27 February 2011

Kolam Renang Paling Pelik Di Dunia

Assalamualaikum


Aku tengok kolam renang neh nak renang pun takut...ahhh...bohong!!!...tak payah nak renang lah...masuk kolam pun rasa gerun...macam ada orang perhatikan kita kan?...dok lah ngintai kita berenang....euuuwwww....kalau aku tak tahu itu hanya gambar...memang aku buat gaya sidekick lah kan dalam kolam renang tuh...dan itu hanya akan buat aku nampak macam orang tak betul, so...sebagai manusia yang ada rasa tangggungjawab sesama manusia...aku nak inform korang lah, mana tahu korang 'BERTUAH' jumpa kolam renang macam neh, jangan lah buat gaya sidekick lak dalam kolam renang tuh,konon nak sidekick orang2 yang dok ngintai korang mandi....haha...lepas dah tanggungjawab aku bagitahu korang....

26 February 2011

Budak Neh Buat Aku Nangis...

Assalamualaikum

Lately aku suke post entri letak gambar jek, neh gara2 aku terpengaruh dengan kate2 sape entah yang kate.... "picture can tell a thousand words" betul ker? hah korang tengok lah gambar-gambar budak neh....INNOCENT kot muka, sayu jek aku tengok, muka dia menunjukkan betapa dia mahu gula-gula (gula-gula ker? entah lah...aku teka jek) yang dijual oleh seorang peniaga, tapi budak tuh tak mampu beli...so  dia mampu tengok je...

 

 





Gambar-gambar neh dah buat aku nangis...sob...sob...

24 February 2011

Mari Belajar Dari Curitiba

 Assalamualaikum

 Haaa...jangan nak memandai...itu bukan mencarut okeh??? Curitiba tuh adalah nama bandar abang oi kak oi
apa yang best n special bebenor pasal Curitiba neh ek?...haaaa...korang baca fakta kat bawah neh dulu...
 ------------------------------------------------------------------------------------

Fakta menarik tentang Curitiba
1. dibuka pada 1693
2. antara bandar tertua di benua Amerika
3. terletak di Brazil dan mempunyai 3 juta penduduk
4. "Bandar Hijau" no. 1 di dunia
5. perancancan bandar dikenali sebagai Pelan Induk Curitiba (Curitiba Master Plan) bermula sejak 1965
6. 70% penduduk menggunakan pengangkutan bas awam dikenali sebagai BRT untuk ke tempat kerja     walaupun pemilikan kereta per penduduk ialah 1:3 (1 kereta untuk 3 orang penduduk)
7. penduduk Curitiba cuma berbelanja 10% daripada pendapatan untuk pengangkutan.
8. menggunakan kambing biri-biri di taman untuk meragut rumput kerana kos lebih rendah daripada menggaji pemotong rumput
9. penduduk miskin diberi insentif dalam bentuk makanan atau token pengangkutan dengan menukarkannya dengan beg-beg sampah sebagai usaha untuk pengurusan sisa pepejal dan kitar semula yang lebih teratur.


 ---------------------------------------------------------------------------------------
haaaa....amacam?? menarik bukan? Jom rakyat Malaysia sekalian...kita hijaukan Malaysia neh. Yang baik kita contohi apa salahnya kan? ....daaaaaa...sekian entri kali neh

Jangan Mengeluh...



Silap langkah nyawa melayang

Kalau dapat sidekick dari gajah neh...

Salah target....naya jek

Sentiasa mengalah...

Kerja doktor memang begini
Kerja tak payah pakai otak...senang...  
-------------------------------------------------------------------------------------------
Hah...korang tengok...kerja korang dok dalam econ dan kadang kala tuh banyak bebenor masa nak mengulor pun korang nak bising, nak mengeluh, belajar lah dari gambar2 di atas, bersyukur lah kerja korang jauh better dari diorang, korang tak perlu berpanas, tak perlu meletakkan nyawa sebagai taruhan, jadi...pengajaran d cni......jangan mengeluh.....ok itu aja entri kali neh....daaaaaa.....enjoy see d pictures k???

23 February 2011

Lelaki kacak, wanita cantik miliki IQ lebih tinggi?

LONDON: Selain sering dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, seseorang yang memiliki wajah segak atau lawa juga didapati lebih cerdas berbanding orang lain.

Kajian terbaru dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat mendapati, tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi daripada orang biasa, Keputusan itu sekali gus menolak kepercayaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.

Kajian itu dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE), baru-baru ini.

Menurut keputusan kajian itu, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya.

Hasil hubungan itu, kata kajian berkenaan, pasangan terbabit boleh mendapat anak yang kemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.

Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

“Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita,” katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford). - DM

 lepas neh meja study aku biar penuh dengan barang2 macam neh...

Rupanya senang jek nak pandai, pulun lah dok study pakai buku tebal-tebal, belajar siang malam kan? Masuk u lah sangat, rupanya kalau tepek bedak sejuk tiap2 malam pun boleh jadi pandai.....hahaha...


10 February 2011

Sesal kemudian tiada gunanya (betul ker?)

Assalamualaikum

Okeh.time untuk membebel. Aku suka. (hahahah)

Korang2 semuakan pernah tak buat keputusan dalam hidup neh, lepas dah elok decide baik punya, aim baik punya, setelah pikir segala baik dan buruk akibat perbuatan korang, korang pun dengan yakin mengambil jalan A, jalan B korang abaikan, pastu setelah sekian lama, tiba2 hati korang berdetik “kenapa lah aku tak pilih jalan B dulu?”…hah, pernah tak situasi macam neh berlaku?

Bila korang pikir macam tuh? terdetik di hati korang macam tuh? bukan ker macam korang mempersoalkan takdir tuhan?, boleh ker kita mempersoalkan takdir tuhan? Hah, itu persoalannya di sini, okeh, jangan tanya aku balik, aku pun takda jawapan yang betul2 sahih, tapi tipulah aku tak pernah mengalaminya kan?, kita mampu cakap sebab kita mengalaminya kan?, kalau tak, tak termampu lah aku nak taip panjang2 entri pasal neh, tak pun, takdanya lah keluar idea pasal entri neh. (ishhhhh….apadaaaa korang neh)


Kita sudah buat keputusan, itu takdir kita, tapi kite persoalkan balik, boleh ker?, tak salah ker?. Bukan ker kita tak patut persoalkan, sebab kita rasa kita dah pilih jalan yang terbaik untuk kita, tapi….at the end…kita menyesal….haruuuuuu….haruuuu beb…

Tapi bila pikir2 balik, its ok ada perasaaan menyesal tuh, dari perasaan tuh, kita boleh belajar untuk membuat pertimbangan yang lebih baik pada masa depan bila kita menemui situasi yang lebih kurang sama dengan pengalaman2 kita sebelum neh, betul tak? So, kita boleh correct balik mistake yang kita pernah buat, dengan memilih keputusan yang betul2 betul, (paham tak yang aku BOLD kan neh?...hahaha…maaf bahasa taram saja). So, bila kita dapat second chance neh, kita akan rasa lebih bagus, lebih hebat, sebab kita dah correct mistake kita yang lepas.

Tapi, bukan semua perkara ada second chance, kalau takda second chance?...menyesal seumur hidup, yeke?, habis tuh kalau takda second chance, takkan lah kita nak menanggung rasa menyesal tuh seumur hidup? Paham tak?, ok, aku bagi contoh, Temah buat keputusan untuk berkahwin dengan Jeman, sebab Temah rasa Jeman memang baik orangnya, yelah, family Temah sendiri yang rekomen Jeman, jadi Temah dah yakin 100% dia akan bahagia dengan Jeman, lagipun Jemah dapat restu dari keluarganya, mesti dia bahagia dengan Jeman, pikir Temah, tapi selepas kahwin, baru lah sikap Jeman sebenar menonjol, iaitu Jeman kaki pukul, malas bekerja, dan sikap2 negatif yang lain, Temah pun mula lah menyesal. The end. (watak Temah dan Jeman takda kena mengena dengan sesiapa ok?) tak ke haru kalau macam tuh.(Berganda2 haruuuuuu lah jawabnya). Tak berbaloi….tak berbaloi…

Tapi(ada tapi lagi neh), aku rasa dan pikir dengan logik akal fikiranku ini, dan membuat pertimbangan sebaik2 nya,kita boleh rasa menyesal, tapi jangan lah sampai perasaan itu menjejaskan kehidupan kita dan akitiviti seharian kita, yelah, sampai tak boleh buat kerja langsung, gedik lah tuh. Aku rasa setiap keputusan yang kita buat, itulah yang terbaik untuk kita, sebab kita yang buat keputusan itu, kita jek yang tahu diri kita, of cos lah kita tahu yang terbaik untutk diri kita kan?, so, jangan menyesal banyak2, sikit2 sudah. Okeh, dis only my opinion okeh?, tak suka, jom berdebat....cehhhh....gurau jek, kalau korang rase something wrong dengan opinion aku neh, sila majukan padaku, sharing is caring right?.

Sometimes the wrong path is the right choice, because if we didn’t take the wrong path, we will not learnt anything, because we learnt when we did mistake (amik kau, gigih sungguh aku speaking nak bagi korang paham). Pikir2 kan yer?, even a stopped watch (jam yang dah rosak), will correct two times in a day….

Tahniah aku ucapkan pada korang, gigih sungguh korang baca, kalau baca sampai habislah :P, sekian, entri ala-ala motivasi…daaaaaa...