25 March 2014

Tolong Jangan Menangis...Ditujukan Khas Buat MH370

MH370
8 Mac Engkau mengharungi langit gelap di malam hari
Sarat membawa kesayangan kami
Membelah dingin malam membawa harapan

MH370
Mana kami menyangka
Itulah lambaian terakhirmu dan kami anggap ianya lambaian biasa seperti lazimnya
Itulah kehangatan pelukan dan ciummu yang terakhir

MH370
Engkau kini perhatian dunia
Seluruh isi alam menangisi
Apakah nasib dan tuah masih berbaki

MH370
Dua minggu hilangnya kamu
Kami disini kekal positif
Tapi akhirnya airmata menitis jua

MH370
Maafkan kami lumrah manusia
Keinginan untuk mengetahui melampau batas
Sehingga maruah dan keluargamu terjejas

MH370
Maafkan kami tidak membelamu
Diatas segala tohmahan dan tuduhan
Peritnya lagi kerana engkau mungkin tidak berpeluang membela dirimu

MH370
Kalau benar itu takdirmu
Damai lah...damai lah disana
Kami disini hanya mampu mengirim doa yang terbaik buatmu


notakaki: saya minta tolong sangat-sangat, tadah doa dan sedekahkan al-fatihah untuk mangsa beragama islam dan minta pada Allah agar seluruh keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menerima apa jua nasib yang menimpa pesawat MH370.

22 March 2014

Mengujakan!!! Tukar smartphone anda kepada projector

Assalamualaikum

Kali ini nak tunjuk step by step bagaimana nak jadikan  smartphone anda kepada projector, simple and very very fun ok, so kena try....no no no....WAJIB try...hikhikhik


Alat-alat yaang diperlukan untuk membuat projector menggunakan smartphone:
#  kotak kasut @ kotak kecil
#  kanta pembesar (magnifying glass)
#  paperclip (tak kisah, ini untuk uat stand hp, sekiranya takda boleh ganti dengan alat lain, be creative)
#  smartphone ( opkos ler....wajib ade)
#  pisau (pisau ape yer color biru tuh, aku panggil pisau drag boleh? hahaha...tak ingat ler orang panggil apa namanya -.-" )
#  Soletape (color rainbow tuh duct tape)
#  Black paint (optional)

Ok, jom start, before start, pergi on lagu "hanya di mercu" oleh ayu oiam....baru semangat membara nak buat projek sains ala-ala darjah 5 neh...lalala


# Letak kanta pembesar tuh kat tengah2 kotak tuh (bahagian sisi kotak), and buat bentuk bulatan ikut shape kanta pembesar tuh


# okeh, now potong ikut bulatan kanta pembesar yang  dah dilukis tadi


# Masukkan kanta pembesar kat lubang yang dah ditebuk kat kotak tu


# Sekarang bubuh soletap kat bahagian keliling kanta, make sure takda cahaya pun boleh tembus kat bahagian tepi kanta, kalau tak nanti tak jadi DIY projector kita neh *penting tahu

# kalau rajin color kan bahagian dalam kotak color hitam, gua ulang lagi sekali....KALAU RAJIN...optional yer, kenapa kena color hitam? ini kalau nak terangkan dah masuk bab sains, pergi lah  google kalu rajin, sebab gua pun tak sempat nak google sebab apa kena color hitam, wakakaka...


# buat lubang tecik kat hujung kotak untuk  laluan cable charger ;)


# ok,ini paperclip, pandai2 lah modified yer untuk buat stand hp, tapi tak semestinya pakai paperclip, be creative ok,maybe ade yang belum dapat 'picture' kenapa kena ada stand neh, nanti last picture korang akan paham


# Seperti mana-mana kanta, cahaya yang melalui projektor anda akan muncul terbalik. Anda akan perlu untuk flip skrin untuk mendapatkan image yang sepatutnya.
Untuk iPhone pergi ke Settings > General > Accessibility dan turn on Assistive Touch. kemudian touch the floating orb thing that's on your screen dan select Device > Rotate Screen.

# Untuk Android, ada apps seperti Screen Rotation Control dan Ultimate Rotation Control yang berfungsi untuk flip skrin.


# Malapkan lampu, dan letakkan smartphone di tengah-tengah kotak dengan menggunakan stand yang dibuat dari  paperclip  tadi, gerakkan smartphone anda kedepan dan kebelakang untuk mencari titik fokus.


# Sekarang boleh tutup kotak dann cari lah dinding yang blank and start  watching your movie now!! ;)


# yeay...done, tepuk tangan untuk diri sendiri, best ok, DIY Projector neh korang boleh buat dengan kawan2 ker, family or dengan anak ker, mesti best kan, takde lah asyik nak buat aktiviti yang sama, gossip3....haishhhh....

21 March 2014

No Joking!!! Lelaki Ini Terkejut Dengan Hasil 'Pregnancy Test' yang Digunakan Keatasnya

Seorang lelaki yang kebosanan membuat "pregnancy test" yang ditinggalkan oleh bekas teman wanitanya. Hasil "pregnancy test" adalah positif. Lelaki tersebut dan kawannya ketawa dan tidak memikirkan yang serius mengenainya. Kawannya telah membuat 'komik' mengenai kejadian tersebut dan memuatkannya ke dalam Reddit. Beberapa orang yang komen di Reddit memberitahu sekiranya ujian kehamilan yang diambil oleh lelaki dan keputusannya positif boleh menjadi ia tanda kanser buah zakar dan merayu kepadanya membuat pemeriksaan oleh doktor. Ternyata ianya betul.


Ya, salah satu untuk mengesan kanser buah zakar dengan cepat iaitu melalui alat "pregnancy test". 
So, jangan nak suka sangat yer wahai kaum adam kalau anda disahkan "mengandung", gelak-gelak jugak, doktor jangan lupa jumpa, kalau boleh mencegah lebih baik dari merawat ;)


25 May 2013

How To Keep Ourselves Motivated

Assalamualaikum....tak jawab dosa, kalau jawab sayang, tagline siapa lah aku curi neh...hahaha

Ok, how to keep ourselves motivated?
first thing first ok?

1. Sentiasa berfikiran positif walaupun dalam perkara yang kecil- contohnya: kalau kita selalu fikir memasak itu susah, cuba tukar mindset kita yang memasak itu senang, simple dan mudah, bukan susah pun, potong bawang then campak dalam kuali, masuk air, campak ayam/sayur/daging, dah siap, tadaaaaaa sup sesuka hati, senangkan? :)

2. Anggap kata-kata negatif dari orang sekeliling sebagai satu cabaran dan buktikan pada mereka bahawa kata-kata mereka itu salah-contohnya: kalau orang cakap kat kita "ko tak boleh punya dapat rm1 juta dalam masa setahun", so anda buktikan dalam masa setahun anda boleh dapat rm1 juta, kalau tak dapat malu beb!!!

3. Tiap-tiap hari tengok cerita atau dapatkan kata-kata yang memberi inspirasi dan semangat pada anda.

4. Lakukan perkara-perkara baru dalam hidup- kalau tiap-tiap hari anda pergi kerja pakai baju color hitam, try tukar pakai baju color pink ker? mesti rasa lain punya :)

5. Latih diri anda untuk tidak melakukan perkara-perkara negatif-contohnya: berfikiran negatif, mengeluarkan kata-kata negatif,walaupun  satu perkataan, seperti: Ahhhh,  Malas, benci.

6. Lakukan perkara-perkara yang baik-contohnya: sedekah, baca al-Quran, tolong mak/ayah.

Dream big everyone :)


Ok, itu sahaja dari saya, melaporan dari bilik tidur,rumahku syurgaku :)
Smile beb...smile :) 


17 April 2013

Matluthfi Jadi Blogger Pulak?

Assalamualaikum

Kenal Matluthfi? Siapa tak kenal Matluthfi memang rugi, beliau pernah menang pelakon terbaik di Anugerah Bintang Paling Popular tahun _____ , hah teka lah sendiri tahun bila? :) Kikiki....sorry tabiat suka kelentong orang makin menjadi2...hakhakhak...alaaaa gurau pun tak boleh?

Mathluthfi neh V-logger yang famous kat Malaysia neh, mempunyai jutaan peminat di Malaysia, tapi jangan salah sangka yer, Matluthfi bukan selebriti, tapi V-logger (betul ke sebutnya V-logger?....aaahhhhh...hentam sajalah labu....)

Matluthfi with duck face

V-loggger tuh apa? V-logger neh satu gelaran untuk orang yang yang buat kisah atau cerita pakai video, macam blog jugak lah, cuma blog kita menaip, tapi video kita buat video...sebab tuh yang buat blog orang panggil blogger...buat video panggil V-logger...hahaha...logik tak? main taram jek neh....

Matluthfi neh video dia semua menghiburkan hati plus sarat dengan pengajaran, sampai ada orang rekomen matluthfi jadi orang politik pun ada....yelah muda-muda lagi dah luas pengetahuan nye, kalau matluthfi masuk politik, sanggup undi dia, boleh tak macam tuh? :)

Semua video dia mesti 100,00 views  ke atas...huhuhuhu....best wooooo...so mesti anda tertanya-tanya kan? Apakah relevannya tajuk post dengan entri saya neh? Ok, actually nak cakap yang Matluthfi akhirnya kecundang dari V-logger kini jadi blogger, blog dia pun best ok, kalau stress-stress pergi layan video atau blog dia, pastu mesti lagi tension, sebab tak boleh stop tengok video atau blog dia, hahahah.

Klik sini untuk ke blog Matluthfi

Klik sini untuk ke Fb page Matluthfi

Klik sini untuk ke video youtube Matluthfi

05 April 2013

Buat Duit Dengan Game Online

Assalam, saya doakan semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat, kaya dan berjaya
berjaya dunia & akhirat :)

Ok, hari neh saya nak cerita kisah benar, 'buat duit dengan game online', berlaku sendiri dalam hidup saya, bukan tipu-tipu punya, saya cuma berharap post kali neh serba sedikit dapat memberi semangat pada diluar sana yang masih gagal menjana duit dari internet...senyum :)

Ok, actually saya kira pernah jadi gila game jugak, kira saya, pada umur agak muda, 23-24 tahun macam tuh, muda kan? saya main game online, game Ragnarok Online saya main server RebirthRO time tuh, itu pun jadi ketagih sebab abang dan adik lelaki saya. Kami semuanya 4 adik-beradik, dua lelaki dua perempuan, pada mulanya abang dan adik lelaki jek main, last-last saya dan adik perempuan saya terjebak sekali, pernah main game neh sampai tak tidur malam, saya ingat lagi, time tuh bulan puasa, saya tak tidur sampai sahur ralit duk main game RebirthRO tuh, last-last dapat 'free gift' dari mak, target nak dapat 'premium item' dari RebirthRO, last-last dapat 'Premium Leteran' dari mak, yelah anak dara 23 tahun main game sampai tak tidur malam :)

Paling kelakar, ramai tak caya saya neh memang real 'perempuan', bila ditegur oleh gamers lain dalam  game tuh, soalan wajib  tanya,  "betul ker awak neh girl?", ramai yang tak caye, siap mintak fb lah, no hp lah...tapi itu bukan  perkara yang saya nak share, iklan jek  tuh....hikhikhik (maafkan saya, sambil menundukkan kepala)

Ok, sebenarnya bukan saya dan adik beradik jek  main, jiran kami pun main game yang same. Jiran saya neh kira hebat lah main, antara character paling kuat dalam game tuh, dalam game tuh terdapat ribuan atau mungkin puluhan ribu yang main game tuh dalam satu-satu masa, game neh international ok, mat-mat saleh pun main, boleh belajar skipping speaking gak dalam game neh :)

Jiran  saya neh, hebat tak hebat,  kebanyakan item dia premium, banyak credit, weapon pun hebat-hebat, jadi adik saya neh dia pun nak beli credit lah dari jiran saya neh, lalu adik saya bayar lah pakai RM kepada jiran saya neh, dan jiran saya neh transfer lah credit yang di ada dalam game tuh kepada adik saya, see??? nampak??? macam mana main game pun boleh buat duit, ingat main game buang masa jek ke? Jiran saya tuh  budak sekolah lagi, saya jugak ade kenal sorang gamer dalam game neh, dia memang dah habis almost RM1000 kerana nak cepat jadi kuat dalam game tuh, nampak tak? orang sanggup 'buang duit' dalam game kalau dah taksub, so dalam game pun ade golongan 'buang duit' & 'buat duit' dapat tak?

Hello gamers, agak-agak neh map mane yer dalam server? :)


p/s: pendapat peribadi saya, tak perlu lah jana wang melalui game, sebab main game anda tak kemana, saya dah lalui semua itu :) neh saya just nak bagitahu kepada orang yang banyak sangat bagi ALASAN. Sekarang dah takda alasan nak jana duit dari internet kan? :)

Jadi apa tunggu lagi, take action, NOW!!!

Fast Action, Fast Result.
Terhegeh-hegeh Action, Terhegeh-hegeh result (Kataa-kata siapa neh? :) )



03 April 2013

My Website: Joomla & Prestashop

Assalam uols....moga sihat sejahtera,terus kaya, sukses & berjaya :)
Kalau kaya jek mana cukup kan? :)

Ok, kali neh nak perkenalkan 2 website pujaan hatiku...mihmihmih...

yg first neh 100% hasil dari saya, baru jek nak berjinak2 dengan joomla, tak reti lagi nak tarik traffic ke website, tolong jangan kutuk saya punye banner eh, penat taw buat, sebagai orang yang takda pengalaman sangat dalam photoshop, kira boleh dapat A lah neh...hahaha

Klik gambar untuk ke website, pakai joomla jek :)



Ok, yang kedua hasil kerja keras bersama 4 sahabat, database sangat2 banyak, ada dalam 1000++ produk nak upload, so ambil masa gak lah nak siap :)  so nanti dah siap website lagi satu neh saya infom yer :)

Ok, kalau korang rajin tolong review website neh, sekiranya ada error please infom yer, terima kasih :)

Sekarang dok belajar open source Prestashop pulak....tapi slow ler....banyak feature...siapa reti nak bagi laju kan prestashop...tolong2....saya nak nuntut ilmu neh :)