21 September 2012

Video Ringkas Untuk Kekal Bermotivasi


Yeah, akhirnye ade jugak benda yang bagus untuk aku kongsi, neh ada video yang aku rasa sangat bagus lah untuk ditonton, sebab hanya dengan mendengar sahaja, walaupun neh video, tapi sebenarnya audio jek, xde video pun, so time aku final year, dok tengah putus asa dan rasa keciwa terhadap final year project aku dan lecturer @ supervisor aku yang sangat lah perfectionist, result aku ada error 1% pun die xleh terime, sape dapat lecturer macam aku mesti paham perasan aku, boleh menangis hari2 kalau macan neh, hukhuk, disebabkan peristiwa itu aku mengalami stress separa melampau, kesannya, aku hantuk kepala kat dinding hostel aku sebanyak 100 kali sehari, bagi menyelesaikan masalah fyp aku, tetapi setelah menonton video neh, aku tidak lagi mengalami simptom2 hantuk kepala, tetapi hidup aku penuh keyakinan sehinggakan aku mampu senyum 24 jam, terlalu happy lah katakan, tidur pun sambil senyum taw....


Sambil aku buat thesis, aku dok replay video neh, tengok2..."eh, dah siap dah thesis aku", suka sangat ko....
Pain is temporary, so never give up ok?

11 September 2012

IPhone 5 Tak Dapat Masuk Pasaran China

Dengar kata IPhone 5 tak dapat masuk pasaran China, sebab GooPhone  I5, iaitu pembuat handphone kat negara China, telah copy design IPhone 5, so macam kite tahu orang kat negara China bijak lagi cepat, sebab apa bijak? sebab apa cepat? bijak sebab diorang dapat buat design sama macam IPhone 5 dan cepat sebab diorang dah pun pasarkannya terlebih dahulu kat China, so kalau Apple nak pasarkan kat China, kemungkinan GooPhone akan saman Apple,kihkihkih...

Inilah dia GooPhone I5 ;)
tak tahu nak kesian ker nak gelak....

09 September 2012

Cara Mengesan Kedai Makan Guna PELARIS



 Pada zaman yang serba canggih neh, jangan tak tahu, masih ramai yang mengamalkan perkara-perkara syirik untuk mendapat rezeki dengan cara mudah, korang neh kebanyakan student @ bekerja kan? kalau korang bekerja, time lunch mesti makan luar kan, sama jugak bagi yang student, lagi-lagi yang duduk kat hostel, 2,3 kali sehari makan luar, so kene ambil berat, apa yang kita makan, kene jage2, sebab ade yg memerhati...hahaha (gelak gaya kiah propa). Ok, pernah tak terpikir kalau makanan yg korang makan tuh sebenarnya kotor, contohnya, kuku, rambut, seluar dalam...hah macam mana? entah2 dah berbakul makan, so kat bawah neh aku kongsi cara untuk mengelak kedai makan yg ada pelaris, hasil daripada bacaan aku kat internet neh, kalau kedai makan tuh selalu ramai pelanggan, tapi makanan takde lah sedap mana, harga pun mahal, maybe ade something wrong, so find out sendirik k, tok guru dah bagi ilmu kat bawah neh, pandai2 lah kome...

Segala ilmu kat bawah neh tok guru amik dari sini





 
 
Bagaimana cara untuk mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
 
Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?
Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).
 
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
 
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
 
Ia berdasarkan hadith:
Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.
 
Karang ade pulak yg tanye, soalan kurang cerdik berbunyi begini, "kedai kfc, mcd, pizza tuh agak2 pakai pelaris x, sebab memangjang jek penuh kedai diorang tuh", so tok guru jawab awal2 kat cini yek, "yer, diorang ade pakai pelaris, pelaris diorang adelah tv, surat khabar, internet...lagi dahsyat," kihkihkih

07 September 2012

Pes Tom Yam

Entri kali neh aku nak kongsi resepi yang sangat2 best, iaitu pes tom yam, lepas bace entri neh terus cuba buat tau....khas buat penggemar tegar tom yam!!!

Bahan-bahan:
  • 35 tangkai lada kering - dicuci dan toskan
  • 12 ulas bawang putih*
  • 25 ulas bawang kecil*
  • 2-3 sb gula melaka*
  • 3 sb sos ikan*
  • 1/2 cawan minyak makan*(guna minyak lebihan goreng cili kering)
  • sedikit air utk mengisar bahan*
  • Bahan2 tambahan untuk masakan tom yam :-
  • serai,lengkuas,daun limau,limau kasturi atau air asam,cili padi,garam,gula dan perasa jika suka 
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak makan dlm kuali dan goreng cili kering sebentar.Jangan hangus nanti pes jadi pahit. 
  2. Kisar cili kering goreng bersama kesemua bahan2 yang bertanda * hingga halus.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak hingga mendidih dan kering sedikit.Matikan api.
  4. Sejukkan pes dan simpan di dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.Pes akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti ais.

    inilah rupa pes tom yam korang nanti bila dah siap

    ini rupa sos ikan yg digunakan, FLYING MAN BRAND Fish Sauce

    rupa tom yam, pak cik google yang masak, bukan aku...
     Akhirnya siap entri copy paste aku, hikhik, lepas neh boleh lah korang try kat rumah, dari korang beli kat kedai baik buat kat rumah, sebab korang boleh letak seberapa banyak ayam, daging, udang, sotong,...nak kuah yang cair ke yang pekat...ikut citarasa masing-masing lah yer, untuk resepi tom yam pulak, lu cari sendirik....kihkihkih...jom lah cuba buat pes tom yam neh, dari korang pakai yang kiub/pes tom yam yang segera tuh, sebab rase die tak real tau.....

    Resepi pes tom yam boleh rujuk sini

    Menyesal aku letak gambar last tuh, sekarang aku lapar tom yam...



    17 August 2012

    Perempuan & Game

    Aku neh dok pikir nak buat entri pasal ape lak, sementara menunggu subuh neh, aku try ler nak update blog aku, tak nak la jap ada jap takda, macam biskut, pada hal dah banyak kali aku 'lost' dalam berblogging neh...hahahah....

    Ok, aku nak try cakap pasal perempuan & game, kenapa? sebab aku neh perempuan and game neh macam dah jadik sebahagian rutin aku, cume lately neh aku x berapa ade mase nak ngadap game2 aku. So aku nak perkenalkan beberapa game yang aku pernah main....

    1. The Sims 3 - Game neh memang best, ape aku x dpt dalam realiti, aku buat dalam game, contoh jadi isteri mithali perompak. Ahhh....malas aku nak cerite panjang pasal game neh, korang lagi pro kan? hihihi



    2. Grand Theft Auto 4- Game neh pun layan gak, tapi aku sorang jek belum complete semua mission, abang aku and adik aku dah banyak kali dah complete, jeles aku. Dalam game neh wataknye seorang yang jahat kan, tapi kat luar mission aku buat watak neh jadi baik, takde nak bunuh2 orang ke, rompak2 orang ke, cume curi kereta jek banyak, letih aku nak berlari :P



    3. Rebirth RO- Game neh ramai kot tahu, ragnarok online, aku main game neh dah setahun lebih, tapi tak pro2 gak, main character aku sniper, tapi still level noob, sedih aku, barang premium xde, x pernah dapat pergi WOE, banyak lagi quest aku tak lengkap, sekarang neh aku biar quest notority gantung tak bertali...sape2 yang layan game neh bagitahu lah aku, boleh main same2, game neh banyak gak orang malaysia main, tapi sekarang neh jarang on9 dah, sebab kawan2 on9 aku pun banyak dah x aktif main game neh.


    4. NFS- neh lame tak main, dulu selalu main, time tension, best woooo bawak kereta laju2....pastu pasang muzik best2...time tension layan game neh...best!



    haaaa...tu jek lah...sebenarnye banyak lagi game dah pernah main, tapi x berape nak ingat title game, so....x ltak la...abang aku n adek aku suke sangat tengok aku main game, sebab bukan tangan jek yang bergerak habis satu badan bergerak kalo main....pastu mula lah nak gelak kan aku n nganjing aku...kejam!!!

    Dengan ini aku isytiharkan aku adalah seorang gamer...*macam cool jek nak gelar diri sendiri gamer...pada hal noob tahap negatif, pakai cheat pun x reti...

    15 August 2012

    Glitterati to Non-Glitterati

    Aku rase aku gediksss ya amat, yes kejap nak aktif berblogging, kejap x...rase mcm nak lempang diri sendiri...

    Ok, aku saje nak wat kecoh neh, rase tak puas hati meluap-luap, aku punye status kat nuffnang neh hah, dah bertukar dari glitterati to non-glitterati, tak tahu ler nape, sape nak jawab sekarang, tapi aku x salah kan nuffnang, dah aku kejap berblog, kejap tak, sape2 pun hangin kan, pada hal nuffnang punye service memang terbaek, selalu buat contest bagi tiket wayang free (harap2 aku kipas nuffnang neh, boleh lah status aku bertukar ke glitterati balik), boleh join contest untuk dapatkan tiket wayang free :P hahhaha, itu aje tujuan aku....

    Ade sape2 pernah jadi macam neh ker? please please please...ajar aku macam mane nak jadi glitterati balik, sayang wooo...melepas tiket wayang macam neh....tiket wayang pun dah mahal sekarang....kihkihkih

    RM tuh terpakse r cover...malu!!!
    gigih aku letak link kat setiap word NUFFNANG, kipas jangan tak kipas...hahaha

    04 July 2012

    Rumah anak yatim & rumah orang tua

    Assalamualaikum

    Korang pernah pergi rumah anak yatim & rumah orang tua? Aku pernah pergi kedua2 tempat neh, aku syorkan semua orang pergi tempat2 macam neh, banyak 'realiti kehidupan' yang korang boleh belajar kat sini.

    1st time aku pergi, rumah sri kenangan (rumah orang tua), kat hospital bahagia, rumah orang tua neh dalam kawasan hospital bahagia, tapi kira orang2 tua kat sini ade yang kurang waras (tapi mereka tak ditempatkan kat dalam wad sebab diorang neh tidak mendatangkan bahaya pada orang lain), aku datang dengan kawan2 kolej, under program jiwa murni, kitorang buat majlis raya time penutup majlis neh, meraikan diorang. Pengalaman yang aku tak boleh lupa, time tolong sorang mak cik neh, parkinson, waktu neh kitorang semua tolong warga sri kenangan neh bersiap2 untuk majlis penutup, pakaikan baju raya untuk diorang, baju kurung yang recycle dan dikongsi ramai2. Aku sampai nak menangis time neh, time aku pakaikan baju kat mak cik neh, aku terpikir, adakah nasib aku kelak akan macam neh? ditempatkan dirumah orang2 tua kelak? tiada ahli keluarga yang ambil tahu? aku time neh terfikirkan mak n ayah aku jugak, apakah nasib mereka juga seperti mak cik neh? apakah aku mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan sempurna? membantu memakaikan baju bila mereka sudah tidak larat lagi, seperti aku lakukan terhadap mak cik neh? syahdunya....



    Rumah anak yatim pun aku pernah pergi, same jugak, under program jiwa murni, kitorang buat majlis raya jugak, seharian kat rumah anak yatim, main2 dengan dorang, kitorang buat sukaneka dengan budak2 tuh, aku pun ade group aku sendiri, and group aku dapat no 1 untuk sukaneka, yeay!!!, hahaha....actually program neh junior aku yang uruskan, time nak umumkan pemenang no 1 dan 2, aku siap cakap lagi kat junior yang in charge tuh, "kalo group aku tak dapat no 1 siap ko"...hahaha, ugutan aku menjadi :P. Aku ade bagi satu gelang kat sorang budak tuh, nama die adik syida, sebab aku nak budak tuh tak lupa kat aku, huhuhu...budak2 neh sangat ceria, aku sempat gak masuk dorm diorang, diorang neh sangat berdikari, dari yang kecik hingga lah yang besar, ade peranan dan tanggungjawab masing2, dorang dah siap2 buat jadual, siapa basuh baju, kemas bilik,gosok baju....salute!!!Aku paling terharu, tengok keakraban diorang, maybe sebab diorang dah takda siapa2, so kawan2 itulah keluarga mereka, diorang tuh dah macam adik beradik antara satu sama lain, lagi satu, walaupun dorang kecik lagi, tapi diorang tak buat perangai langsung, sangat ikut cakap warden diorang, salute lagi sekali!!!

    So aku dengan ini mewajibkan korang2 semua pergi rumah orang2 tua dan rumah anak yatim, banyak benda boleh belajar. (sesuke ati aku jek menjatuhkan hukum wajib kat korang...hahaha)

    03 July 2012

    Kuih Kapal Terbang

    Pernah dengar kuih kapal terbang? maybe ramai yang dah tahu, maybe ramai jugak yang tak tahu, sebab kuih neh famous dengan nama kuih tiram @ kuih lidah buaya, tapi nama lainnya kuih kapal terbang. Aku pun tak tahu nama kuih neh selama aku hidup neh, baru2 neh baru tahu, sebab member bagitahu nama kuih neh kuih kapal terbang, aku pun time tuh buat muka OMG 9GAG style aku kat situ kan, so bawah neh aku sajikan gambar kuih kapal terbang dan resepinya sekali...enjoy...


    sebelum digoreng


    sebelum dimakan :P
    BAHAN:

    500gm tepung gandum
    1 biji telur
    2 sudu margerin
    sedikit garam
    160ml air
    **6 sudu tepung jagung**
    **6 sudu minyak**

    CARA:

    Kacau bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
    Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras, tambah air)

    Uli doh supaya jadi nipis.sudah pasti akan dapat saiz yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bahagian baru dicanai.

    Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan campuran tepung jagung dan minyak tadi...sapu rata.

    Gulung kemas, kemudian potong serong2 kecil lebih kurang sebesar ibu jari. ambil potongan tu dan canai canai leper.(jangan sampai penyek sangat)

    Goreng hingga kekuningan dan sira/salut dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

    Resepi dan gambar diambil  disini dan sini

    01 July 2012

    Troll Tahap Melampau

    Dekat tempat aku belajar, pelajar boleh naik bas tanpa bayar, sebenarnya bukan free pun, tapi yuran bas dah dimasukkan sekali dalam yuran pengajian, so pastu boleh naik bas berapa banyak kali pun, ke mana pun tanpa bayar, alah...bus bergerak sekadar dalam kawasan kampus, paling jauh...hantar pergi komuter, tak tahu lah tempat lain macam mana, sebab ada IPTA/IPTS yang setiap kali naik bus kena bayar kan, sistem lain2...

    Nak dijadikan cerita, member aku neh pergi lah troll abang dia kan, abang dia nak datang lawat dia actually, abang dia datang naik public transport, so on the way abang dia pergi kolej member aku neh, dia habaq lah abang dia, kalau naik bus (bus tempat kitaorang belajar neh), kena bayar seringgit, abang dia neh pun buat lah, bayar dekat driver bus tuh seringgit, endingnya...abang dia kena halau oleh driver bus tuh, hahaha... sebab obvious sangat lah kan yang abang dia tuh bukan student situ (bus tuh kan kegunaan untuk student), lepas tuh abang dia maki lah member aku tuh...aku rasa tujuh keturunan pun belum tentu habis abang dia maki dia....hahaha....

    So, korang2, thanks merajinkan diri baca entri neh, tarikh nafas panjang2, hembus perlahan2, troll tahap melampau, title gempak, entri tak segempak title kan2???? sebab korang dah kena troll ngan aku :P
    Ok,bye...larik!!!!

    30 June 2012

    5 kali jumaat

    Kisah beberapa bulan yang lalu...

    beberapa kawan yang telah lama berpisah akhirnya bertemu, lalu gossip girls pun bermula....(gossip neh time masing2 nak tido smbil baring smbil gosip)



    Yuya: rora, ko ape cer? takda bf lg ker?
    Rora: hehehehee....
    Yuya: bagitahu je lah...ape name die? dah bape lame kenal?
    Rora: ermmmm....rasenyer dah 5 kali jumaat...
    Yuya: 5 kali jumaat???!!!! (yuya terus buat sambungan kuch2 hota hai...guling2 die gelak...yang lain pun gelak giler2)

    Time neh memang aku gelak giler2....rora neh bagi perumpamaan tak kena tempat...lepas tuh "jadi bahan" untuk 3 bulan...amek kaw!!!

    Bukan aku....sumber google :P



    Neh....berdasarkan kisah benar yer....tak tipu...nama yuya dan rora jek aku fake kan, karang meroyan lah si rora aku pergi highlight kes "5 kali jumaat die neh" haha...teringat balik dialog neh....mesti tersenyum....kadang2 tergelak.....yup....friendship walau berjauhan.... bila terkenang...bila rindu...mampu buat kita tersenyum...buat kita menangis...sebab tak mungkin masa lalu dapat berulang kembali...but itulah friendship, bertemu kerana ilmu, berpisah kerana cita-cita....kena redha...masing2 ade life masing2...tapi harapnya "kemesraan" neh tak luput kerana jarak dan masa...;)

    p/s: Yuya tuh bukan aku eh...aku tukang gelak jek :P