05 December 2010

Hidup tanpa guna wang sesen pun selama setahun


Mark Boyle (30 tahun) hidup selama setahun ini tanpa membelanjakan wang sesen pun. Beliau berkata, ini merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya dan dia akan meneruskan gaya hidup tersebut.

Boyle selama 12 bulan terakhir menjadi seorang “freeconomist”. Ia menjalani gaya Beliau menjalani gaya hidup ini di sebuah caravan di Timsbury, berhampiran Bath, Inggeris, dengan menanam bahan makanannya sendiri dan menggunakan kembali sampah-sampah yang dibuang orang lain. Dia mengatakan, dengan tidak membelanjakan wang sesen pun, ia jadi lebih bahagia, dan kini berikrar untuk meneruskan cara hidup tanpa wang itu.

Dia boleh bermain gitar di mana sahaja. Teleponnya hanya untuk menerima panggilan. Peralatan elektriknya menggunakan tenaga matahari. Dia mendapatkan pakaian terpakai atau dari website kitar semula.



Boyle, seorang sarjana ekonomi kelahiran Ireland dan bekas usahawan, punya blog yang berkisah tentang gaya hidupnya. Untuk menghidupkan laptopnya, beliau menggunakan tenaga solar dari tenaga matahari dan kemudahan internet percuma di sebuah ladang tempatan.

“Itu merupakan saat paling bahagia dalam hidup saya, dan saya akan meneruskannya. Saya tidak melihat alasan untuk kembali ke dunia yang berorentasikan wang. Hidup tanpa wang sangat membebaskan. Tentu ada cabaran, tetapi saya tidak punya tekanan berkaitan akaun bank, bil, kesesakan lalulintas, dan bekerja dalam sebuah pekerjaan yang tidak saya sukai. ”

“Perkara yang sukar ialah bersosial dengan teman-teman, saya kehilangan aspek ini. Sebagai pertukaran dari pergi ke pub, saya membuat unggun api, bermain muzik atau pergi berjalan-jalan” katanya.

Dia pernah cuba untuk berjalan kaki dari Bristol, Inggirs, menuju India dengan bergantung pada kebaikan dan keramahan orang lain. Namun, beliau terpaksa menghentikan perjalanan itu sebulan kemudian, kerana mengalami kesukaran ketika di Perancis.

“Dalam 20 tahun ke depan, orang akan mula menentukan apa yang mereka gunakan dan bagaimana mereka harus hidup. Keutamaan saya adalah menggunakan kembali apa-apa yang orang buang, lalu membangun sebuah infrastruktur berterusan bagi masa depan. Faktanya, saya telah memutuskan untuk meneruskan gaya hidup ini yang merupakan saranan terbaik yang boleh dilakukan setiap orang. ”

Boyle seorang vegetarian. Sekarang dia bercadang untuk mempromosikan gerakan freeconomy melalui blognya. Dia juga mengajar bagaimana hidup secara sederhana.

6 comments:

  1. Hebat ya tuh orang. hidup ga pake uang.

    http://bilbulsama.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. serious... hebat kot dia tuh.. kalau i, tak tahula cmne nak hidup tanpa wang..tak mampuuu~~ T_T

    ReplyDelete
  3. Salam. Susah nak jumpa org camneh. wlpun tak ada duit, Boyle tak mencuri pun. hehe... :)

    Ayah & Anaknya Yang Cacat

    ReplyDelete
  4. huuu....tw xper
    memang hebat lah die kan
    tahan segale godaan tak gune duit...heee

    ReplyDelete
  5. Ah..baru setahun..try masuk penjara ar..langsunggg tak guna wang walau sesen pun.

    ReplyDelete