup aku jek,
yelah...bila kita sensitif kita tak boleh nak bersikap professional...
hati asyik melayan jiwa yang sensitif....mata pun turut nak join...sama2 mengalir air mata...mengada2 betol...
urgh....syahdu2...
tapi kadang2 aku BERSYUKUR dilahirkan dengan jiwa yang sensitif....
at least...aku mudah menyelami perasaan orang lain,
kalau orang lain gelakkan seseorang sebab dimalukan,
aku tak gelak, sebab aku tahu kalau aku kat tempat dia mesti aku malu,
sebab tuh aku sentiasa jaga setiap bait2 dalam percakapan aku agar tak ada yang tersinggung...
akhirnya aku nampak fungsi sensitif neh...member kamcing aku dari kecik,
dialah yang buat aku nangis,
buat aku mudah kesian kat orang,
sekarang aku boleh berbangga dengan member aku yang seorang ini...SENSITIF!!!