01 December 2009

1 Malaysia yang ku rindui

Saya seorang Melayu. Bapa dan ibu saya orang Melayu. Jua ibubapa mereka.Saya dilahirkan di awal 60an di sebuah kampung terpencil di Kedah, yang rata-rata penduduknya dibelenggu kemiskinan dan kerumitan. Boleh dikatakan semua penduduk Melayu di kampung tersebut mengusahakan sawah bendang, samada yang memiliki tanah ataupun yang menyewa tanah.
Terdapat beberapa keluarga Cina - dalam ingatan saya di sekitar 10 hingga 15 keluarga - di kampung saya. Umumnya, penduduk Cina tinggal di sekitar pusat kampung, iaitu di kawasan yang dekat dengan jalan utama menuju ke Alor Setar. Dua atau tiga keluarga Cina sememangnya orang berada. Mereka menguasai pasaran padi dan beras. Malah mereka juga mempunyai kilang beras sendiri. Penjualan dan pembelian padi hampir dimonopoli oleh peniaga-peniaga Cina tersebut.
Yang lainnya menjalankan perniagaan runcit, tukang jahit, mekanik dan sebagainya. Pada masa tersebut, padi hanya dapat ditanam sekali setahun kerana kekurangan air dan saluran air.

Jadi setiap tahun, sawah bendang hanya akan terbiar selama lebih kurang 6 bulan setiap tahun kerana ketiadaan air. Pada masa itu pesawah-pesawah tidak akan mempunyai sumber pendapatan.
Lalu apa yang terjadi ialah pesawah-pesawah terpaksa mengambil pinjaman dari kaum Cina, samada yang berniaga beras ataupun yang berniaga runcit. Hutang-hutang ini akan dilangsaikan apabila padi dituai dan dijual kepada mereka pada akhir musim menuai kelak. Itu lah yang berlaku saban musim dan saban tahun. Ianya bagai satu litaran hidup dikampung saya.
Namun saya tidak pernah bersemuka dengan apa-apa kemelut perkauman. Ianya bagai satu sistem ekonomi mikro yang diamalkan berabad lama. Yang sudah menjadi lumrah.

13hb May 1969 hanya saya ingat sebagai satu jangkamasa di mana sekolah saya ditutup. Yang saya ingat mengenai tarikh tersebut ialah terdapatnya kekacauan dan terdapat perintah berkurung. Lalu saya tidak dapat ke sekolah. Itulah satu-satunya ingatan saya mengenai peristiwa tersebut.
Pada awal 70an, ketika kerajaan Kedah diterajui oleh Datuk Syed Nahar, saya masih ingat beliau telah memulakan satu projek yang sungguh-sungguh membawa perubahan ekonomi kepada pesawah-pesawah di Kedah amnya dan di kampung saya terutamanya. Beliau sedar yang bekalan air adalah kunci penanaman padi. Beliau tidak mahu lagi sawah bendang terbiar kekontangan selama 6 bulan setiap tahun apabila datangnya musim kemarau.
Lalu kerajaan melancarkan satu usaha untuk mengorek "parit-parit gila" di serata Kedah. Umumnya sungai-sungai kecil digali dari sungai-sungai utama ataupun punca-punca air utama menuju ke sawah bendang. Dari sungai-sungai kecil ini, parit-parit kecil digali menuju ke tanah-tanah sawah untuk membawa bekalan air. Ini membolehkan bekalan air sampai ke tanah-tanah bendang setiap masa. Pada musim hujan, air akan ditakung di dalam sungai utama dan air itu akan dilepaskan ke dalam sungai-sungai kecil dan parit-parit gila tersebut pada musim kemarau.
Saya tidak pernah tahu kenapa parit-parit itu dipanggil "parit gila". Hanya saya dapat agak kenapa. Parit-parit itu tidak mempunyai apa-apa hala yang tertentu. Ianya mempunyai halatuju yang tidak bersistem. Malah kalau dilihat dari udara, parit-parit tersebut bagai jalan-jalan yang tidak berarah, macam sesuatu yang gila. Maka dipanggilah parit-parit tersebut "parit gila". Itulah kefahaman saya.

Pada setiap hari raya, selesai sahaja saya mandi dan berbaju raya, saya akan bermaaf-maafan dengan ibubapa saya serta semua ahli keluarga. Kemudiannya saya akan ke masjid untuk sembahyang raya dan menziarahi kubur. Namun terdapat satu amalan yang mesti saya kerjakan setiap tahun di dalam perjalanan saya ke masjid. Saya akan diberikan bungkusan kuih-muih raya untuk saya berikan kepada kelaurga-keluarga Cina di pusat kampung. Maka saya pun akan berjalan ke pusat kampung dan mengetuk pintu kedai kaum Cina di pusat kampung awal-awal pagi. Satu persatu akan saya berikan bungkusan kuih-muih. Dengan senyum mereka akan ucapkan selamat hari raya dan memberikan duit raya - yang pada masa itu tidak lebih dari 20 sen - kepada saya. Kemudiannya, saya akan terus ke masjid.
Saya masih ingat Ah Gek, seorang budak perempuan Cina yang selalu menjaga kedai runcit abangnya di pusat kampung. Cantik juga rupa beliau. Putih kekuningan dan tidak lepa tersenyum pada bila-bila masa sahaja. Dia sedikit tua dari saya. Namun kami seolah-olah membesar bersama-sama, di suatu waktu dan daerah yang asing dan senang dilupai.

Saya belajar di Alor Setar, 16 batu dari kampung saya. Setiap hari, pada pukul 5.40 pagi, saya akan dibawa di atas basikal oleh Datuk saya ke pusat kampung. Bas akan datang pada pukul 5.50pagi. Begitulah hidup saya hari ke hari. Saya akan pulang ke rumah pada lebih kurang pukul 3.30 petang setiap hari. Saya terpaksa bersusah-susah begitu kerana Datuk dan nenek saya inginkan saya belajar di sekolah "orang putih".
Ketika saya di sekolah berasrama, saya akan pulang sekali sekala ke kampung. Kadang-kalanya saya ke kedai Ah Gek untuk membeli barang-barang rumah. Begitu juga apabila saya di universiti. Apabila saya pulang ke kampung, Ah Gek, yang kini sudah dewasa, masih berada di kedai tersebut. Dia kadang kalanya akan berkata, "whoa...lu sekarang sudah pergi KL ya...manyak jauh ah...bagus la...lu banyak pandai..."

Projek parit gila telah banyak membantu pesawah-pesawah di kampung saya menaikkan taraf hidup. Tidak perlu projek-projek yang berbilion-bilion sebenarnya. Mulanya pesawah-pesawah dapat menanam padi 2 kali setahun. Kemudiannya mereka dapat menanam padi 5 kali di dalam masa 2 tahun. Bayangkan, hanya disebabkan parit gila itu sahaja pendapatan mereka telah naik hampir 3 kali ganda. Pada saya, projek parit gila itu lah projek yang paling berjasa untuk menaiktaraf kehidupan pesawah-pesawah di kampung saya.

Namun kemiskinan dan keperitan hidup masih dirasai oleh semua di kampung saya. Rata-rata kanak-kanak Melayu dan Cina di kampung saya hanya belajar hingga ke Tingkatan 3 sahaja. Terdapat juga keluarga-keluarga Melayu mahupun Cina yang tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah. Saya masih ingat seorang perempuan Cina yang mempunyai lebih dari 10 orang anak yang tinggal berdekatan dengan masjid di kampung saya.Namun keperitan dan kemiskinan tersebut menjadi lumrah alam yang diterima sebagai satu hakikat. Masyarakat kampung hidup aman. Dan mereka tidak perlu meminta sedekah. Itu yang penting.

Pada kenduri-kenduri perkahwinan, orang-orang Melayu akan menjemput kaum-kaum Cina bersama-sama. Mereka akan datang dan makan di bawah satu bumbung dan bersebelahan tetamu-tetamu Melayu. Pada malamnya, terdapatlah tarian joget atau pertunjukan wayang kulit. Kadang-kadang, sekiranya tuan rumah itu orang yang berada, akan adalah pertunjukan kugiran. Malah kadang-kadang malam itu akan diserikan dengan pertunjukan "hadrah" (pementasan bangsawan tempatan). Hadrah itu sebenarnya dilakonkan oleh pelakon-pelakon lelaki dan pondan. Namun ramai lah orang kampung yang duduk di hadapan pentas hingga lewat malam menikmati cerita yang dilakonkan.
Saya pun selalu menyaksikan persembahan-persembahan tersebut sehingga lewat malam. Maklumlah, itu lah sahaja sumber hiburan kami pada masa itu selain dari radio transistor. Namun, ibubapa saya dan kawan-kawan saya tidak pernah risau tentang keselamatan kami. Pada masa itu, tiada kes-kes penculikan, rogol mahupun pembunuhan kanak-kanak ataupun orang dewasa seperti sekarang ini. Kampung itu aman damai walaupun terdapat hanya seorang konstabel polis bagi seluruh kampung. Kes kecurian pun tidak pernah berlaku. Kalau adapun, hanyalah kecurian ayam-ayam dari reban di belakang rumah. Tetapi yang mencuri itu hanyalah beberapa ekor musang dan bukannya manusia.

Apabila keluarga-keluarga Cina mengadakan upacara perkahwinan. Mereka akan membeli seekor lembu dan menyuruh orang Melayu menyembelih dan memasaknya. Orang-orang Melayu dijemput hadir dan makan masakan tersebut. Ramai yang akan hadir bersama meraikan upacara perkahwinan tersebut. Malah kadang-kadang orang-orang Melayu dijemput untuk bersilat. Semasa makan, tidak terlintas pula dikalangan kaum Melayu bahawa pinggan mangkuk, gelas dan cawan atau sudu dan garpu yang digunakan tidak disamak. Malah kadang-kadang, anjing peliharaan tuan rumah itu akan berkeliaran disekeliling rumah kenduri tersebut. Tiada siapa yang hiraukan.
Pada malamnya, orang-orang Cina akan meraikan upacara itu dengan bermain mahjong dan sebagainya. Malah mereka akan minum arak mengikut kesukaan mereka. Tidak pernah pula ada apa-apa bantahan dari mana-mana pihak mengenai perkara-perkara tersebut.
Perempuan Cina yang mempunyai lebih 10 orang anak itupun tinggal di belakang masjid. Tiada siapa yang menyuruh beliau pindah. Malah berdekatan dengan masjid terdapat pula satu "rumah candu". Ini adalah peninggalan pemerintahan British di mana lesen dikeluarkan untuk "rumah candu" di mana orang ramai boleh "menikmati" candu di dalamnya tanpa diganggu.

Sebagai seorang budak, saya pernah pergi mengendap di belakang rumah candu tersebut. Melalui satu lubang kecil di dinding "zinc" rumah candu tersebut, saya pun nampaklah beberapa orang kampung dibuai candu.
Di pusat kampung pula, terdapat kedai-kedai kopi yang dibelakangnya terdapat arak. Saya masih teringat "Anchor beer" dipanggil bir cap brek kapal. Bersebelahan dengan salah sebuah kedai kopi itu terdapat pula satu pusat menjual empat nombor ekor. Ramailah penduduk, tidak kira yang Cina mahupun Melayu ke situ untuk membeli nombor bertuah dan juga untuk memastikan nombor yang menang. Walaubagaimanapun, tidak pernah saya terdengar riuh-rendah mengenai penjualan bir ataupun empat nombor ekor di kedai-kedai tersebut, walaupun kampung itu diduduki oleh lebih kurang 95% orang Melayu.
Orang-orang Cina pula tidak pernah membuat apa-apa komplen mengenai azan yang terlalu kuat dan sebagainya. Maklum lah, ketika itu tiada bekalan elektrik. Malah, mereka juga memastikan dengan secara sukarela untuk tidak menjual daging **** bersama-sama ataupun berdekatan dengan ikan, daging dan sebagainya di pasar runcit mereka. Penternakan **** memanglah tiada langsung.

Di tepi sungai berdekatan dengan dewan orang ramai, terdapat satu "stesyen polis". Ianya diduduki oleh sebuah keluarga kecil yang ketuanya merupakan seorang konstabel polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kampung saya.
Di sebelahnya terdapat sebuah klinik yang diduduki oleh seorang jururawat Melayu yang juga bertindak sebagai seorang bidan. Saya masih ingat jururawat tersebut. Beliau akan berbasikal ke rumah-rumah yang mempunyai bayi di dalam unifom jururawat pada masa itu, iaitu baju dan "skirt" putih. Sepanjang ingatan saya tidak pula ada yang membantah pakaian beliau pada masa itu. Ahli-ahli jawatankuasa masjid kampung pula, sepanjang ingatan saya, tidap pernah menyeranghendap klinik tersebut pada waktu dinihari untuk memastikan si-jururawat itu tidak tidur dengan lelaki bukan muhrim. Kejadian begitu tidak pernah terjadi.
Tiada yang membantah itu dan ini. Semuanya sibuk dengan kehidupan sendiri. Semua penduduk kampung dianggap kawan dan sahabat, tidak kira samada Melayu atau Cina, peminum arak atau penghisap candu, yang memelihara anjing ataupun kucing, yang belajar di sekolah orang puteh mahupun di sekolah Melayu, Ah Gek ataupun Art, yang kuning ataupun sawo matang, yang ber"skirt" ataupun berbaju kurung, semuanya sama sahaja.

Keadaan di kampung saya pada masa tersebut seperti terdapatnya suatu kuasa yang melihat dan mamantau dari jauh perangai penduduk tempatan. Ianya seperti terdapat satu peraturan yang termaktub. Tiap-tiap penduduk tahu tanggungjawap masing-masing dan prihatin terhadap budaya, pantang-larang dan kesukaan masing-masing sehinggakan perkara tersebut tidak perlu digembar-gemburkan. Semuanya bagai satu jentera yang bergerak secara sinkronis tanpa apa-apa masalah.
Itulah 1Malaysia yang pernah saya duduki dan yang saya rindui.

petikan:sumber

22 November 2009

TUJUH KALIMAT

Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

17 November 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
satu ayat..."

14 November 2009

40 Orang terkaya di Malaysia

1. Robert Kuok – $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan – $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng – $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow – $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family – $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan – $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family – $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary – $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan – $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King – $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim – $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng – $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng – $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng – $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay – $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar – $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian – $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng – $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes – $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir – $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun – $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah – $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian – $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew – $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)

25. Yaw Chee Ming – $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam – $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai – $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi – $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun – $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi – $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng – $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian – $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin – $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad – $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah – $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling – $145 million (Gamuda – founder and MD)

37. Ong Leong Huat – $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat – $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng – $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak – $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)


so..What's ur comment ?

09 November 2009

Kisah Pemuda Beribu-bapakan babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.



Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.



Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.



"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.



"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."



Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.



Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.



Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

06 November 2009

Dulu pemandu trak, kini pengarah agung

Oleh JESSABELL SOO

jessabell@kosmo.com.my

Selepas Titanic mencipta fenomena luar biasa, nama James Cameron tidak pernah lekang daripada ingati oleh sesiapa sahaja yang mencintai dunia perfileman. Hari ini James menambah satu lagi koleksi filem luar biasa air tangannya berjudul Avatar.


LEBIH sedekad lalu, pengarah terkenal, James Cameron mencipta sejarah dengan pembikinan filem paling berjaya dari segi kutipan sepanjang zaman, Titanic. Tahun 2009, pengarah berusia 55 tahun itu menutup tirai dengan sebuah lagi karya agung yang bakal melakar momen tersendiri, Avatar.



James sebenarnya mula membenih impian untuk menghasilkan filem itu 15 tahun lalu tetapi visinya terlalu sukar untuk dicapai ketika itu. Dia telah menulis skrip Avatar sebanyak 114 muka surat pada tahun 1994 dengan menggunakan inspirasi daripada setiap buku sains fiksyen yang dibacanya semasa kecil.

Pada Ogos 1996, selepas James menghabiskan penggambaranTitanic, dia mengumumkan permulaan produksi Avatar yang sepatutnya siap pada 1999. Ini kerana sejak 1995 lagi, pengarah itu telah meramalkan kecanggihan CGI pada masa akan datang. Itu yang membuatkan dia begitu bervisi untuk menulis Avatar.

Cuma apabila pendekatan itu diluahkan oleh James kepada pakar CGI, dia sedar teknologi yang diperlukan masih terlalu jauh untuk direalisasikan. Maka, projek itu dihentikan selama 10 tahun ditambah dengan bajet AS$400 juta (RM1.4 bilion), tiada studio filem yang mahu menajanya.

Kini dengan kos AS$237 juta (RM814 juta), filem cereka pertama James selepas Titanic (1997) itu membuktikan segala kritikan pengamal media serta filem adalah salah. Hanya beberapa hari selepas ditayangkan kepada dunia, Avatar yang merupakan filem termahal setakat ini berjaya mengutip AS$242 (RM830 juta) di seluruh dunia (sehingga 21 Disember 2009).

JAMES bersama Gabenor California, Arnold Schwarzenegger dan aktres, Sigourney Wearer di Hollywood Walk Of Fame.

“Avatar merupakan filem paling mencabar pernah saya hasilkan. Saya mahu menghasilkan pengembaraan isu yang sama tetapi pada persekitaran yang tidak pernah diterokai, satu dunia asing. Telah lama saya mengidamkan

filem sebegini yang menawarkan elemen bahaya dalam keindahan.

“Sejak di bangku sekolah lagi saya suka melukis makhluk asing semasa kelas Matematik. Dengan Avatar,akhirnya saya mendapat peluang,” jelas James yang mahu menghasilkan dua sekuel jika percubaan pertama ini berjaya.

Siapa sangka pelajar dalam jurusan Fizik dan Inggeris itu akan mengecapi kejayaan seperti hari ini. Tidak menghabiskan pengajian tinggi di Kolej Fullerton, Kanada, James turut pernah bekerja sebagai pemandu trak.

Pada masa lapang, dia banyak menggunakan masa untuk menulis. Hanya selepas menyaksikan filem Star Wars pada tahun 1977, James membuat keputusan untuk berhenti memandu trak untuk menembusi dunia perfileman.

“Ramai orang menimba ilmu di sekolah perfileman tetapi saya bekerja sebagai mekanik dan pemandu trak. Saya merupakan penonton filem yang bertuah untuk beranjak ke sisi lain untuk membikin filem,” kata James.

Tidak seperti pengarah lain yang kerap bekerja, James sepanjang kariernya yang sudah menghampiri tiga dekad hanya mempunyai lapan filem cereka komersial. Namun, filem Titanic yang pada mulanya dikritik tidak akan berjaya telah meletakkan James di mata dunia selain memenangi 11 anugerah Academy pada tahun 1998.

Mendiamkan diri selama 12 tahun tanpa sebarang projek, James suka menghadiahkan hasil yang difikirkan mustahil oleh kebanyakan orang. “Ramai yang berkata karier perfileman adalah seperti membunuh diri.

HOS Josh Horowitz ketika menemubual James, Zoe dan Sam mengenai filem terbaru mereka, Avatar dalam sebuah rancangan di California.
“Jika filem pertama anda bagus, mereka akan menghargai filem seterusnya. Jika ia tidak diterima ramai, filem anda akan dibandingkan. Tapi saya membikin filem kerana saya suka melihat hasil kerja sendiri.”

Karya pertama tulisan James adalah Xenogenesis (1978) yang mempunyai durasi 10 minit. Bersama kawannya, mereka mengumpul wang untuk menyewa kamera, lensa, studio dan filem untuk memulakan penggambaran.

“Saya tidak mempunyai sebarang ilmu dalam filem. Saya bersama kawan saya telah menghabiskan setengah hari hanya untuk mempelajari bagaimana kamera berfungsi,” tambah James.

Banyak mempelajari menerusi produksi berbajet rendah, James akhirnya berpeluang untuk menjadi pengarah seni dalam filem sains fiksyen, Battle Beyond the Stars (1980).

Peluang untuk James menyinar datang semasa dia diupah untuk menjadi pengarah kesan khas filem Piranha II: The Spawning (1981). “Pengarah filem itu meninggalkan projek tersebut dan penerbitnya telah mengupah saya untuk menjadi pengarah buat kali pertama.

“Filem itu diterbitkan di Jamaica tetapi kemudian saya sedar bahawa situasi kewangan produksi itu tidak stabil. Ketika itu, saya mempunyai mimpi ngeri mengenai satu robot yang dihantar ke masa depan untuk membunuh saya. Dari situlah saya mendapat idea untuk filem pertama saya, The Terminator (1984).”

Kejayaan filem pertamanya telah meyakinkan pengarah itu untuk terus mencuba terutama dalam membikin filem eksperimental efek khas. James juga terkenal sebagai pengarah yang mengutamakan kesempurnaan.

Sifatnya itu turut dibenci dan digeruni ramai pihak terutama pelakon yang pernah bekerjasama dengannya. Malah Kate Winslet sendiri telah membuat keputusan untuk tidak bekerja di bawah pimpinan James.

Akui Kate: “James seorang lelaki yang baik tetapi panas baran. Saya tidak akan bekerja dengannya lagi kecuali filem itu menjanjikan keuntungan besar.”

Ramai pihak termasuk studio filem takut untuk berganding dengan James kerana dia juga sering ketinggalan jauh daripada jadual dan menggunakan wang melebihi bajet.

Namun, tidak kira apa yang dikatakan oleh orang, James yang pernah mengarahkan dua dokumentari, Ghosts of the Abyss dan Aliens of the Deep serta beberapa siri TV termasuk Dark Angel dan Entouragemempunyai nilai harganya tersendiri.

JAMES gemar mencuba teknologi baru dalam filemnya. Kerana itu dia sanggup menunggu 10 tahun sebelum memulakan penggambaran Avatar.

“Saya mahu penonton berpuas hati dengan apa yang mereka saksikan. Saya berharap mereka akan keluar daripada pawagam dan berkata, ‘Saya tidak menonton filem. Saya menyelami sebuah filem’,” kata James yang baru dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame baru-baru ini.

Revolusi efek khas

Dalam filem Titanic, James menggunakan efek khas untuk membuatkan audiens berasa seperti sebahagian daripada sejarah. Avatar pula menggunakan teknologi baru untuk mengangkut penonton ke masa depan dalam dunia berbeza.

Merangkumi 40 peratus pergerakan pelakon sebenar dan 60 peratus CGI foto-realistik, Avatar dibintangi Sam Worthington, Zoe Saldana, Michelle Rodriguez dan Sigourney Weaver.

Dengan cara rakaman pergerakan pelakon, kesan yang dikehendaki mampu dicapai. Ia dapat menghasilkan fizikal puak Na’vi yang matanya dua kali ganda lebih besar berbanding manusia dan berkedudukan lebih jauh. Mereka lebih kurus, leher panjang, struktur tulang dan otot berbeza.

James kali ini juga tidak berminat untuk menggunakan bantuan solekan untuk mencipta spesies makhluk asing yang resipi ini telah digunakan sekian lama sejak tahun 1950-an. Penggunaan getah pada permukaan pelakon turut pernah diaplikasi tetapi ia membataskan persembahan aktor.

Selain daripada itu, mereka juga lebih tinggi berbanding manusia. Solekan biru juga tidak boleh menghasilkan kulit lutsinar yang bertindak seakan kulit manusia seperti CGI. James mahu menghasilkan makhluk asing yang mewakili abad ke-21.

“Bagi merakamkan imej baru menerusi persembahan muka, satu kamera kecil diperlukan untuk merakamkan pergerakan muka pelakon secara mendalam terutama pergerakan otot. Apa yang paling utama, kamera itu merakamkan pergerakan mata, satu teknologi yang tJames.

Teknik rakaman pergerakan yang digunakan oleh krew Avatar juga mampu meliputi enam kali ganda kawasan sekeliling berbanding rakaman biasa. Merakamkan sekumpulan kuda, babak pergaduhan anjing serta makhluk terbang, semuanya mempamerkan kecanggihan filem ini. Selain daripada itu, satu lagi inovasi yang dicipta khas untukAvatar adalah kamera visual.

“Kamera ini membenarkan saya merakam seperti berada di studio bunyi Hollywood. Menerusi kamera itu, saya tidak akan melihat Zoe tetapi wataknya, Neytiri yang mempunyai ketinggian 10 kaki serta berkulit biru dan berekor. Saya juga tidak perlu menunggu berbulan-bulan lamanya untuk melihat hasil penggambaran untuk sebuah kawasan khatulistiwa Pandora,” tambahnya yang dilahirkan di Kanada.

KESAN khas menjadi tunjang utama dalam filem-filem James namun apa yang ditawarkan oleh Avatar berjaya memukau ramai penontonnya.
Mungkin ada pihak yang keliru sama ada puak Na’vi dan Avatar itu adalah animasi. Sebenarnya anda tidak salah beranggapan sedemikian kerana ia adalah kombinasi pergerakan manusia serta animasi. Contohnya boleh dilihat menerusi pergerakan ekor dan telinga yang tidak boleh dilakukan oleh aktor sendiri.

“Pelakon ada bertanya sama ada kami akan cuba menggantikan mereka dengan animasi. Sebaliknya saya cuma untuk memperkayakan watak mereka. Kami mahu memberikan cara baru kepada mereka untuk meluahkan perasaan tanpa batasan.

“Apa yang cuba saya gantikan adalah masa lima jam di atas kerusi solek yang selalu digunakan untuk mencipta watak makhluk asing, serigala jadian, nenek kebayan dan banyak lagi. Kini anda boleh menjadi apa sahaja tanpa mengira usia atau jantina dan tidak memerlukan solekan kompleks,” jelasnya mengenai filem yang turut dihasilkan dalam bentuk 3D.

03 November 2009

Rahsia solat di awal waktu

Sekadar berkongsi satu artikel yang saya rasakan amat berguna untuk kita semua..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."