25 March 2014

Tolong Jangan Menangis...Ditujukan Khas Buat MH370

MH370
8 Mac Engkau mengharungi langit gelap di malam hari
Sarat membawa kesayangan kami
Membelah dingin malam membawa harapan

MH370
Mana kami menyangka
Itulah lambaian terakhirmu dan kami anggap ianya lambaian biasa seperti lazimnya
Itulah kehangatan pelukan dan ciummu yang terakhir

MH370
Engkau kini perhatian dunia
Seluruh isi alam menangisi
Apakah nasib dan tuah masih berbaki

MH370
Dua minggu hilangnya kamu
Kami disini kekal positif
Tapi akhirnya airmata menitis jua

MH370
Maafkan kami lumrah manusia
Keinginan untuk mengetahui melampau batas
Sehingga maruah dan keluargamu terjejas

MH370
Maafkan kami tidak membelamu
Diatas segala tohmahan dan tuduhan
Peritnya lagi kerana engkau mungkin tidak berpeluang membela dirimu

MH370
Kalau benar itu takdirmu
Damai lah...damai lah disana
Kami disini hanya mampu mengirim doa yang terbaik buatmu


notakaki: saya minta tolong sangat-sangat, tadah doa dan sedekahkan al-fatihah untuk mangsa beragama islam dan minta pada Allah agar seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menerima apa jua nasib yang menimpa pesawat MH370.

22 March 2014

Mengujakan!!! Tukar smartphone anda kepada projector

Assalamualaikum

Kali ini nak tunjuk step by step bagaimana nak jadikan  smartphone anda kepada projector, simple and very very fun ok, so kena try....no no no....WAJIB try...hikhikhik


Alat-alat yaang diperlukan untuk membuat projector menggunakan smartphone:
#  kotak kasut @ kotak kecil
#  kanta pembesar (magnifying glass)
#  paperclip (tak kisah, ini untuk uat stand hp, sekiranya takda boleh ganti dengan alat lain, be creative)
#  smartphone ( opkos ler....wajib ade)
#  pisau (pisau ape yer color biru tuh, aku panggil pisau drag boleh? hahaha...tak ingat ler orang panggil apa namanya -.-" )
#  Soletape (color rainbow tuh duct tape)
#  Black paint (optional)

Ok, jom start, before start, pergi on lagu "hanya di mercu" oleh ayu oiam....baru semangat membara nak buat projek sains ala-ala darjah 5 neh...lalala


# Letak kanta pembesar tuh kat tengah2 kotak tuh (bahagian sisi kotak), and buat bentuk bulatan ikut shape kanta pembesar tuh


# okeh, now potong ikut bulatan kanta pembesar yang  dah dilukis tadi


# Masukkan kanta pembesar kat lubang yang dah ditebuk kat kotak tu


# Sekarang bubuh soletap kat bahagian keliling kanta, make sure takda cahaya pun boleh tembus kat bahagian tepi kanta, kalau tak nanti tak jadi DIY projector kita neh *penting tahu

# kalau rajin color kan bahagian dalam kotak color hitam, gua ulang lagi sekali....KALAU RAJIN...optional yer, kenapa kena color hitam? ini kalau nak terangkan dah masuk bab sains, pergi lah  google kalu rajin, sebab gua pun tak sempat nak google sebab apa kena color hitam, wakakaka...


# buat lubang tecik kat hujung kotak untuk  laluan cable charger ;)


# ok,ini paperclip, pandai2 lah modified yer untuk buat stand hp, tapi tak semestinya pakai paperclip, be creative ok,maybe ade yang belum dapat 'picture' kenapa kena ada stand neh, nanti last picture korang akan paham


# Seperti mana-mana kanta, cahaya yang melalui projektor anda akan muncul terbalik. Anda akan perlu untuk flip skrin untuk mendapatkan image yang sepatutnya.
Untuk iPhone pergi ke Settings > General > Accessibility dan turn on Assistive Touch. kemudian touch the floating orb thing that's on your screen dan select Device > Rotate Screen.

# Untuk Android, ada apps seperti Screen Rotation Control dan Ultimate Rotation Control yang berfungsi untuk flip skrin.


# Malapkan lampu, dan letakkan smartphone di tengah-tengah kotak dengan menggunakan stand yang dibuat dari  paperclip  tadi, gerakkan smartphone anda kedepan dan kebelakang untuk mencari titik fokus.


# Sekarang boleh tutup kotak dann cari lah dinding yang blank and start  watching your movie now!! ;)


# yeay...done, tepuk tangan untuk diri sendiri, best ok, DIY Projector neh korang boleh buat dengan kawan2 ker, family or dengan anak ker, mesti best kan, takde lah asyik nak buat aktiviti yang sama, gossip3....haishhhh....

21 March 2014

No Joking!!! Lelaki Ini Terkejut Dengan Hasil 'Pregnancy Test' yang Digunakan Keatasnya

Seorang lelaki yang kebosanan membuat "pregnancy test" yang ditinggalkan oleh bekas teman wanitanya. Hasil "pregnancy test" adalah positif. Lelaki tersebut dan kawannya ketawa dan tidak memikirkan yang serius mengenainya. Kawannya telah membuat 'komik' mengenai kejadian tersebut dan memuatkannya ke dalam Reddit. Beberapa orang yang komen di Reddit memberitahu sekiranya ujian kehamilan yang diambil oleh lelaki dan keputusannya positif boleh menjadi ia tanda kanser buah zakar dan merayu kepadanya membuat pemeriksaan oleh doktor. Ternyata ianya betul.


Ya, salah satu untuk mengesan kanser buah zakar dengan cepat iaitu melalui alat "pregnancy test". 
So, jangan nak suka sangat yer wahai kaum adam kalau anda disahkan "mengandung", gelak-gelak jugak, doktor jangan lupa jumpa, kalau boleh mencegah lebih baik dari merawat ;)