31 March 2011

Berblog Biar Berpada-pada


Assalamualaikum

Kali neh aku nak cerita pasal blog aku lah sebab neh blog aku so aku cerita pasal blog aku lah, karang aku cerita pasal blog korang, korang tak puas hati, siap nak claim royalti pulak kat aku…whatthefish…hahaha

  1. Keaiban – Aku kalau nak tulis entri aku akan elak perkara2 yang boleh mendatangkan keaiban orang, contohnya, aku tak suka tulis pasal si A kena tangkap basah dengan si B, lepas tuh kite pergi gebang2 kat blog kite yang diorang kena tangkap basah. Pastu ade pulak insan yang sangat baik hati pergi phostostat (aku bukan anti photostat sebab aku pun banyak pakai cilok2 jek) pulak entri tuh letak pulak kat blog dia, maka tersebarlah cerita keaiban orang. Cuba lah korang pikir kalau si A n B tuh tak nak maafkan korang sebab dedahkan aib diorang,macam mana? Paling senang kisah2 artis, kat mana korang nak pergi cari artis tuh mintak ampun setelah aib mereka korang dedah2 kan? Jangan lupa…diorang pun manusia macam kita….

  1. Gambar- Neh lagi satu, perkara yang aku amat sensitif, aku tak berapa suka letak gambar perempuan yang pakai baju yang tak menetapi syariat Islam yang betul, yer..aku tahu, aku tak perfect, tapi aku takut aku ‘membantu’ orang mendedahkan aurat mereka, gambar2 aku pun aku tak letak sangat…takut…perempuan neh banyak aurat yang perlu di jaga. Lagi satu, tak semestinya gambar perempuan, kalau gambar tuh agak ‘terlalu sopan’ pun aku tak letak, takut wey..neh jugak tergolong dalam mengaibkan orang…takmo2…nanti akan dipersoalkan diakhirat kelak….siapa yang kena jawab? Aku jugak…blog aku…aku lah yang kena jawab kan?

  1. Nama- Okeh, lagi satu pasal nama, neh pun aku jarang mention nama orang dalam blog neh, kalau itu bakal membawa aib padanya, tapi kalau perkara yang baik2 pasal dia…aku dengan bangganya nak letak nama dia kat blog aku…heee

Berblog memang best, tapi berblog biar berpada-pada, maybe bermacam2 tujuan korang berblog, untuk mencari kenalan, untuk duit, tapi jangan lupa, berblog juga boleh mendorong kita buat dosa tanpa disedari…

Lepas neh jangan lah pulak ade yang terus berhenti berblog sebab entri aku neh, owh….sangat lah badget aku neh, terkesan sungguh kan entri aku? Heeee…takpa….entri neh khusus ditujukan kepada diri sendiri…bukan untuk korang…jadi tidak perlu emo2 baca entri neh…smile :)

30 March 2011

Bila orang Melayu tulis surat cinta dalam bahasa London


haha...aku tergelak lah bace surat neh...memang hebat lah kalau orang Melayu boleh speaking macam neh kan? haha...entri neh juz for fun....baca surat neh berkali-kali conpem korang pandai speaking lepas neh.Tapi jangan lah dah pandai speaking nanti, korang cakap cam neh lak "i sound stupid when i speak malay" neh boleh mendatangkan kemarahan, tapi kalau cakap macam neh takpa "saya nampak bodoh bila saya speaking"....hah kalau macam neh cakapnya...korang geng aku lah beb...dari kecik sampai ke tua dok belajar bahasa inggeris neh tak khatam2 gak aku....geram lah...kalau bahasa inggeris neh ada rupa, ada bentuk....dah lame aku gigit2 sebab geram sangat kan, hah amik kau...hahaha...ok lepas neh kawan dengan foreigner jek, boleh polish level bahasa inggeris aku....hahaha...minggu2 test neh aku banyak tensen, memang entri pelik2 jek lah kan aku buat, nak bagi korang pun sama2 tensen dengan aku...hahaha....wish me luck frens :)

25 March 2011

Albert Einstein bukan genius?

Albert Einstein adalah seorang saintis & ahli Fizik terkemuka pada abad lepas. Beliau di lahirkan pada 14 March 1879 di Ulm, Kingdom og Wurttemberg, German Empire. Sumbangan beliau kepada perkembangan dunia Sains tidak dapat disangkal lagi. Relativity theory dan Photoelectric Effect Theory yang beliau temui membuahkan Nobel Prize in Physics pada tahun 1921. Akan tetapi, adakah beliau benar-benar genius?

Benarkah Einstein genius?


Walaupun banyak pihak yang mempertikaikannya, tetapi banyak kajian telah dijalankan yang membuktikan bahawa Einstein adalah pure genius! Einstein pernah berkata bahawa kunci utama kepada kebijaksanaan beliau adalah kebolehannya untuk menggambarkan masalah yang beliau hadapi dan kemudian menafsirkannya kepada nombor & perkiraan matematik. Sebagai contoh, semasa beliau mengusahakan Relativity Theory, beliau membayangkan bagaimana jika alam semesta menaiki pancaran cahaya sebagai satu kenderaan?
Bukti-bukti saintifik yang mengatakan Einstein adalah genius?

Bilangan neurons & glial cells (Sel di dalam otak) Einstein adalah lebih banyak daripada manusia normal iaitu : Einstein = 11 orang lelaki. Sel-sel ini membolehkan Einstein mempunyai kebolehkan berfikir secara konsep yang mantap.
Neurons & glial cells terdapat pada Area 9 & Area 39


Secara am-nya, otak Einstein adalah sama seperti otak manusia biasa kecuali pada satu bahagian otak yang di panggil inferior parietal region. Pada bahagian ini, saiznya adalah lebih besar. Total saiz otak Einstein adalah 15 % lebih lebar dari otak manusia biasa. "Visuospatial cognition, mathematical thought, and imagery of movement are strongly dependent on this region," kata para pengkaji.
Culcus terletak di bahagian tengah otak
 Kelebihan otak Einstein adalah pada bahagian seperti didalam gambar, tidak mempunyai lekuk yang dipanggil sulcus. Ketiadaan sulcus ini membolehkan lebih banyak neurons pada kawasan ini untuk berhubung dan bekerjasama dengan lebih mudah. Para pengkaji otak Einstein menyimpulkan bahawa perbezaan fizikal antara otak Einstein dan manusia biasa menjadikan Einstein seorang yang mempunyai keupayaan pemikiran yang jauh lebih hebat.

Siapa tak kenal kan Albert Einstein neh...kucing aku kat rumah pun kenal, kalau korang tak kenal sila nyorok muka bawah bantal...hakhak. Dulu time sekolah aku sangat lah berminat dengan rambut Einstein neh. Aku ingat lagi cikgu fizik suka cerita pasal Einstein neh. Antara cerita yang aku ingat lah kan? Bila Einstein dah jumpa formula dia yang femes tuh, dia kan jadi gila, menurut cikgu aku, Einstein neh sebenarnya dia tak gila, tapi pura-pura gila, kan lepas tuh dia jadi femes sebab formula dia yang femes tuh, dia sebenarnya pura-pura gila,sebab tak nak terlibat lagi dalam bidang sains neh, sebab melalui formula dia tuh kan, die menjumpai sesuatu yang menakutkan die,...tapi tak sure lah mende kan, sebab lepas tuh kan die dah gila. Aku memang minat sangat subjek fizik, sampai pernah lah kan berangan-angan nak ada formula sendiri macam Einstein neh, mana tahu akan datang aku bukak buku teks fizik anak aku terpampang FORMULA NUFAHA...siapa tahu...hahaha...(berangan)
Hye IQ saya 160. Ada beran?

23 March 2011

Zaman Sekarang Semua Tak Selamat Dah...

Assalamualaikum

1. Zaman sekarang perempuan nak keluar pakai hangbag rasa tak selamat dah...takut kena ragut...(coursemate aku budak german, interchange student, baru -baru neh kena ragut kat KL...conpem lepas neh die takut nak datang Malaysia dah...)

2.Zaman sekarang nak makan pun rasa tak selamat..takut makanan mengandungi bahan-bahan terlarang...contohnya squad elite khinzir....

3. Zaman sekarang budak-budak nak main kat taman permainan pun tak selamat dah...takut kena culik dengan manusia yang kurang bijak...eh bukan...yang kurang kewarasan akal (kurang waras lah tuh pergi culik anak orang kan?)
4.Zaman sekarang tak boleh nak percaya siapa-siapa dah...termasuk family sendiri...macam kes haruan makan anak...(haruan makan anak takpa..itu memang makanan dia...manusia kamu jangan dengki sama haruan okeh?)

5.Zaman sekarang nak dating pun tak selamat dah...kalau nak selamat...kahwin je terus....
6. Zaman sekarang nak bersosial di facebook, twitter or blog pun tak selamat dah....ramai yang pandai hack account sekarang....jahat!!!
7.Zaman sekarang nak letak gambar kat facebook atau blog pun tak selamat...kerana gambar-gambar itu bakal transform dari gambar sopan ke gambar kurang sopan...gambar tuh transform sendiri daaaaa....(sila jangan pelik...)

Tapi...korang jangan jadi macam kura-kura neh...nak keluar pun takut...
 8.....cukup-cukup lah tuh....makin melalut aku rasa, zaman sekarang neh kita rasa makin tak selamat kan? pergilah ke mana-mana pun, still rasa insecure kan? kenapa ek? okeh...tak payah lah pikir sampai kerut-kerut dahi tuh...soalan tak susah pun...siap bagi soalan lagi...jawapan jek takda...hahaha...sekian.



22 March 2011

Susah hidup kat Malaysia?

Assalamualaikum

Minyak naik...nak bising
barang mentah naik nak bising
kos hidup naik nak bising

Apa yang naik semua nak bising...betul? kalau salah...biarkan...anggap jek entri neh yang salah, jangan salahkan aku...entri ini tiada unsur-unsur pun untuk menaikkan kemarahan mana-mana pihak, aku bukan nak cerita pasal politik kat sini okeh? so siapa-siapa yang dah start angkat bendera masing-masing tuh, tolong turunkan...

Yelah, manusia neh tahu nak bising jek, tak kan matinya kan korang kalau setakat minyak naik, harga barang semua naik, betul tak? bikin malu jek, kalau korang boleh kebulur kat negara sendiri, sedangkan ulat pun boleh hidup dalam batu, sedangkan pengemis pun boleh hidup cukup makan...kan3? 

Sebenarnya aku tertarik nak buat entri neh...pasal pagi tadi aku tengah tunggu bas nak pergi ke fakulti aku, sekali tuh aku nampak bangla yang kerja jual air kat foodcourt kampus aku tuh naik motor beb!!! aku neh pun motor pun belum mampu, belum mampu bukan apa, sebab lesen belum ada lagik. Aku terpikir lah sedangkan bangla pun boleh hidup senang. Senang lah tuh, mampu ada motor sendiri.


Masih tak puas hati? masih nak bising? ok lah, aku cerita lagi satu kisah, kat kawasan rumah aku kan ada orang jual aiskrim yang naik motor punya tuh, orang tuh ayah aku cakap orang kemboja, ayah aku pernah lah borak dengan orang kemboja tuh, orang kemboja tuh even jual aiskrim jek, tapi dia hantar anak dia sekolah kat private school, and setiap bulan kena bayar yuran sekolah RM700, itu belum masuk perbelanjaan lain algi, rumah, makan minum anak isteri, bil elektrik, bil air dan sebagainya, still dia mampu hantar anak dia ke sekolah yang bagus...
Macam-macam ada kat Malaysia neh...


So, masih tertanya-tanyakah anda? masih meragui kah anda? dengan kehebatan Malaysia neh...sedangkan orang luar datang Malaysia pun mampu makan kenyang-kenyang. Takkan lah kita sendiri akan kebulur kat negara sendiri kan? sebenarnya...banyak rezeki kat Malaysia neh...so...amacam? susah ker hidup kat Malaysia?




16 March 2011

~Cinta Sampai Mati~

Assalamualaikum

Bila CINTA jek mesti nak kaitkan dengan couple
Bila CINTA mesti nak kata pasal pakwe/makwe
Bila CINTA jek gedik nak cakap pasal dating
Bila CINTA jek mesti ada teddy bear n bunga (kesian ko teddy bear....tetibek jek)

Boooooooo sama lu orang, hello aku bukan nak cakap pasal kekasih aku ker? kekasih korang ker?  pasal couple ker? ish3....sebab siapa yang teka macam tu memang salah, ada ker kata aku nak cakap pasal menda-menda tuh? takda kerja kawan..hahaha

Dah terang-terang tak payah nak suluh-suluh dah pun, aku tulis kat title entri aku tuh kan? CINTA SAMPAI MATI, cinta apa yang korang sangka nak bawa sampai ke mati? pakwe/makwe korang sekarang? ada gerenti boleh sampai ke mati? Sedangkan belum tentu diorang jodoh korang, inikan pula sampai ke hujung nyawa...

Of course lah cinta terhadap Ilahi kan? kan3? Insya Allah kita sentiasa berdoa agar kita lahir dan mati dalam keadaan Islam....ok? Tapi selain Allah, siapa lagi korang nak cinta sampai mati? siapa tahu angkat mouse!!! Yup betul, cinta pada parent kita....kerana parent kita sentiasa bersama kita sejak kita lahir sehinggalah kita dah pandai melawan...eh tak....sampai kita pandai berdikari...

Korang agak2 lah kan? aku dapat idea tajuk entri neh dari mane? aku dapat dari adik aku, al-kisahnya aku dan adikku tengah ada sesi gossip girl di bilik kitorang (kitorang share bilik...adik n kakak share bilik...sweet tak? hahaha),aku pun sambil gosip sambil belek handphone adik aku, sekali tuh aku pun cek lah kat history call handphone adik aku tuh kan, aku nampak lah nama "cinta sampai mati", aku pun cakap kat adik aku, "owh...ada pakwe ek? senyap2 pulak tuh? nama tak boleh blah, cinta sampai mati konon....", untuk pengetahuan korang adik aku neh tomboi2 sikit, dia neh jenis jarang express feeling dialah der, nak tengok dia nangis pun bukan main susah (memang takda keja lan kan nak tengok dia nangis...). Aku neh selaku kaki report kat mak aku pun, memekik lah dari bilik tuh..."maaaaaaaakkkk!!!!! adik ada pakwe maaaakkkk!!!!", sekali tuh adik aku pun cakap senyap2...bisik kat aku, "bodoh!!! neh no mak lah banganggggg!!!....terkesima aku, no mak rupanya...

hehe..sweet kan adik aku tuh...save no mak dalam phone dengan nama macam tuh....creative sungguh...cinta sampai mati...korang lak save no parent korang dalam phone dengan nama ape? :)




14 March 2011

Bersyukur ke korang?

Assalamualaikum

Perbualan yang sering kali kita dengar...

"wahhhh....dia pakai mercedes lah beb...bila lah agaknya aku dapat pakai kereta mcam tuh" (pengguna kereta kancil)
"tengok tuh dia dah pakai kereta kancil lah bang, kita dok berzama pakai motor dah" (pengguna motorsikal)

"Bestnya kalau ada motor macam dia, takda lah letih nak mengayuh macam naik basikal neh hah, dah lah penat kayuh, lambat pulak tuh...huh" (pengguna basikal)

"Duit takda, jalan kaki jek mampu, bila nak mampu nak pakai basikal neh?" (pejalan kaki)

"wahhhh....beruntungnya dia dapat jalan bebas macam tuh , aku dah hilang kedua-dua belah kaki aku, dah tak dapat nak pergi mana-mana"


Bersyukur kah anda? jangan dipandang pada yang lebih dari korang, tapi pandang lah pada orang yang punya kurang dari korang, tentunya korang bersyukur....fikir-fikirkan dan renung-rengungkan...:)


11 March 2011

Apa yang Best Hari Jumaat?

Assalamualaikum

Hari neh aku nak cerita pasal hari jumaat? kenapa hari jumaat? kenapa tak nak cerita hari lain? sebab hari jumaat besssssssssttt!!! betul kan hari jumaat best? korang pun setujukan kalau aku cakap hari jumaat best? yelah, hari jumaat lah hari terakhir bekerja bagi tiap-tipa minggu, tiap hari korang ternanti-nanti hari jumaat, bila pikir hari neh hari jumaat, lepas tuh besoknya cuti, fuuuhhhh, jangan cakap, rasa seronok sangat kan? tapi bukan orang bekerja jek yang sentiasa meraikan hari jumaat, budak sekolah, budak kolej dan budak u pun... suka sangat hari jumaat...kan3?

ok lah, tapi hari neh aku nak cerita kaitan hari jumaat dengan lelaki, selalu aku kalau jenjalan cari pasal atau nama manjanya blogwalking, kadang2 kalau malas walk, aku blogjogging, kalau joggging laju sikit,hik3, aku tengok sering kali blogger lelaki cakap pasal perempuan, kali neh biar perempuan lak cakap pasal lelaki boleh kan3?...bagi lah can kat kami pulak (sambil buat muka kesian,,,dengan mata yang bersinar2...harapan).

okeh, sebagai student yang terperuk dalam kawasan kampus sehari-harian, gelagat student kampus lah yang entertain aku tiap-tiap hari, yelah, belajar kompem2 tension, nak kuar kampus pergi enjoy selalu pun bukan kaya sangat, so tengok gelagat manusia pun boleh kot sebagai entertainment...free lagik...hahaha

Kalau hari jumaat, aku suka sangat tengok lelaki pakai baju melayu, serius smart n cool, kalau hari lain, haram kaum adam neh nak pakai kan? pastu amat jarang sangat dah lelaki yang pakai baju melayu, even hari jumaat, entah kenapa? neh yang nak tanya kaum adam neh napa korang susah bebenor nak pakai baju melayu? pakai hari jumaat pun susah ker? dan ini bukan pendapat peribadi aku sorang jek k? member-member aku pun cakap lelaki memang smart pakai baju melayu, emmmm, takpa, memang smart lah, sebab jarang nampak orang pakai, kalau dah selalu sangat, dah tak smart dah, dah jadi biasa-biasa ajek, tak kesah lah pakai baju melayu lengkap ker? pakai dengan seluar jeans je ke? pakai lengkap siap bersampin ker? smart kot, tak tipu, saya ulangi lagi sekali (saya tiba2 lak?), serius smart n cool :)

colour kucing neh hitam.smart kan?cool kan? (gambar neh tiada kena mengena pun)

so, jadikan ia sebagai satu amalan yang jarang-jarang dilakukan, kalau selalu sangat, dah tak rare lah (ini nasihat tak berapa nak betul, sila betulkan sendiri). Tapi napa perempuan pakai baju kurung tiap2 hari pun nampak cantik jek?...:) (alah...puji kaum sendiri apa salahnya)




09 March 2011

Orang jual orang

Assalamualaikum

dua sepuluh dua sepuluh...siapa nak beli? mari...mari...mari...sini ada orang nak jual orang...hahaha....
sini ada gambar pasal penjualan hamba pada zaman dulu-dulu, zaman kita belum wujud...hehehe...dulu jual hamba neh memang antara bisnes yang mendapat sambutan lah katakan, tapi untung ke ada hamba neh? untung kot, kalau zaman sekarang, pakai orang gaji kan? tapi orang gaji makan pakai kena tanggung, pastu kena pulak bayar gaji tiap-tiap bulan, zaman dulu, pakai sistem hamba, hamba neh once dah beli, jadi hak mutlak kita, tak payah bayar gaji tiap-tiap bulan....ish3....jimat banyak dah kat situ, tapi kalau tengok gambar-gambar neh kebanyakannya negro yang jadi hamba, maybe sebab diorang neh tahan lasak kot, setakat kena sepak terajang, kerja 24 jam takda hal lah kot.... :)






Nota tambahan:Charlie Smith adalah merupakan hamba terakhir di US, beliau meninggal dunia pada October 5, 1979 di Barstow, Florida pada umur 137 tahun, lahir di barat afrika.Smith lahir dengan nama Mitchell Watkins di Liberia, barat afrika pada tahun 1842. Dia datang amerika sebagai hamba ketika kanak-kanak lagi. (kecil-kecil dah jadi hamba).

03 March 2011

Alat mancungkan Hidung

Assalamualaikum

Siapa nak mancungkan hidung angkat tangan, eh silap angkat mouse!!! Haha neh ada alat nak mancungkan hidung. Made in Japan. Memang hebat lah bangsa jepun neh idea sentiasa tak pernah kalau tak pelik kan? Aku sampai dah tahap tak tahu nak gelak ke nak serius, yelah mak aku cakap tak elok gelakkan orang, at least dia berani mencuba....hahaha...ok...korang tengok lah pic neh 

Electric Nose Lifter


Ini Spesifikasinya:
Masa yang disarankan penggunaannya: 3 minit sehari
Size: 7 x 5 x 7cm (2.8 x 2 x 2.8″)
Materials: ABS, silicone, steel
Power: lithium CR203 battery
Berat: lebih kurang 25g
Made in Japan
Harga: sekitar USD$144


tengok gila sayang aku kat korang, siap letak spesifikasi dia lagi, tapi kalo korang nak beli, toksah ler, kan yang paling cantik adalah ciptaan dari Allah, nak ubah-ubah wat per?...buang karennnn ajek...