05 December 2010

Hidup tanpa guna wang sesen pun selama setahun


Mark Boyle (30 tahun) hidup selama setahun ini tanpa membelanjakan wang sesen pun. Beliau berkata, ini merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya dan dia akan meneruskan gaya hidup tersebut.

Boyle selama 12 bulan terakhir menjadi seorang “freeconomist”. Ia menjalani gaya Beliau menjalani gaya hidup ini di sebuah caravan di Timsbury, berhampiran Bath, Inggeris, dengan menanam bahan makanannya sendiri dan menggunakan kembali sampah-sampah yang dibuang orang lain. Dia mengatakan, dengan tidak membelanjakan wang sesen pun, ia jadi lebih bahagia, dan kini berikrar untuk meneruskan cara hidup tanpa wang itu.

Dia boleh bermain gitar di mana sahaja. Teleponnya hanya untuk menerima panggilan. Peralatan elektriknya menggunakan tenaga matahari. Dia mendapatkan pakaian terpakai atau dari website kitar semula.



Boyle, seorang sarjana ekonomi kelahiran Ireland dan bekas usahawan, punya blog yang berkisah tentang gaya hidupnya. Untuk menghidupkan laptopnya, beliau menggunakan tenaga solar dari tenaga matahari dan kemudahan internet percuma di sebuah ladang tempatan.

“Itu merupakan saat paling bahagia dalam hidup saya, dan saya akan meneruskannya. Saya tidak melihat alasan untuk kembali ke dunia yang berorentasikan wang. Hidup tanpa wang sangat membebaskan. Tentu ada cabaran, tetapi saya tidak punya tekanan berkaitan akaun bank, bil, kesesakan lalulintas, dan bekerja dalam sebuah pekerjaan yang tidak saya sukai. ”

“Perkara yang sukar ialah bersosial dengan teman-teman, saya kehilangan aspek ini. Sebagai pertukaran dari pergi ke pub, saya membuat unggun api, bermain muzik atau pergi berjalan-jalan” katanya.

Dia pernah cuba untuk berjalan kaki dari Bristol, Inggirs, menuju India dengan bergantung pada kebaikan dan keramahan orang lain. Namun, beliau terpaksa menghentikan perjalanan itu sebulan kemudian, kerana mengalami kesukaran ketika di Perancis.

“Dalam 20 tahun ke depan, orang akan mula menentukan apa yang mereka gunakan dan bagaimana mereka harus hidup. Keutamaan saya adalah menggunakan kembali apa-apa yang orang buang, lalu membangun sebuah infrastruktur berterusan bagi masa depan. Faktanya, saya telah memutuskan untuk meneruskan gaya hidup ini yang merupakan saranan terbaik yang boleh dilakukan setiap orang. ”

Boyle seorang vegetarian. Sekarang dia bercadang untuk mempromosikan gerakan freeconomy melalui blognya. Dia juga mengajar bagaimana hidup secara sederhana.

04 December 2010

Molekul Air Zam-Zam yang Sangat Menakjubkan!

 Assalamualaikum
Kata orang dunia2 pun..akhirat jangan lupa...so entri kali neh biar islamik sikit....
okeh....aku jumpa artikel neh kat internet gak..macam biasa menggunakan kepakaran aku dalam mengkopi paste...hikhik....so jom layan...takpa kan?...sharing is caring kan?....hehe
 ---------------------------------------------------------------------
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:

Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud di Surau Wisma Telekom Semarak. Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari Universiti Malaya).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.

cantiknya. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang ”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah Subhanallah... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

--------------------------------------------------------------------------
macam mana? wow kan?.hehe...tengok lah sapa yang mengkopi paste hikhik..aku!!!
layan kan3?...okeee...lepas neh kalau pergi kelas ker bawak lah air...sebab air neh boleh jadi macam merekodkan apa yang diorang dengar...ehhhh?...dengar ker?...apa2 lah aku tak reti nak guna ayat2 bombastik macam lecturer aku cakap..."awak neh dah final year ayat english tuh biarlah bombastik sikit?". Aku respon "erk?'...okee...takda kena mengena pun...daaaaa

27 November 2010

Fakta Menarik Mengenai Tidur!

Salam!

Okeh...kali ini nak share pasal hobi aku...yelah...orang cakap sharing is caring kan?...orang lain yang cakap...bukan aku tahu...hehe...wah suka lah pasal tido neh...memang lah...hobi aku haha...okeh jom tengok sleep facts!
----------------------------------------------------------------------------




1. hmm check umur korang berapa? so, tidur ikut jam ditetapkan..=)




 2. haha mimpi dah advance..dulu mimpi hitam putih je..tapi 88% mimpi adalah berwarna!! mimpi pun ada development ek?..hahaha



3. ooo orang lelaki suka mimpi orang lelaki berbanding perempuan! erk???


4. haaa pilih style tidur korang..ada ke yang tidur style 'f' ? hehe macam menari



5. Waaa aneh otak dolphin boleh on dan off time tidur..=) hebat sungguh!!!



6. Bahaya! boleh membunuh jika tak tidur lebih 10hari!!..so...jom tidur!!!

-------------------------------------------------------------------------------


wow best kan? ..ker...aku sorang jek yang teruja pasal tidur neh?...emmm...jom TIDO!!!....daaaaa

A world without engineer

 Salam!
opps...sorry...lama tak update
busy maaa...busy dengan kerja dan juga projek akhir tahun...
fuhhh ...tension
okeh....entri kali neh macam biasa...pakai skill terhebat aku lah...
apa lagi kalau bukan copy paste...hakhak...layan...
---------------------------------------------------------------------------- 
You can be a Doctor and save lives…

You can be a Lawyer and defend lives…

You can be a Soldier and protect lives…

But why play with others’ lives???

So we simply became engineers to screw up our own lives...

Electronic engineers

Mechanical engineers

Civil engineers

Communication engineers

Computer engineers

Aeronautical engineers

-----------------------------------------------------------------------------------------

Amacam?...make sense tak?...okeh tu jek...serius itu jek...memang takda bebelan aku kali neh...kalau mahu bebelan aku lain kali k?...next entri ker?...hikhik...gedikssss.....daaaaa.....

09 November 2010

Bahaya Tidur Buka Lampu

 Salam!
Sudah tengok itu tajuk?
hah...sudah tengok lagi mahu tanya ka pasal apa?
ah...aku neh nak emo2 pulak...pasal tidur je pun...
layan...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia Pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zon masa, lampu-lampu jalanan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mengelakkan kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan "Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak penghidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam hingga 8 pagi. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang yang buta tidak rentan terhadap melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah mengidap kanser. Maka para orang tua disarankan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.



-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah baca? bagus! ada paham? ini Indon mari, sori, tak translate, malas, copy paste rajin lah, hakhak, okeh, apa lagi jom tidur!!! wey...tutup lah lampu dulu...melatonin nak mari neh, tak tutup lampu dia tak mahu mari, hehe, ah merapu lagi, daaaaa...

07 November 2010

Ah Gedik...Teringat Lah Pulak

Salam!
puas lah aku pikir entri apa nak letak hari neh...emmm...takpe hari neh aku nak gedik cerita pasal aku
hah?...berani lak lu wat muka kat blog gua ek?...tak suka tak apa...ada nampak itu pangkah?...klik itu pangkah...heeee

sebenarnya saya (ah..baik lah pulak) nak cerita pasal zaman kecik2 dulu...bila teringat...rindunya...kalau boleh nak lalui lagi sekali, kenapa ek kita kadang2 rase macam tuh? Adakah kita tak puas hati dengan apa yang kita miliki sekarang? Adakah zaman dulu2 lagi best? Ah...apa lagi lah yang aku merepek neh...okeh...straight to d point....sebenarnya aku rindu zaman2 kegemilangan kat sekolah dulu, kenapa aku tak perform dah macam dulu?...ah...sedey gile, down giler, sekarang neh pointer makin corot, sedey2...pinjam bahu jap...nak nangis...kecewa dengan diri sendiri

List zaman kegemilangan aku...heee (siap list lagi beb..hakhak):

1. Dulu time sekolah rendah pernah menang pameran sains, no 1 beb...wah best2

2. Pernah merasai dapat no1, no 2, no 4, no 5 (neh time sekolah menengah)....ah...bangga giler time neh...

3. UPSR dapat 4A1B (tak hebat mane macam korang) tapi aku pun terkezut kot dengan result aku neh...mak aku pun tak caya, dia ingat aku bohong, siap dia boleh jalan dari kedai dia pergi sekolah aku semata2 nak tengok result aku...heeee

4. Dulu sekolah rendah aku banyak masuk kelas tercorot jek, tapi disebabkan result UPSR aku, berpeluang lah aku masuk n tergolong dengan budak2 pandai (time neh...rase cam cool jek dapat berkawan n kelas dengan budak2 pandai) bangga tak hingat...start dari sini lah...aku jadi makin GEMILANG...hakhak

4. ting. 1 (kelas ke-2)--->ting. 2 (kelas ke-3)--->ting. 3 (kelas ke-4)--->ting. 4 (kelas ke-2)--->ting. 5 (kelas ke-1), hah...tengok aku punya performance macam saham...jap naik jap turun...hakhak. Tapi ting. 5 tuh first time aku masuk kelas pertama...kelas neh ada 40 orang, tapi di conquer oleh budak cina n india, hanya 10 orang jek melayu dalam kelas neh, bangga tak bangga lah aku cakap, tapi time neh sebab aku memang tak yakin duk kelas neh siap aku request kat cikgu nak mintak tukar masuk kelas ke-2, bangang ke tak bangang aku time neh, bukan per sebab geng aku banyak kat kelas ke-2 tuh, tapi sampai ke sudah aku duk kat kelas pertama neh, cikgu suruh aku try gak duk kelas neh, aku pun cubalah, punyalah down, sebab macam rasa tak layak duk kelas tuh (nampak tak betapa pentingnya confidence pada diri kita?)...tapi alhamdulillah aku berjaya dok kat kelas tuh sampai SPM

5. PMR aku dapat 5A3B...huhu...tapi kelakar lah PMR aku neh, mak kau pun ketawa, sebab per?...sebab yang patut dapat A aku dapat B, yang patut dapat B aku dapat A (eh...paham tak apa aku cakap neh?)...hah nak tahu tak apa yang aku B neh?...iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam n Bahasa inggeris (BI memang aku tak pernah dapat A...frust pun ada)

6. SPM aku dapat 4A1,3A2,2B3,1C5, paham tak?...uh....buat2 paham lah...yang neh tak silap aku A tuh rase2 nye semua subjek sains (kecuali biologi), sejarah, pendidikan islam n bahasa melayu (balas dendam tuk PMR..hakhak), yang B tuh BI n biologi (memang tak suka subjek neh...subjek yang selalu buat aku migrain...huh), n C tuh EST (paper neh paling gampang r...susah gila nak skor...tak silap aku sekolah aku hanya ada sorang jek skor A1)

7. For d first time aku dapat hadiah sebagai antara pelajar cemerlang, aku dapat jemputan pergi hari kecemerlangan kat sekolah aku...bila sampai surat tuh kat rumah, mak aku beria2 benar suruh aku pergi, aku pulak beria2 tak nak pergi, bangang tak bangang?malu kot, aku memang pemalu, hakhak, last2 aku pergi jugak atas permintaan mak aku, tapi parent aku tak dapat datang pun...last2 aku pergi sorang...majoriti yang dapat anugerah neh adalah memang budak dari kelas aku (kelas pertama katakan) 
 markah untuk sem neh, malu sebenarnya nak letak (agak corot)

huhu...itulah antara saat2 yang menyeronokkan bagi aku, aku rindu zaman tuh, waktu tuh aku addicted pada buku (tak boleh belah lah wey), skema giler, bawak beg berat2 n besar2..hakhak, tapi serius aku enjoy sangat belajar time tuh...rasa seronok pergi sekolah, tiap2 hari dapat ilmu baru n tiap2 hari ilmu aku bertambah, tapi sekarang belajar kat u neh, aku makin kurang perform, aku makin malas pergi kelas, aku makin hilang keyakinan diri (sedey wooooo), thats why aku rindu zaman dulu, aku nak perfom balik macam dulu, aku nak buktikan aku boleh berjaya n kembalikan zaman kegemilangan aku...korang...support aku taw...huuu. Okeee...entri neh cuma sebagai pembakar semangat untuk aku, tiada niat apa-apa tahu...oklah....sudah letih menaip, jari aku nak tidur pulak..hakhak...daaaa

06 November 2010

Video Lucah Berharga RM10K!!!

 Salam!

wah2 korang...kalau entri macam neh laju jek kan?....
emmmm...malas mahu mengomel manjang2 neh, nanti korang sakit hati, aku pun sakit hati....
sebab per?..sebab buang masa jek mengomel kat korang...aku banyak kerja lah wey...
so..lain kali je lah yer aku mengomel?...heeee....sila jangan kecewa sebab entri kali neh aku tak mengomel
layan...

-------------------------------------------------------------------------------BUKIT MERTAJAM: A 21-year-old mobile phone kiosk operator was fined RM10,000 by a magistrate's court here for having a laptop containing pornographic video clips saved in a few folders.
Tang Wei Khang from Taman Juru pleaded guilty to committing the offence at J & S Communication Trading sales counter in Megamal Pinang complex, Prai at 8.50pm on Aug 24.
The offence, under Section 5(1)(a) of the Film Censorship Act 2002, is punishable under Section 5(2) of the same Act.
Under the Act, an offender can be slapped with a minimum fine of RM10,000 or a maximum fine of RM50,000 or jailed up to five years or both.
Prosecuting officer Alias Md Yusof had pressed for a stiff penalty, stressing that pornographic material was among the main sources of immoral activities among youths, including baby dumping.
Tang, who was not represented, pleaded for a lenient sentence as this was his first offence.
He also promised not to repeat the offence.
Magistrate Arif Mohd Sharif then ordered Tang to pay RM10,000 within six months. Tang, who was accompanied by his family members, paid the fine.
nak study sampai tertidur macam neh...dari buat kerja tak berfaedah
-------------------------------------------------------------------------------

hah...amik kau...padan muka...banyak2 video...video lucah jugak yang ko nak simpan...hah...bayar jangan tak bayar...okeee...hah korang yang dah baca entri aku neh....neh peringatan jek dari aku...korang nak simpan video2 macam neh...aku tak nak amik tahu pun....cuma kalau kantoi...sendiri mahu tanggung lah....okeee....daaaa...sekian untuk entri kali ini....entri menggusarkan jiwa (for those yang ada simpan video lucah...heeee) ....have a nice blogwalking here...heeee

05 November 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Pakai Tangan?

 Salam!

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
 ade kena mengena tak?...ah suka hati...blog aku...

heeeee....hah amacam? alah...best kan entri kali neh?...saje jek tak nak bagitahu aku kan?....aku tahu korang suka entri neh....hakhak....kalau suka cakap suka...kalau tak suka pun...ada aku kisah?...hakhak...ok...jangan terasa gurauan kasar adalah aktiviti wajib aku...heee....ok lah..FYP memanggil untuk dimanjain....daaaa

04 November 2010

Macam mana nak survive?

salam!
pahal?...macam tak paham2 pulak satu hari satu entri (hah?..pahal aku cakap cam nak cari gaduh je neh?)
alah...malas2...hari neh takmo gaduh dengan siapa2 pun (masalahnya ada ker yang nak cari pasal dengan aku neh?)..adoi...dah2 lah...suka betul perasan sorang2...hakhak
okeee2...neh nak bagi tips dekat korang macam mana nak survive if korang takda duit macam...AKU (jujur betul aku neh)...hakhak:

penting: tips neh mungkin bukan semua orang boleh apply yer?, tapi tips neh khusus untuk student yang duduk kat hostel macam aku neh...tapi kalau yang tak TERkategori macam aku tapi nak try apply jugak...apply lah ADA AKU KISAH?...heeeee :D (neh semata2 untuk kebajikan perut korang juga...heee)

1. Korang rajin2 lah pergi melawat o kata cun nya berziarah ke bilik2 member korang, lagi banyak bilik yang korang ziarah lagi bagus, ziarah bukan sebarang ziarah lah, korang datang bilik, ziarah dengan niat nak mengepau makanan orang...hakhak...korang datang tiap2 bilik, contohnya, pau sebungkus megi, satu bilik, korang pau satu megi, 10 bilik dah 10 megi,  wah....dah ade stok makan tuk seminggu tuh...bijak tak aku?...hakhak (tapi jangan lah nampak sangat korang nak mengepau, lepak2 n borak dulu dengan member tuh)

kumpul banyak2 macam neh tahu (stok makanan)

2. Minum air kosong jek...hah...kalau kat bilik tuh ada heater...rajin2 lah masak o susah sangat water cooler kan ada?...n lagi satu jangan lah nak manjakan tekak tuh sangat...kata nak survive...(tak pun guna ikut tips no 1...hakhak)
tukar mentaliti korang (sedapnya air kosong~~weee)

3. Kalau ada member yang masak kat bilik tuh, korang rajin2 le MENGusha time bile die masak n makan, pastu korang datang lah bilik member korang time mereka makan...kemungkinan besar korang dijemput makan sekali adalah sangat besar...hakhak (tapi tak dijamin 100 peratus yer?...karang ada pulak yang claim kat aku..huh...memang tak layan lah)
untung2 korang dapat makan macam neh

4.ok, kalau ada kenduri tuh pergi lah, confirm makan free, kalau korang tak dapat pape invitation ke mane2 kenduri pun, rajin2 lah tanya member, mana tahu diorang dapat invitation kenduri kat mane2 ker korang boleh tumpang sekaki...betul tak?..heeee....jimat duit lagi
memang 'kenduri' lah korang...kalau macam neh

5. Jadikan ayat neh sebagai kebiasaan antara perbualan korang dengan member korang :wey, belanje aku (jangan tertinggal perkataan BELANJA) n kalau boleh elak gunakan ayat neh : wey, nak pinjam duit boleh? (kalau boleh jangan langsung dah gunakan perkataan PINJAM tuh)
suruh member belanja tempat mewah2...heeee

6. Putus cinta (confim tak lalu makan...duit pun jimat..hakhak)

opps....yang neh jangan buat...karang aku pulak yang kena saman

hah...itulah antara tips aku...tapi sori...tips2 atas neh belum lagi aku pernah buat...cume terlintas di fikiran sahaja...buat masa neh sekering2 aku pun..masih mampu nak makan kat luar, paling tidak pun masih mampu beli megi...hakhak...amacam...boleh try???

nota.cinta: Hari neh keluar pergi cari kerja, nak kerja lepas habis exam, heeee, semua tempat aku redah, McD, Rasamas, KFC, Baker's Cottage, 7-ELEVEN, Guardian, Watson, Giant....semata2 nak survive...heeee (yuran pun tak bayar lagi, padahal sem dah nak habis dah....emmm)

03 November 2010

Pernah Melepas Tak?

Salam!
Korang2...agak2 entri kali neh pasal ape?...hah?...aish....tak berkenan benor ler aku dengan jawapan kamoo
salah tuh...bukan itulah...ish....

okee...aku nak cakap pasal peluang yang pernah 'melepas' dalam hidup korang...
macam aku kan...ade lah a few chance yang aku terpaksa lepaskan atas reason2 yang kukuh...sekukuh bangunan hostel aku neh...keras dan kukuh...heeee... 

okee dokeee....bawah neh list yang pernah aku melepas dalam hidup (bukan melepas yang itulah...ish...berapa kali mahu bilang hah?..asal tajuk entri agak pelik...pikir pun pelik2 lah korang neh...)...okee...dah2...karang ade yang tak nak tengok blog aku dah...sampai siap clear cookies takut terjejak blog aku sekali lagi (giler kejam kalo korang buat macam tuh...heee)

1. Dulu pernah dapat tawaran belajar pergi jepun--->eleh poyo jek...bunyi nak hebat (nak kena letak sound effect sekali ker?..heee)...belom tahap offer lagi...lebih2 pulak aku oyak kat korang...panas je kan?..dulu ada hantar permohonan nak mohon belajar kat jepun...sekali tuh lepas beberapa minggu sampai sampul surat kat rumah...tebal kot...mak aku punye teruje bila surat tuh sampai kat rumah sampai bertindak kejam dengan mengejutkan aku yang sedang enak tidur...haha....aku pun agak bengang lah gak time tuh...tapi keterujaan mengatasi segalanya ketika itu...bukak2 sampul surat....dok lah asik bace...memang susah kot nak belajar kat luar negara...aku baca banyak gile requirement die nak....kena belajar bahasa jepun lah...amik exam bahasa jepun lah....kalau aku lepas semua tuh...barulah dapat belajar kat sane...emmm aku pikir2....terus tak nak mohon...borang tuh pun tak hantar pun...(kuat tak reason aku...haha)

Kalau pergi jepun...nak pakai baju macam neh...weee~~(gedik)


  
2. Dapat tawaran ALAM----> ALAM?...jangan cakap korang tak tahu hah?...aku neh suke benda yang berkaitan laut dan udara, mohon lah ALAM. time tuh pikir, kalau dapat berlayar mesti syok kan?...ops lupe pulak korang tak tahu ek?...ALAM is stand for akademi laut malaysia.... pastu aku lupe dah pasal aku mohon ALAM neh...aku further study kat matrik...time tengah teruja belajar kat matrik lah...mak tibe2 kol...die bilang same aku ade telegram....telegram tu beb ...hakhak (okeee...sorry2...selingan...heeee),kate aku dapat  interview ALAM...sangat lah terujenye aku dengar perkhabaran mak aku tuh...hingga rase time tuh gak nak keluar matrik...tapi parent aku time tuh berkeras tak nak bagi aku pergi interview....lebih2 ayah aku..mak aku cool je...katenyer karang dah dapat aku berbelah bagi nak pergi ALAM ke o nak stay kat matrik...lagi pening nak pikir...aku tetap nak pergi interview tuh...aku cakap aku nak cari pengalaman interview...tak nak pun masuk ALAM tuh...tapi ayah aku cakap...habis kalau dapat ALAM tu nanti aku cerita lain pulak kan?..pastu aku dengan berat hati melepaskan interview ALAM tuh...sebab takut jadi anak derhaka (kukuh tak reason neh?)
 kalau aku masuk alam...dapat lah pakai baju smart2 macam neh..weee~~

3. Tawaran praktikal ke GERMAN---->lepas belajar matrik...aku sambung belajar kat u amik degree...lah neh dok belajar lagi kat u...tahun ketiga adalah tahun yang aku nantikan sangat...sebab ada praktikal...yelah aku tak pernah ada pengalaman bekerja neh....so bila nak praktikal jadi teruja ya amat...ku sangka panas berpanjangan...rupanya hujan ditengahari( ehe...ada kaitan ka?)...labih kurang 4 bulan before praktikal...departmen course aku ada buat tawaran praktikal kat GERMAN...omg!!!...satu course aku teruje kot...tapi aku tak berapa nak teruje...bukannya tak nak pergi ke german...tapi time pergi german tu memang aku ada plan dengan member2 aku...kitorang dah plan dekat 3 tahun untuk program tuh...aku pikir2...kalau pergi german...aku tak dapat bersama2 kongsi kenangan dengan member2 aku...dah 3 tahun kot kitorang tunggu untuk laksanakan plan tuh...and plan tuh antara plan terbesar dan paling terkesan dalam hidup aku...lalu aku lepaskan peluang pergi german tuh...aku tak pergi pun interview pergi german tuh...sebab aku memang nak praktikal kat tanah air...so plan dengan member2 pun berjalan seperti biase...(yang neh kukuh...tak perlu bagitahu...aku tahu...aku pun bangga dengan decision aku buat neh..hakhak...yer2...friendship forever kan?)

 kalau aku pergi german..merasa lah nak pakai sweather tebal2 and ambil gambar dalam kabus2 macam neh...(eh...dalam gambar neh aku okeh?...tapi nak bergambar macam neh takyah jauh2...aku amik kat genting je kot...hakhak)

conclusi:haha...macam mane??? kuat tak reason2 aku neh...neh la antara perkare yang aku dah melepas tuh...takpe...aku redha....dan aku sangat bersyukur dengan decision yang aku buat selame neh atas bantuan family dan member2....sekarang aku happy dan puas hati dengan hidup aku sekarang...kadang2 kite tak tahu ape yang bakal kite hadapi...tapi kadang2 mungkin kite nampak benda tuh baik untuk kite....tapi ALLAH S.W.T lebih tahu apa yang terbaik untuk kite....redha ALLAH terletak pada redha ibubapa and kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan ibubapa...jadi apa anda sekarang ialah atas keputusan korang dari kehidupan yang lepas...jangan sesalinya...okee?...daaaa....

02 November 2010

Merah menang, kuning kalah, apa sudah jadi?

salam!

okeh...entri simple
malas nak tulis....sebab hormon nak tido lebih tinggi dari hormon menaip...hakhak
sekarang pukul 5 pagi...kite belom tido neh...hehe
weee~~
kite tak tengok pun piala malaysia 2010
gomo kelate gomo!!!
tahniah buat negeri kelantan
u deserve to win
but negeri sembilan
awak maen pun okeh
hoben jang hoben
ikutkan hati kite nak kuning menang
tapi merah menang pun okee~~

gomo kelate gomo!!!
hoben jang hoben!!!

okeh...kite tahu merah dah menang, kuning kalah memang confirm....sebab jurinya adalah seluruh rakyat malaysia, semua cakap merah menang, kuning kalah and korang perasan tak lagi satu??? tak nak lah bagitahu...cuba teka dulu...hakhak (gila jahat gelak), confirm korang tak dapat jawab sebab bagi yang sokong merah, hormon keterujaan sangat tinggi sekarang sehingga hampir pada tahap tak boleh nak berpikir, manakala yang sokong kuning, hormon terlalu kecewa juga sangat tinggi, hingga menyebabkan failure function pada otak..hakhak...alah...okeee...jangan marah lah bro...emo pulak...nampak sangat hang penyokong kuning...haha..okee...back to my main question and aku jugak yang kena answer kan?...tak adil sungguh...huhu...okeh2...korang perasan tak piala malaysia kali neh tiada kerusi terbakar kat stadium!!!
OMG!!!...hah semua omg jugak???...hikhik itu jek nak habaq kat korang...pelik tak...pelik tak...that good!!....menunjukkan penyokong bola sepak makin matang and be more professional...itulah kemenangan sebenar bagi satu malaysia...bravo...bravo malaysia!!!

p/s: pssst....ada yang terasa ker?....salam....cabut!!!

01 November 2010

Perkahwinan Bawah Pedang

Salam...
Hah...kali neh entri menarik sikit?...sikit?...ops silap...menarik banyak kot...haha...entri aku...biarlah nak perasan entri sendiri menarik...tak boleh ker?...tak kan nak puji entri orang lain pulak...dah blog aku...hakhak...okee...malas nak ngomel manjang-manjang...karang ada yang buat mulut panjang...hakhak...rilek sis...rilek bro...jangan marah-marah...korang tak berhak marah...pasai apa?...sebab neh blog gua...bukan blog lu...hakhak...lagi mahu tanya kah?...okee...enough is enough (cakap dengan diri sendirik...bukan lu orang hah...jangan perasan!!!)

Okeee...actually semalam 30.10.2010 i attend wedding invitation....wedding india...first time kot pergi wedding india...menarik...tertarik...paling tertarik ialah perkahwinan neh ada lalu bawah pedang...hah?...tak tahu kahwin bawah pedang?...okeh makcik ganti tempat pak cik google korang jap ek???...bio mak cik yang jawab...selalu pak cik google korang tuh je yang jawab kan?...hakhak...kahwin bawah pedang neh ialah pasangan pengantin akan lalu bawah pedang yang dipegang oleh pegawai-pegawai tentera...kira kalau pengantin adalah pegawai tentera....baru lah u olllzz semua merase nak lalu bawah pedang neh...mak cik punya lah excited tengok kakak2 askar n abang2 askar neh...hakhak..okeee....mak cik malas dah nak ngomel memanjang...dah kebas jari mak cik neh....korang layan lah gambar2 neh...
 abang n kakak askar tengah menunggu pasangan pengantin
 Smartnyer.... :)
 Bersedia untuk buat gerbang pengantin
 time nak masuk dewan....semua muka serius...askar katakan
 menunggu ketibaan pengantin (leftenan komander murugaya & pasangan somita)
pandai gak kakak askar bergurau...heee

p/s: huhu...smart tak?...smart tak?...kalo korang teringin kahwin bawah pedang... kahwin lah dengan pegawai tentera....haha...

29 October 2010

I need your support bloggers!!! (urgent)

Salam!!!
tolong!!!....thats only word in my mind right now...betol dah tajuk entri tuh...
seyes kerja giler beb...aku dah dekat seminggu tak buat hape2...okeh...
find...find...gelak lah...tahu korang suke kan?...tak elok gitu....orang ngah susah neh beb
tapi sendirik cari susah kan..mane tak nyer neh week last lecture...which mean minggu ke 14
and aku dah dok tak wat pape dekat seminggu...seminggu beb!!!
nak kate takde keje...ade...tapi berpura2 macam takde keje...huhu
gilak lah aku neh.... pergh...sekarang kerja bertimbun2...n i need to calm down myself before i start doing my work like a robot...huhu
 lepas neh...senyap sunyi lah kejap blog aku neh...i need to put priority at the first place kan3?
huhu....first kena list dulu ape kije kena buat..hah...korang tengok lah kat bawah neh...mesti korang boleh buat stok gelak sambil guling2 selame sebulan...giler teruk aku neh-->korang mesti pikir aku cam tuh kan?...
takpe aku ngah susah korang gelak...lain kali korang susah aku gelak pulak..haha

 lepas neh aku akan jadik cam neh...kiri kanan penuh buku...woooo(sound effect)

WORK TO DO!!! (URGENT):
1. FYP-chapter 1 n 2 (not complete yet)
2. Aircraft structure assignment (dah lame kena submit sebenarnya..haha)
3. Experimental Stress Analysis (assignment bertimbun...sampai lecturer sendirik tak hingat assignment ape die bagi kat kitorang...haha...maybe aku ignore jek neh...sebab cosmate aku pun ramai tak hantar)
4. Flying lab (kena wat report...lab neh aku tak kan lupa sampai bila2..yelah sebab lab neh...aku kena naik helicopter n aku muntah dalam heli sebab perut kosong...haha...giler malu., nasib pilot dah suruh siap2 bawak plastik takut muntah...bukan aku sorang jek wat kes dalam heli ek?...ramai jek...haha)
4.Finite element analysis (assignment pakai sofware ABAQUS...but ini group assignment...so kena r cooperate with other two girls...we are  the only girls in class okeh...juz 3 of us)
5. ....check2...okeh sampai 4 sebenarnye...mampukah aku?....doakan aku taw....weeee


huhu...korang tolong lah....tak mintak banyak pun...doa korang n suppport dari korang...itu pun dah cukup bagi aku...tibe2 rase beruntung jadi blogger neh..hakhak...selame neh tak pernahku sedar..huhu

28 October 2010

Jatuh Taraf Sudah... :(

Salam!!!...macam besek lah trademark wa tiap kali entri...bagi salam dulu...hakhak
nak cerita lah sama lu orang cerita sebenar-benarnya yang sedang terjadi dengan member-member wa
dah hujung2 sem neh....korang mesti al maklum lah kan... yang dulunya banyak duit bertimbun-timbun sama ada atas belas ehsan jpa o ptptn ker o watever ker...dah jatuh bankrup kan???
wa nak cerita sama lu orang betapa perit takda duit beb...la neh dok makan megi kat bilik, naseb masih mampu beli telur ayam sebarang satu dua...boleh makan dengan megi...baru ade kelas sikit...tak dak duet pun nak makan kelas2 jek kan???...hikhik...gedikssss lah wa neh...

sekarang neh dok menghitung hari sampai bile leh survive dengan duit yang macam segan mati hidup tak mau neh...haha...btoi ker ayat aku neh?..adesss....dulu BM tak berape nak lulus....hakhak...
member wa pun same...yang sorang ade 40sen je sekarang dalam purse die...yang sorang lagik ade sehinggit jek...haha...minggu lepas memang wa pun dah kering cam diorang...tapi yelah di saatku kekeringan dapat bantuan...last hari rabu hari tuh check kat CIMB click ade baki belas2 hinggit jek...giler kesian..hakahak ..
pastu jumaat check balik ade masuk rm300..alhamdulillah...selamat lagi...lah neh aku tolong lah 2 orang member aku yang hampir sama taraf dengan aku neh...lah neh diorang dok panggil aku ORANG KAYA BARU SEMENTARA...ayat sementara yang tak tahan tuh...haha...takpelah rezeki tuhan kite kongsi-kongsi apa salahnya kan??...hikhik
AGENDA JIMAT DUIT AKU N RAKAN2:
Malam neh menu megi lagi sekali...
bsok tengahari ada kenduri...jimat2
Sabtu kenduri kahwin...makan free lagik
hehe..still boleh survive sampai sabtu...huhu

p/s: saja ja nak ngadu kat korang...betapa kesiannye kitorang...memang tak nak mintak pama, sebab hari tuh pama dah kasi duit beli handphone...sebab handphone lama rosak...pama bagi dalam rm350...pama kata jangan beli mahal2...aku beli handphone around 500..tapi aku habaq kat pama beli 400 ja...giler nakal...haha...bohong sunat....huhu...takut kena marah...tak mampu nak beli handphone mahal2...weeeeeee~~

24 October 2010

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).



hah...kali ni entri keagamaan sikit...yelah kita tidak boleh ketepikan keagamaan untuk berjaya di dunia dan di akhirat...btoi dak?...amin...so saja je letak entri ni...sebab i loike cerita-cerita macam neh...dis is one of d way to contribute ilmu kan?...thru my blog..hehe...kalau kat facebook i lagi lah...
penuh dengan notes and video i share....semua pasai keagamaan...penting beb...hakhak...okey...i hope u enjoy reading my entri...daaaaa..

23 October 2010

Bumi Kedua Ditemui!!!

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi



hehe....itulah serba sedikit mengenai planet yang dikatakan menyerupai bumi, tapi sebenarnya saya tertarik dengan jarak nya dari bumi...20 tahun cahaya dari bumi...kalau korang budak fizik atau seangkatannya boleh korang bayangkan bapa lama masa nak amik untuk ke sana???...maksudnya kalau korang boleh bergerak selaju cahaya korang akan sampai kat planet dalam masa 20 tahun...laju cahaya bersamaan 300000000 meter per saat atau 300000 kilometer per saat...per saat okeh???...bayangkan lah bapa laju korang kena bergerak...itupun 20 tahun baru sampai...besar betul impian mat2 saleh neh nak tengok planet tuh...tak pe...baguih tuh...korang yang masih muda...boleh lah mula memasang angan-angan cipta kenderaan selaju kelajuan cahaya...boleh lah travel space nanti....hukhuk

Apa Yang Anda Minta

Salam...
hehe
Nak kongsi sikit
tiap2 hari kan..
korang kan...
sembahyang kan...
selepas korang sembahyang kan...
mesti korang berdoa kan...
korang berdoakan kan...
korang minta apa...kan...
eh banyak lak kan kan...
hikhik...gedikssss
Saja nak kongsi
neh doa yang selalu saya baca lah...
tiap-tiap hari inilah doanya...
sampai boleh hafal dah...hukhuk




Ya Allah ya tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...
ampunilah dosa-dosaku..kedua ibubapaku, serta adik-beradikku
Lindungilah kami sekeluarga dari segala malapetaka serta segala godaan syaitan
matikan lah kami sekeluarga dalam keadaan yang beriman serta dalam keadaan yang tenang
tempatkan lah kami sekeluarga di kalangan orang-orang yang beriman
Berikan lah petunjuk serta hidayah kepada kami sekeluarga
jauhilah kami sekeluarga dari azab api neraka 
Amin.... 


Hah...itulah doa yang saya duk baca tiap2 hari
lepas sembahyang mesti doa macam neh...
Tapi kadang2 ada lah modified sikit doa tuh
tambah sikit..untuk member2
kadang2 tuh tambah gak time nak exam...minta dapat jawab exam...hehe
hehe...DOA pada saya adalah salah satu cara memotivasikan diri
DOA buat kita sentiasa meletakkan harapan...
Dan dengan harapan lah nothing impossible...right?

So...after sholat...dont forget to doa okee???...:)))


21 October 2010

Contest Lagi!!!!

Salam!!!
cakap biar lah nampak macam orang islam...
bagi salam...
baru ada nampak identiti islam tuh
huhu
Gaya!!!..betul tak?...

neh nak habaq kat hangpa sume
CIMB Bank ada buat contest...best wooo
unik lagi...kenapa unik?
korang boleh pilih hadiah yang korang nak menang...
yang penting ada muka buku...
apadaaaa....tatak paham??
facebook lah...nak gak bahasa omputeh...
baru paham ek?...hihi
hah...apa lagi klik gambar kat bawah neh...
join contest....menang jangan lupa kat saya taw...hikhik






08 October 2010

Abang Dari Negara China Ke?


Teringat satu kisah neh...agak lawak...tapi kalau korang rasa tak lawak...takyah gelak...aku memang syok sendiri...hikhik...

Situasi: Tea (orang cina but malaysian okeh?) datang ke rumah anak2 yatim kat bangi (aku join sekali...sebab kitorang ada program bersama anak2 yatim neh...ade sorang budak laki neh...name die zaiful...nampak jer tea terus die menerpa kat tea

zaiful: abang...abang...abang dari negara china kan?

tea: (tercengang-cengang)

zaiful: abang ajar saya kung fu...mesti abang tahu kan?

tea: hah??? (neh mesti banyak sangat tengok movie neh)

zaiful: saya nak belajar kung fu...abang ajar lah saya

tea: (lolz)

hahaha...kitorang gelak gila-gila kat situ...macam mane lah pulak budak tuh boleh pikir macam tuh...siap demand mintak ajar kung fu lagik...tapi reason budak neh mintak ajar kungfu agak menyahdukan...tea sempat tanye before kitorang balik

tea: nape adik nak sangat belajar kung fu?

zaiful: sebab saya nak balas dendam

tea: nak balas dendam kat sapa?

zaiful: kat kawan sekolah...sebab diorang suka buli saya

tea: adik..belajar kung fu bukan untuk balas dendam...tapi untuk disiplinkan diri sendiri...janji dengan abang jangan nak balas dendam...tak baik

zaiful: baiklah...abang pun kena janji...abang tak kan buat jahat...tak kan balas dendam kat orang

neh..antara dialog2...sebelum diorang berpisah..tea jadikan zaiful sebagai adik angkat dia...dan tea berharap dapat lagi datang ke rumah anak2 yatim ini...

haha...budak2 memang innocent!!!

p/s: teringat kat adik syida...dari rumah anak2 yatim tuh...sangat syahdu time nak balik tuh...dia cium tangan aku lame gile...sangat tersentuh ketika itu...sob...sob...betape tabahnye mereka...membesar tanpa ibu dan ayah di sisi...emak..sayang mak...abah...sayang abah...

03 October 2010

Senyum Pun Salah...

Ape kes lah neh...
x paham ler peel member aku sorg neh...
citenyer gini...
tym aku ngah shopping ngan member aku neh
shopping kat jalan TAR...
kitorang discuss sumthing kat tepi jalan
no need lah kan nak mention mender per yg kitorg discuss
karang entri neh melencong cerite laen lak...hikhik
pastu hampir kebanyakan keta yg lalu kat depan kitorang tuh
akan slow kan keta dan senyum2 kat kitorang
yg member aku neh ckp...
"eh...pesal keta neh dok senyum2 neh?"
aku pulak dok backup keta2 tuh...yg obviously aku x kenal kan?
"senyum pun salah ker?"
"xderlah...laen macam jek senyum...mungkin diorang ingat kite nak jual "sumthing" kot"
hope so korang phm ler ape maksud "sumthing" tuh kan?
lepas tuh aku dok bertekak dengan member pasal "senyum" neh...
discussion tuh stop tanpa noktah...huhu

p/s: x paham ler aku...zaman sekarang senyum pun dah jadi kesalahan...macam buat jenayah lah pulak...kalau zaman dulu2 xdernyer pikir mcm tuh...ingat...senyum itu sedekah...dapat pahal lagik...never forget to smile ok? :)


27 September 2010

Julia Ziegler Cakap...

Salam!!!
Pagi!!!
Nak share sumthing ngan korang...
Sabtu lepas saye pergi tgk Mavic
Kalo ikut kate Incik Google kite yg hencem
Mavic tuh ialah...
Mavic is a French bicycle parts manufacturer, its name an acronym for Manufacture d'Articles Vélocipédiques Idoux et Chanel, founded by Charles Idoux and Lucien Chanel. The company is noted as a manufacturer of bicycle wheels. Mavic is based in Annecy, France. (haha....copy paste je dari sedare Incik Google...Wikipedia)
Tapi bukan Mavic neh yg sy g tgk....
Mavic yg sy tgk ialah Merdeka Award Video Competition 2010
Bakal ditayangkan di astro channel 104 kot (kalo x silap lah...jam 930 mlm..30 Oktober neh)
Best...ade lah artis tempatan yg dtg...antarenye...
Bunkface, Julia Ziegler, Aziz Satar, Tilu, Maulana, Hazami...
BEST GILER DAPAT JUMPE BUNKFACE (tapi x minat sgt pun ngan BUNKFACE...tp dah depan mate kan????...belasah je lah)
secare personal kat belakang stage...
huhu...member org kuat ASTRO...bleh lah tolong...
mekasih member saye...huhu
Pastu time balik...dok Tergedik2 nak bergambar ngan BUNKFACE (member saye..bukan saye...saye cool jer..haha)
lepas bergambar...event pun dah abes...ape lagi...balik lah...
tapi on d way nak balik neh...terserempak lak ngan JULIA ZIEGLER...
Die pun nak balik gak time tuh...
Ape lagi member sorang neh...tak sempat parking kereta kat tepi jalan pun lagi..
member2 lain dah kua dari keta kat tengah2 jalan nak bergambar ngan JULIA ZIEGLER
Kitorang pun bergambarlah ngan JULIA ZIEGLER...
xde pape pun yang menarik pasal bergambar neh...
yang menarik ialah kate2 JULIA ZIEGLER...
JULIA ZIEGLER neh leh lak cakap...
"Antiknya kereta itu"
Merujuk kepada kereta member ktitorang neh lah...
lepas tuh pecah perut kitaorang gelak...
haha...orang seni neh...memang nampak semua bende pun seni jugak kot...
padahal keta kancil je pun...
mungkin sebab kereta kancil dah lame punye
pastu dah lame x basuh...
siap ngan bunyi turbonye lagi...
Antik sgt jadinye...
haha...i loike kate2 JULIA ZIEGLER tu...
Korang loike x???

P/s: itu jek nak share ngan korang...tapi cmner leh jadi panjang lak entri neh...lantaklah...korang layan gak kan???...huhu




18 September 2010

Nape Nak Jadi Forensik???

Ade sorg member neh...
kite namekan die sbg pika jelah...
pernahlah cekgu kat sekolah pika
soal semua org dlm kelas termasuklah pika neh
soalannyer...
Dah besar nanti nak jadi ape???
mcm2 lah dijawab oleh kawan2 sekelas pika neh
tp sampai giliran pika
pika jawab...nak jadi forensik
cekgu die pun tanyelah
nape nak jadi forensik?
pika jwb...
sbb senang kerja forensik...yelah...kerja ngan orang mati...
dtg lmbt ker cepat ker xde sape nak marah...
haha...itulah cite member gua sorg neh...
BAIK PUNYER JAWAPAN LAH...HAHA

30 August 2010

Reasonnyer senang jer...

emmm....salam semua...sorry lame giler tak update blog... reasonnyer senang ~~ M.A.L.A.S~~tibe2 teringin lak nak update blog...sebab terbace status member kat fesbuk...member tu kate die seronok bace satu blog neh...pastu tibe2 teringat kat blog yg dah lame tak jenguk...memang lame kot penuh habuk dan bersawang2 dah blog aku neh...huhu

20 April 2010

Jom Hilangkan Kerisauan

yuhuuuu.....oklah kali neh aku nak tolong korang. Tolong macam mana? tolong hilangkan kerisauan korang,tapi di sini tiada gerenti hah...jangan pulak nanti kerisauan korang tak hilang,aku kena saman lak...nanti aku lak yang tak hilang-hilang kerisauan..huhu
ok...actually banyak sangat kerisauan kita dalam hidup kita. Bermula dari kita bangun di awal pagi hinggalah mata kita pejam di malam hari, macam-macam yang kita risau kan?
ok..disini disenaraikan antara perkara yang biasa menjadi kerisauan korang semua: 1-Risau pasal sewa rumah tak bayar lagilah
2-Risau pasal final exam
3-Risau pasal presentation final project
4-Risau pasal kewangan yang makin menyusut
5-Risau pasal road tax dah expiredlah
6-Risau baju kat ampaian tak angkat-angkat
7-Risau masa yang sentiasa tak cukup bagi korang

ok...itulah antara perkara yang korang sentiasa risaukan kan?..sentiasa jek ada dalam fikiran korang, sehinggakan korang kadang-kadang tak dapat nak fokus pada kerja korang sebab terlalu risau dengan perkara-perkara macam neh.Tapi korang sebenarnya tak patut pun risau..kalau boleh jangan pikir pun langsung. Tapi macam mana?...hah neh yang nak bagitahu neh, ok...actually aku sedang baca buku neh pasal macam mana nak hilangkan kerisauan. Tajuknya adalah How to Stop Worrying and Start Living, authornya adalah Dale Carnegie, tak habis baca pun lagi buku neh tapi dalam buku neh ada satu method neh yang menarik minatku untuk dipraktikkan...huhu
Method neh telah dipraktikkan oleh seorang engineer yang bijak, namanya Willis H. Carrier..actually ada kisah macam mana dia praktikkan method neh..tapi aku tak nak cerita pasal tuh dulu...nak terus jump ke methodnya, next entri aku cerita kisah dia neh k?...method neh ada 3 step:

1-Analisis situasi itu dan cuba imagine perkara paling teruk boleh berlaku kat korang disebabkan situasi itu. ( contoh situasi, si A telah menyebabkan syarikatnya kerugian RM50,000)~~ok, perkara paling teruk boleh berlaku kat si A neh agak-agaknya apa yek?...paling teruk pun si A mungkin kena marah dengan boss dan kena buang kerjakan???...tak kan dia kena tembak kan?...kalau dia hilang kerja sekalipun...dia masih boleh cari kerja lain dan mungkin kerja barunya nanti lebih bagus kan?

2-Ok, selepas kita tahu perkara paling teruk boleh terjadi, kita kena terima perkara itu. Si A telah dibuang kerja, jaid si A kena terima perkara itu dan cuba mencari kerja lain.

3-Gunakan masa dan tenaga yang ada untuk perbaiki diri supaya tak ulangi perkara yang sama. Si A telah mendapat kerja di tempat yang baru, dia bekerja bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengulangi perkara yang sama.Akhirnya,si A telah dinaikkan pangkat dalam waktu yang singkat dan menjadi antara orang terpenting dalam syarikat itu.

ok...itulah 3 step yang saya cakap...senang kan???...harap-harap korang dapat praktikkan...

p/s: Risau pasal nak praktikal dan risau pasal final year project next sem....patut ker????...ish3...aku neh....

Small Kindness

jom kita buat amal sikit...
lah...tak keluar sesen pun
dapat pahala lagik...
hehe...tibe2 teringat kak mass...tuh yang nak post pasal small kindness neh
siapa kak mas neh???...find out sendirik boleh???
korang teringin rasa diri itu bagus?
senang jek...buat small kindness
antara contoh small kindness:
1-kalau korang makan kat restoran atau mana-mana gerai ker? bila dah habis makan boleh tak korang susun pinggan, cawan, sudu dan garfu kat satu tempat?..kan korang dah menyenangkan kerja pekerja di situ..tentu2 nya pekerja tuh bersyukur kerana korang dah menolong mengurangkan beban kerja dia
2-kalau korang tidur dekat hotel, before keluar bilik hotel tuh, tolong lah kemas sikit bilik tuh, tahulah korang yang bayar, tapi yang bersihkan bilik korang tuh mungkin makcik yang dah berumur, kalau korang tolong kemas mesti dia bersyukur dan jangan lupa tinggalkan duit sikit...mesti mak cik tuh guna duit korang tuk beli beras atau keperluan anaknya
3- kalau korang pergi membeli makanan, korang nampak satu kedai penuh dengan orang, dan satu lagi sikit jer orang, korang belilah kat kedai yang kurang pelanggan tuh, dekat situ korang dah tolong dah orang tuh dapat duit lebih, confirm dia bersyukur ada pelanggan macam korang.

small kindness k?...tak susah pown...

Faktor Lain...

olla...muah2...haha
kiss tuh tak ditujukan tuk sapa k?
jangan nak perasan...huhu
ok...haha...neh sebenarnye sambungan entri yang lepas
sebenarnya ada faktor lain yang menyebabkan aku tak dapat nak update blog neh
selain faktor wireless...yang jap ada jap takda
macam chipsmore tuh...ada lagi faktor lain
okeh, tak mau cakap panjang2...
faktor2 nya adalah:
1-busy ngan final exam-12,14,16,21 n 24 april adalah tarikh2 yang terpilih untuk aku jawab exam
2-17 april- pergi lumut ada urusan-12 jam perjalanan yang memenatkan (driver bawak lalu jalan lama...adoyai...)
3-24hb neh-last paper n nak kemas bilik n packing barang
4-26hb neh-aku stat praktikal (cuak3...)

p/s: mesti korang tertanya2 kenapa aku nak bagitahu benda yang tak perlu neh kan???...sebab aku yang gedik nak bagitahu...ada masalah???..lalala

Melepas Geram!!!



weettt.....sowi mowi
lame tak updato....bukan sengaja
tak disengajakan
weeekkkk...perasannyer aku neh...ada ka orang baca blog aku neh?
takpe2...aku memang syok sendiri...hehe
lame tak update sebab masalah wireless yang amat sukar ku tembusi di kolejku
tak tahu lah kenapa jadi macam itu
blogspot langsung tak boleh bukak
hah..malam neh boleh pulak update...so..nak lepas geram lerrrr
neh pun aku pakai wireless belas ehsan McD
plan nak lepak kat McD sampai subuh baru balik
Member ajak study kat McD 24 hours neh
hehe...syurga internet di sini
terimas abang McD....cayang sama kamooo
Yahooo!!!!...boleh update blog

10 April 2010

KL Drift 2 : Best tapi.......

well...nak ckp cikit pasal KL Drift 2
overall cite neh best....cuke bangat tgk aaron aziz
(wah gua sudah blushing2 bile teringat kat aaron aziz..hahaha)
ada 2 part gua x berkenan sgt....
1st part babak tym zack peluk aleya
matlamat x menghalalkan cara bang....yg nak jugak scene peluk2 tuh np???
2nd part tym aleya nak mati tuh...boleh pulak aleya tuh ckp "sy sayangkan awak zack"
yg zack tuh pulak nape x suwuh aleya tuh mengucap ker???
Dah nak mati bleh ingat kekasih lg??...bukan nak ingat tuhan
Memang lah cite neh pasal drifter kan???
tp ape salahnyer wat pasal drifter yg alim???
yg ingat tuhan...tapi hobinya drift
x salah kan????
Cite orang melayu biarlah ada elemen melayu sikit
gua rase mcm gua tgk cite omputih lak....bile ade scene2 cmtuh
x berkenan seh...
tp yg laen okeh...

p/s: asik gelak tgk sam...walaupun watak die serius tp still tingat watak die dlm adnan sempit....hahaha




09 April 2010

Jangan Sampai Hilang...................

Hah...jangan sampai hilang..........
korang tolong isi tempat kosong tu bleh x?
agak2 nyer....ape yg sesuwei??
jangan sampai hilang cinta?
jangan sampai hilang sayang?
jangan sampai hilang kawan?
salah...semua tuh salah!!!
yang betolnyer ialah jangan sampai hilang kemanusiaan
urgh....sebenarnyer aku ngah geram neh
tadi baru balik meeting...pasal gerak kerja gile2 grand dinner bulan 6 neh
masalahnyer peel orang atas yang pangkat besar2 neh....mengada2!!!
takpelah mengade2 pasal hal dekorasi ker,makanan ker, hadiah ker, ialah kate grand dinner kan???
BIG BIG BIG BOSS pulak tuh nak datang, jadi kenalah ade tang ngade2 tuh kan???
Tapi yg aku tak puas hati pasal peel sorang pegawai neh
Boleh pulak die tak nak bagi makan pada junior2 aku neh mkn sedap2 cm ktorg???
twlah dinner tuh utk ktorg..tapi bleh pulak die tak nak kisah pasal junior2 aku neh
Ish geram betol..die anggap junior aku neh pencacai jek
Padahal die tak pk ker yg nak bg event tuh berjln dgn lancar neh
atas jasa junior2 aku neh gak...boleh pulak suwuh ktorg bagi makan nasi bungkus jek kat junior2 ktorg,
bukan junior aku jek, pak cik bas yg akan bawak ktorg pergi event tuh n org yg akan wat persembahan tuh sume pun die suwuh bagi mkn nasi bungkus...
dan ktorg neh pulak makan dalam hotel tuh sedap2...boleh ker???
Tolong ek korang....kalo satu hari nanti korang jadi orang2 besar neh...
please3.....jgn lah sampai hilang kemanusiaan...

p/s: sanggup ker korang sedap2 mkn dalam hotel...junior lak duk kat luar hotel mkn nasi bungkus....sedey woooo....