03 July 2012

Kuih Kapal Terbang

Pernah dengar kuih kapal terbang? maybe ramai yang dah tahu, maybe ramai jugak yang tak tahu, sebab kuih neh famous dengan nama kuih tiram @ kuih lidah buaya, tapi nama lainnya kuih kapal terbang. Aku pun tak tahu nama kuih neh selama aku hidup neh, baru2 neh baru tahu, sebab member bagitahu nama kuih neh kuih kapal terbang, aku pun time tuh buat muka OMG 9GAG style aku kat situ kan, so bawah neh aku sajikan gambar kuih kapal terbang dan resepinya sekali...enjoy...


sebelum digoreng


sebelum dimakan :P
BAHAN:

500gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

CARA:

Kacau bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras, tambah air)

Uli doh supaya jadi nipis.sudah pasti akan dapat saiz yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bahagian baru dicanai.

Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan campuran tepung jagung dan minyak tadi...sapu rata.

Gulung kemas, kemudian potong serong2 kecil lebih kurang sebesar ibu jari. ambil potongan tu dan canai canai leper.(jangan sampai penyek sangat)

Goreng hingga kekuningan dan sira/salut dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dan gambar diambil  disini dan sini

8 comments:

  1. oohh kuih kapal terbang?? bukan ke lidah buaya?

    ReplyDelete
  2. yummy2..sedap nih..rugi xcuba resipi nih..
    :)

    ReplyDelete
  3. buatbest: rase bnyk pun bleh, amek lah jgn malu2 :P

    Ida Idots: haah, name nyer kuih lidah buaya/kuih tiram/kuih kapal terbang

    diera_nadiera ulalaaa~: cubelah, kt dah pernah cube, sedap :)

    sharul izam: same lah kt ;)

    Rafflesia: same ler, time raye senang ler jumpe, kalo x kena buat sendirik

    ReplyDelete
  4. sedap2 manis2 gitu pastu rasa mcm nk terbang haha :D

    ReplyDelete