05 December 2010

Hidup tanpa guna wang sesen pun selama setahun


Mark Boyle (30 tahun) hidup selama setahun ini tanpa membelanjakan wang sesen pun. Beliau berkata, ini merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya dan dia akan meneruskan gaya hidup tersebut.

Boyle selama 12 bulan terakhir menjadi seorang “freeconomist”. Ia menjalani gaya Beliau menjalani gaya hidup ini di sebuah caravan di Timsbury, berhampiran Bath, Inggeris, dengan menanam bahan makanannya sendiri dan menggunakan kembali sampah-sampah yang dibuang orang lain. Dia mengatakan, dengan tidak membelanjakan wang sesen pun, ia jadi lebih bahagia, dan kini berikrar untuk meneruskan cara hidup tanpa wang itu.

Dia boleh bermain gitar di mana sahaja. Teleponnya hanya untuk menerima panggilan. Peralatan elektriknya menggunakan tenaga matahari. Dia mendapatkan pakaian terpakai atau dari website kitar semula.



Boyle, seorang sarjana ekonomi kelahiran Ireland dan bekas usahawan, punya blog yang berkisah tentang gaya hidupnya. Untuk menghidupkan laptopnya, beliau menggunakan tenaga solar dari tenaga matahari dan kemudahan internet percuma di sebuah ladang tempatan.

“Itu merupakan saat paling bahagia dalam hidup saya, dan saya akan meneruskannya. Saya tidak melihat alasan untuk kembali ke dunia yang berorentasikan wang. Hidup tanpa wang sangat membebaskan. Tentu ada cabaran, tetapi saya tidak punya tekanan berkaitan akaun bank, bil, kesesakan lalulintas, dan bekerja dalam sebuah pekerjaan yang tidak saya sukai. ”

“Perkara yang sukar ialah bersosial dengan teman-teman, saya kehilangan aspek ini. Sebagai pertukaran dari pergi ke pub, saya membuat unggun api, bermain muzik atau pergi berjalan-jalan” katanya.

Dia pernah cuba untuk berjalan kaki dari Bristol, Inggirs, menuju India dengan bergantung pada kebaikan dan keramahan orang lain. Namun, beliau terpaksa menghentikan perjalanan itu sebulan kemudian, kerana mengalami kesukaran ketika di Perancis.

“Dalam 20 tahun ke depan, orang akan mula menentukan apa yang mereka gunakan dan bagaimana mereka harus hidup. Keutamaan saya adalah menggunakan kembali apa-apa yang orang buang, lalu membangun sebuah infrastruktur berterusan bagi masa depan. Faktanya, saya telah memutuskan untuk meneruskan gaya hidup ini yang merupakan saranan terbaik yang boleh dilakukan setiap orang. ”

Boyle seorang vegetarian. Sekarang dia bercadang untuk mempromosikan gerakan freeconomy melalui blognya. Dia juga mengajar bagaimana hidup secara sederhana.

04 December 2010

Molekul Air Zam-Zam yang Sangat Menakjubkan!

 Assalamualaikum
Kata orang dunia2 pun..akhirat jangan lupa...so entri kali neh biar islamik sikit....
okeh....aku jumpa artikel neh kat internet gak..macam biasa menggunakan kepakaran aku dalam mengkopi paste...hikhik....so jom layan...takpa kan?...sharing is caring kan?....hehe
 ---------------------------------------------------------------------
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:

Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud di Surau Wisma Telekom Semarak. Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari Universiti Malaya).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.

cantiknya. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang ”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah Subhanallah... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

--------------------------------------------------------------------------
macam mana? wow kan?.hehe...tengok lah sapa yang mengkopi paste hikhik..aku!!!
layan kan3?...okeee...lepas neh kalau pergi kelas ker bawak lah air...sebab air neh boleh jadi macam merekodkan apa yang diorang dengar...ehhhh?...dengar ker?...apa2 lah aku tak reti nak guna ayat2 bombastik macam lecturer aku cakap..."awak neh dah final year ayat english tuh biarlah bombastik sikit?". Aku respon "erk?'...okee...takda kena mengena pun...daaaaa