02 April 2013

Bila Saya Dah Kaya

Assalam, moga semua pembaca BLoG-GeT-To dalam keadaan sihat walafiat, moga terus sukses, kaya dan berjaya :)

Okeh, InsyaAllah RM100K on the way dalam akaun :)

Sekarang neh pun bisnes on9 laku macam goreng pisang panas punya :)

Nanti dah dapat RM100K, saya nak couching orang pulak, nak tolong orang lain pulak dapat RM100K, tolong couching untuk start bisnes kat internet lah, takdalah sampai dapat RM100K, asal dia dah pandai 'berdikari' dalam bisnes on9, saya lepas lah dia, bagi peluang pulak kat orang lain pulak :)

Sebenarnya azam tahun neh satu jek, nak hantar mak &  abah pergi umrah, target lepas raya tahun neh, doa2 kan yer, mak saya dah lama sangat nak menjadi tetamu Allah S.W.T., kalau ada duit lebih nak bawak sekali 1 family, so selaku anak yang solehah manja, kenalah laksanakan tanggungjawab itu, ye dak? :)

Credit to Uncle Google :)


Sebenarnya banyak menda yang saya nak buat bila dah kaya, antaranya:

1. Travel around the world- saya selalu membayangkan saya travel ke luar negara, ke jepun, korea, us, europe, england, africa, bila bayangkan pun rasa teruja yang amat, menyebabkan semangat untuk jadi kaya berkobar-kobar, sebab semua neh memerlukan duit yang banyak :)

2. Tolong orang lain- saya rasa bila ada duit, banyak menda boleh dilakukan salah satunya, bantu orang, yer betul, tak perlu tunggu kaya pun nak bantu orang, tapi kalau kaya bantuan yang kita boleh sumbang pun besar, contohnya, kalau anda ada bisnes, anda akan menyumbang pada zakat kan? tak ker dah membantu orang tuh :) selalu terbayangkan ambil anak yatim sebagai anak angkat, siap ada nama dah 'anak angkatku' hikhikhik, nak tolong janda yang  hilang tempat bergantung, nak sediakan kemudahan yang baik untuk warga emas...semua neh boleh dilakukan sekiranya duit kita banyak :)

3. Kemewahan Mak & Ayah - Ok, saya tahu kemewahan tak boleh bawak masuk kubur pun, tapi apa salahnya kalau kita 'memewahkan' ibu ayah kita yang kita tak tahu pun berapa panjang lagi umur mereka, mereka dah susah payah besarkan kita, apa salahnya 'memewahkan' mereka kan? sebab harta tak boleh bawak masuk kubur pun :) mewahkan mereka....bawak mereka berjalan ke luar negara, belikan apa sahaja yang mereka mahukan, bawak makan ke tempat mahal2, itu hanya boleh dilakukan bila ada duit kan? :)

Hehe, itu je setakat neh, saya menaip entri neh pun pasal saya nak aktifkan minda 'separa sedar',  untuk bekerja mencapai matlamat RM100K saya, seperti irfan khairi  sendiri cakap, kita kena tulis matlamat kita berulang kali, tulis yer, bukan membayangkan sahaja, so jangan MALAS!!! (tapi neh bukan tulis, neh menaip...arggghhhh..sama je lah tuh)

Ok lah, letih sudah, dari pukul 9 tadi, non-stop jawab pm dari customer, Alhamdulillah rezeki2 :)


2 comments:

  1. wow..hebat ! mmg big dream tu..:) anyway tahhniah punyai bisnes yg mntap..:) harap dpat beri tunjuk ajar..:)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...mane yg mampu sy sumbangkan...sy sumbangkan :)

    ReplyDelete