28 January 2011

Kisah Ada Aku Kisah?

Assalamualaikum

Ok….selalu aku perasan orang dok cakap “ada aku kisah?”. Selalunya orang2 yang suka berkata begini adalah kerana mendapat teguran2 yang mereka tak berapa boleh terima kan…macam juz like2 gitu. Tapi memang dah macam trend aku tengok…asal teguran2 tuh jenis yang tak berapa nak kena dengan diorang…inilah jawapan yang sering diberi.



Tapi kalau ikutkan, jangan lah suka pakai ayat neh. Yelah kadang2 orang tegur bukan sebab suke2 nak cari kesalahan ko. Tapi disebabkan diorang ada rasa tanggungjawab n sayang kat ko dia cakap camtuh. Perlu berpada-pada kalau nak guna ayat neh. Sebab selalu orang yang suka guna ayat neh, dia maksudkan bahawa hidup aku, suka hati aku lah, aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku. Woooowwww….aku kalau jumpa orang camneh kalau dapat bagi sedas dua pun best gak kan. Kan aku dah teremo pulak. Bukan apa orang2 camneh aku rasa diorang cakap tak pikir dulu, tak pun memang takleh pikir, sebab otak dia memang takda. Apsal aku cakap macam tuh?. Orang2 macam neh patut dipulaukan, kalau nasihat orang tak leh terima, nak hidup cara dia jek, sampai menyusahkan orang sekeliling.

Tapi BEWARE..ko jangan sombong sangat, aku geram lah orang2 macam ko, sebab per, ko rasa hidup ko hebat sangat kan? Ko tak perlu orang lain untuk nasihat o guide dalam hidup ko kan?...tapi aku nak ingatkan ko, sedangkan time ko dah meninggal nanti pun ko perlukan orang sekeliling ko, yelah, nanti sapa nak kebumikan jenazah ko? Sapa nak mandi n kapankan ko? Orang sekeliling jugak kan? So tak payah lah berlagak sangat dalam hidup. Ko kena admit yang ko memang perlukan orang sekeliling selama mane ko masih bernafas kat dunia neh. So…jadilah manusia yang humble, yang ikut rule dunia neh, buat baik dibalas baik, buat jahat kadang2 jek , Okeh?

p/s: Aku pun ada jek guna ayat neh, tapi dalam situasi gurauan okeh? Neh aku tujukan untuk hamba2 Allah yang hidup tak berpaksikan realti (pergh…ayat!!! Aku ker neh?). ok…daaaa

19 January 2011

Gambar bersaiz 17gigapixel???

Assalamualaikum
hah...gelak lah....gelak puas2....tahu korang tak puas hati lah tuh....
oke2....my bad.....lama sangat tak update blog kan?
emmmmm...ada ker orang yang ternanti2 blog aku neh?
Lama sangat tak update....mahu kalau blog neh rumah dah berhantu dah.....
lama sangat kena tinggal...hahaha...apa2 pun...layan entri baru neh k???


--------------------------------------------------------------
Aku tak tau software apa yang digunakan dan bagaimana ianya dilakukan, tetapi aku cukup kagum! Huhu.. Mengikut info yang diterima, gambar ini terhasil dari gabungan 2046 keping gambar yang diambil menggunakan Nikon X2 dan gambar ini bersaiz 96GB! Huhu.. Lihat di video bagaimana begitu terperinci pada setiap sudut gambar ini..