04 July 2012

Rumah anak yatim & rumah orang tua

Assalamualaikum

Korang pernah pergi rumah anak yatim & rumah orang tua? Aku pernah pergi kedua2 tempat neh, aku syorkan semua orang pergi tempat2 macam neh, banyak 'realiti kehidupan' yang korang boleh belajar kat sini.

1st time aku pergi, rumah sri kenangan (rumah orang tua), kat hospital bahagia, rumah orang tua neh dalam kawasan hospital bahagia, tapi kira orang2 tua kat sini ade yang kurang waras (tapi mereka tak ditempatkan kat dalam wad sebab diorang neh tidak mendatangkan bahaya pada orang lain), aku datang dengan kawan2 kolej, under program jiwa murni, kitorang buat majlis raya time penutup majlis neh, meraikan diorang. Pengalaman yang aku tak boleh lupa, time tolong sorang mak cik neh, parkinson, waktu neh kitorang semua tolong warga sri kenangan neh bersiap2 untuk majlis penutup, pakaikan baju raya untuk diorang, baju kurung yang recycle dan dikongsi ramai2. Aku sampai nak menangis time neh, time aku pakaikan baju kat mak cik neh, aku terpikir, adakah nasib aku kelak akan macam neh? ditempatkan dirumah orang2 tua kelak? tiada ahli keluarga yang ambil tahu? aku time neh terfikirkan mak n ayah aku jugak, apakah nasib mereka juga seperti mak cik neh? apakah aku mampu menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan sempurna? membantu memakaikan baju bila mereka sudah tidak larat lagi, seperti aku lakukan terhadap mak cik neh? syahdunya....



Rumah anak yatim pun aku pernah pergi, same jugak, under program jiwa murni, kitorang buat majlis raya jugak, seharian kat rumah anak yatim, main2 dengan dorang, kitorang buat sukaneka dengan budak2 tuh, aku pun ade group aku sendiri, and group aku dapat no 1 untuk sukaneka, yeay!!!, hahaha....actually program neh junior aku yang uruskan, time nak umumkan pemenang no 1 dan 2, aku siap cakap lagi kat junior yang in charge tuh, "kalo group aku tak dapat no 1 siap ko"...hahaha, ugutan aku menjadi :P. Aku ade bagi satu gelang kat sorang budak tuh, nama die adik syida, sebab aku nak budak tuh tak lupa kat aku, huhuhu...budak2 neh sangat ceria, aku sempat gak masuk dorm diorang, diorang neh sangat berdikari, dari yang kecik hingga lah yang besar, ade peranan dan tanggungjawab masing2, dorang dah siap2 buat jadual, siapa basuh baju, kemas bilik,gosok baju....salute!!!Aku paling terharu, tengok keakraban diorang, maybe sebab diorang dah takda siapa2, so kawan2 itulah keluarga mereka, diorang tuh dah macam adik beradik antara satu sama lain, lagi satu, walaupun dorang kecik lagi, tapi diorang tak buat perangai langsung, sangat ikut cakap warden diorang, salute lagi sekali!!!

So aku dengan ini mewajibkan korang2 semua pergi rumah orang2 tua dan rumah anak yatim, banyak benda boleh belajar. (sesuke ati aku jek menjatuhkan hukum wajib kat korang...hahaha)

1 comment: