21 September 2012

Video Ringkas Untuk Kekal Bermotivasi


Yeah, akhirnye ade jugak benda yang bagus untuk aku kongsi, neh ada video yang aku rasa sangat bagus lah untuk ditonton, sebab hanya dengan mendengar sahaja, walaupun neh video, tapi sebenarnya audio jek, xde video pun, so time aku final year, dok tengah putus asa dan rasa keciwa terhadap final year project aku dan lecturer @ supervisor aku yang sangat lah perfectionist, result aku ada error 1% pun die xleh terime, sape dapat lecturer macam aku mesti paham perasan aku, boleh menangis hari2 kalau macan neh, hukhuk, disebabkan peristiwa itu aku mengalami stress separa melampau, kesannya, aku hantuk kepala kat dinding hostel aku sebanyak 100 kali sehari, bagi menyelesaikan masalah fyp aku, tetapi setelah menonton video neh, aku tidak lagi mengalami simptom2 hantuk kepala, tetapi hidup aku penuh keyakinan sehinggakan aku mampu senyum 24 jam, terlalu happy lah katakan, tidur pun sambil senyum taw....


Sambil aku buat thesis, aku dok replay video neh, tengok2..."eh, dah siap dah thesis aku", suka sangat ko....
Pain is temporary, so never give up ok?

11 September 2012

IPhone 5 Tak Dapat Masuk Pasaran China

Dengar kata IPhone 5 tak dapat masuk pasaran China, sebab GooPhone  I5, iaitu pembuat handphone kat negara China, telah copy design IPhone 5, so macam kite tahu orang kat negara China bijak lagi cepat, sebab apa bijak? sebab apa cepat? bijak sebab diorang dapat buat design sama macam IPhone 5 dan cepat sebab diorang dah pun pasarkannya terlebih dahulu kat China, so kalau Apple nak pasarkan kat China, kemungkinan GooPhone akan saman Apple,kihkihkih...

Inilah dia GooPhone I5 ;)
tak tahu nak kesian ker nak gelak....

09 September 2012

Cara Mengesan Kedai Makan Guna PELARIS



 Pada zaman yang serba canggih neh, jangan tak tahu, masih ramai yang mengamalkan perkara-perkara syirik untuk mendapat rezeki dengan cara mudah, korang neh kebanyakan student @ bekerja kan? kalau korang bekerja, time lunch mesti makan luar kan, sama jugak bagi yang student, lagi-lagi yang duduk kat hostel, 2,3 kali sehari makan luar, so kene ambil berat, apa yang kita makan, kene jage2, sebab ade yg memerhati...hahaha (gelak gaya kiah propa). Ok, pernah tak terpikir kalau makanan yg korang makan tuh sebenarnya kotor, contohnya, kuku, rambut, seluar dalam...hah macam mana? entah2 dah berbakul makan, so kat bawah neh aku kongsi cara untuk mengelak kedai makan yg ada pelaris, hasil daripada bacaan aku kat internet neh, kalau kedai makan tuh selalu ramai pelanggan, tapi makanan takde lah sedap mana, harga pun mahal, maybe ade something wrong, so find out sendirik k, tok guru dah bagi ilmu kat bawah neh, pandai2 lah kome...

Segala ilmu kat bawah neh tok guru amik dari sini





 
 
Bagaimana cara untuk mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
 
Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?
Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).
 
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
 
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
 
Ia berdasarkan hadith:
Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.
 
Karang ade pulak yg tanye, soalan kurang cerdik berbunyi begini, "kedai kfc, mcd, pizza tuh agak2 pakai pelaris x, sebab memangjang jek penuh kedai diorang tuh", so tok guru jawab awal2 kat cini yek, "yer, diorang ade pakai pelaris, pelaris diorang adelah tv, surat khabar, internet...lagi dahsyat," kihkihkih

07 September 2012

Pes Tom Yam

Entri kali neh aku nak kongsi resepi yang sangat2 best, iaitu pes tom yam, lepas bace entri neh terus cuba buat tau....khas buat penggemar tegar tom yam!!!

Bahan-bahan:
  • 35 tangkai lada kering - dicuci dan toskan
  • 12 ulas bawang putih*
  • 25 ulas bawang kecil*
  • 2-3 sb gula melaka*
  • 3 sb sos ikan*
  • 1/2 cawan minyak makan*(guna minyak lebihan goreng cili kering)
  • sedikit air utk mengisar bahan*
  • Bahan2 tambahan untuk masakan tom yam :-
  • serai,lengkuas,daun limau,limau kasturi atau air asam,cili padi,garam,gula dan perasa jika suka 
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak makan dlm kuali dan goreng cili kering sebentar.Jangan hangus nanti pes jadi pahit. 
  2. Kisar cili kering goreng bersama kesemua bahan2 yang bertanda * hingga halus.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak hingga mendidih dan kering sedikit.Matikan api.
  4. Sejukkan pes dan simpan di dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.Pes akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti ais.

    inilah rupa pes tom yam korang nanti bila dah siap

    ini rupa sos ikan yg digunakan, FLYING MAN BRAND Fish Sauce

    rupa tom yam, pak cik google yang masak, bukan aku...
     Akhirnya siap entri copy paste aku, hikhik, lepas neh boleh lah korang try kat rumah, dari korang beli kat kedai baik buat kat rumah, sebab korang boleh letak seberapa banyak ayam, daging, udang, sotong,...nak kuah yang cair ke yang pekat...ikut citarasa masing-masing lah yer, untuk resepi tom yam pulak, lu cari sendirik....kihkihkih...jom lah cuba buat pes tom yam neh, dari korang pakai yang kiub/pes tom yam yang segera tuh, sebab rase die tak real tau.....

    Resepi pes tom yam boleh rujuk sini

    Menyesal aku letak gambar last tuh, sekarang aku lapar tom yam...