05 April 2011

Berkesan Tapi Tak Bermoral?

Assalamualaikum

Sebelum aku teruskan menulis entri neh aku nak ceritera kat korang yang last 2 week neh aku menyertai program kuruskan badan...dan korang sekarang wajib buat muka terkejut sebab aku hilang 30kg dalam masa 2 minggu....hah kau...lopong jangan tak lopong...sekarang neh aku totally 0% lemak...daging pun makin takda dah neh...tinggal tulang jek hahaha...tapi hampa dan sangat-sangat hampa aku hanya membohongi korang...sekarang korang wajib buat muka menyampah atau hampa okeh :)

Sebenarnya aku nak cakap pasal program kuruskan badan...tapi aku bukannya nak promote apa2 di sini okeh? Aku just nak cerita aku sangat-sangat kagum plus pelik dengan iklan kat tv pasal program kuruskan badan...aku memang terkezut yang amat melihat mereka-mereka iaitu peserta-peserta itu mampu menguruskan badan dalam masa yang sangat singkat kat iklan tuh adalah tunjuk gambar sebelum dan selepas mereka menyertai program tersebut....tapi yang makin aku bertambah-tambah pelik ialah gambar sebelum dan selepas mereka kurus tuh kan? sebab pelik itu adalah kerana gambar sebelum elok bertudung tapi gambar selepas hilang dah tudung...pelik tak pelik tak?ker aku sorang jek pelik?

gambar untuk korang cuci mata sambil baca entri...nampak sedap pulak carot tuh...heee

Disebabkan aku neh baik, tak suka berburuk sangka aku pikir mungkin tudung mereka 'tertebang dek angin ketika photoshot tuh ker?'...okeh tak? agak-agak logik tak sangkaan aku? korang jangan cuba cakap tak logik okeh? aku cuba dan berniat tuk bersangka baik pada orang neh..jadi korang jangan cuba-cuba mahu bantutkan niat murni aku neh...bersangka baik itu baik...aku tak nak cakap pape...tak nak comment pape...aku cuba bersangka baik neh....just curious...sebab tuh buat entri neh...

8 comments:

  1. berat dari 85 naek ke 92 kilo...
    nak tips !!!~



    nak menang ipad2 ???
    klik > http://solomolo.blogspot.com/2011/04/akibat-berdiam.html

    ReplyDelete
  2. kt perenggan last tuh...nmpk sgt bersangka baik dgn cara yg paling xikhlas...haha...

    ReplyDelete
  3. igtkan kakkoii sorang je perasan hahaha

    ReplyDelete
  4. a'ah la.. sebelum (gemuk) tu bertudung.. lepas tu (kurus) dah tak bertudung.. mungkinkah program itu sebenarnya telah berjaya.. Mungkin kalau nak nampak kurus jgn bertudung (Ini bukan nasihat.. ini perli.. hehehe)

    ReplyDelete
  5. itulah sikap manusia yg x tahu bersyukur. bila Allah bagi nikmat kurus ( mayb smekain cantik) maka mulalah nak perangi hukum Tuhan.

    ReplyDelete
  6. maksudnya lepas bertudung nak tunjuk semua lah yg ada . tak istiqamah betul camtu . haih !

    ReplyDelete
  7. memang pon,semenjak kurus..nk buat la pulak gaya org kurus,haha

    ReplyDelete
  8. Kunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
    tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D

    ReplyDelete