07 September 2012

Pes Tom Yam

Entri kali neh aku nak kongsi resepi yang sangat2 best, iaitu pes tom yam, lepas bace entri neh terus cuba buat tau....khas buat penggemar tegar tom yam!!!

Bahan-bahan:
  • 35 tangkai lada kering - dicuci dan toskan
  • 12 ulas bawang putih*
  • 25 ulas bawang kecil*
  • 2-3 sb gula melaka*
  • 3 sb sos ikan*
  • 1/2 cawan minyak makan*(guna minyak lebihan goreng cili kering)
  • sedikit air utk mengisar bahan*
  • Bahan2 tambahan untuk masakan tom yam :-
  • serai,lengkuas,daun limau,limau kasturi atau air asam,cili padi,garam,gula dan perasa jika suka 
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak makan dlm kuali dan goreng cili kering sebentar.Jangan hangus nanti pes jadi pahit. 
  2. Kisar cili kering goreng bersama kesemua bahan2 yang bertanda * hingga halus.
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak hingga mendidih dan kering sedikit.Matikan api.
  4. Sejukkan pes dan simpan di dalam bekas kedap udara dan gunakan bila perlu.Pes akan lebih tahan lama jika disimpan di dalam peti ais.

    inilah rupa pes tom yam korang nanti bila dah siap

    ini rupa sos ikan yg digunakan, FLYING MAN BRAND Fish Sauce

    rupa tom yam, pak cik google yang masak, bukan aku...
     Akhirnya siap entri copy paste aku, hikhik, lepas neh boleh lah korang try kat rumah, dari korang beli kat kedai baik buat kat rumah, sebab korang boleh letak seberapa banyak ayam, daging, udang, sotong,...nak kuah yang cair ke yang pekat...ikut citarasa masing-masing lah yer, untuk resepi tom yam pulak, lu cari sendirik....kihkihkih...jom lah cuba buat pes tom yam neh, dari korang pakai yang kiub/pes tom yam yang segera tuh, sebab rase die tak real tau.....

    Resepi pes tom yam boleh rujuk sini

    Menyesal aku letak gambar last tuh, sekarang aku lapar tom yam...



    12 comments:

    1. Hahaha, saya pun lapar tomyam. Kalau nak lagi sedap rebus tulang ayam selama semalaman, camtula style orang warung tomyam buat tomyam. Diorang rebus ayam 24 jam, sebab tu kalau perasan laju gila dia buat tomyam, orang order dia masukkan air stock ayam + bahan-bahan + pes tomyam pastu siap dalam 2 minit.

      ReplyDelete
    2. wow, thanks for d info, sy pun blom try lg, tp memang terbaek r kalo pakai sekali ngan stock ayam, kalo mcm tuh, hari2 mkn tom yam lah, hehe

      ReplyDelete
    3. wow!
      rajin nyeee...
      biasa beli paste TomYam je..:p

      ReplyDelete
    4. wahh ari tu mkcik kita ada ajar cara nak buat pes tomyam ni...
      tp tgk mcm leceh...beli je pes tomyam..cepat sikit..hehehe...
      nice sharing !! :D

      ReplyDelete
    5. kyo_9: hehe...tuh bukan sy buat, pak cik google yg buat, sy pun blom pernah buat :P

      Nani: hehehe, kt pun pakai pes tom yam jek, x pernah buat lg pes tom yam, tp ingat nak try nti.... ;)

      ReplyDelete