04 September 2011

Pukau memukau trend pencuri zaman sekarang

Assalamualaikum 

 Al-kisah...maaf...raya-raye neh tak baik marah....aku tahu blog aku neh dah macam hidup segan mati tak mahu...hahaha....kalo korang rase2 nak marah ker nak maki ker makilah blog aku...jangan maki aku...aku neh dah tepu dengan makian neh...hahaha. 

Kalau zaman berubah...teknologi berubah...hidup manusia pun berubah...kalau zaman dulu mak korang o nenek korang keluar pakai kain batik n baju kurung kedah, pastu pakai selendang atas kepala (imaginasi aku neh ikut kebanyakan cerita melayu lama-lama tuh kan pakai macam neh?)...sekarang tak main r kan kain batik...zaman sekarang paling murah keluar rumah pun pakai tshirt n jeans kan? 

Hah..korang jangan ingat itu jek yang berubah...pencuri pun ubah style tahu bila nak curi? Sekarang pencuri pakai ilmu pukau nak mencuri....baru-baru neh kawan aku sendiri kena pukau habis barang dia kena kebas. Dan perkara itu berlaku di Puduraya yer? aku ulang lagi sekali PUDURAYA...yup...tempat orang dok tunggu bas n turus dari bas tuh....n masalahnye member aku tuh kena pukau dalam surau...ok...SURAU...aku tak tahu lah pencuri jenis apa neh...kat tempat orang beribadat pun sanggup nak buat jahat...ish3( sambil sebut ish 3 kali sambil geleng kepala...baru GAYA).
Pudu dah cantek!!!

Kisahnya begini, member aku nak balik rumahnya setelah start cuti sem...dia sampai kat pudu dalam pukul 645 petang....dan tiket bas dia pukul 930 malam....jadi dia pun lepak lah kat surau sementara tunggu masuk waktu maghrib...tiba-tiba ada seorang perempuan pakai purdah masuk surau itu...entah kenapa...member aku neh asyik pandang jek wajah perempuan yang berpurdah neh...bau perempuan neh wangi sangat...lepas tuh member aku tak ingat apa da...sedar2....dia tengok jam dah pukul 1130 pagi keesokan harinya...hah...korang bayangkan berapa lama dia tak sedarkan diri...lebih 12 jam tuh....lepas tuh member aku terus nangis2...dia tengok beg dia semua dah hilang...pastu ada seorang kakak sebelah dia pun baru bangun...kakak tuh pun macam terpinga-pinga...n kakak tuh tanya lah kat member aku neh...ada nampak tak barang dia...rupanya kakak tuh pun sama kena pukau...pastu member aku neh keluar lah dari surau n tanya kat mak cik yang jaga surau tuh.."mak cik tak nampak ker saya tidor kat dalam surau neh malam tadi?"...mak cik tuh jawab dia tak nampak siapa2 pun tidur dalam surau malam tuh tadi n mak cik lah orang yang kunci pintu surau neh. Member aku lagi lah bertambah pelik...dalam masa yang sama...abang member aku neh siap pergi cari member aku neh kat kolej...sebab yelah...patutnyer malam tuh dia dah sampai rumah dia...tapi dia langsung tak dapat dihubungi...family dia dah siap lapor polis bagai...tapi Alhamdulillah dia selamat...walaupun barang2 dia hilang...hebat lah pencuri sekarang...tak payah susah2 ragut handbeg orang tepi jalan tengah hari panas...tak payah susah2 nak pecahkan cermin kereta orang untuk mencuri....tak payah nak rompak bank sambil cover2 muka....pukau cukup...selamat....so...korang beware!!!

Hah...korang per lagi...p amik limau nipis bubuh dalam beg masing2...hahaha...aku pun tak tahu lah cara neh berkesan atau pun tidak...baru-baru neh aku pergi Bandung...mak aku punya lah risau kan keselamatan aku...siap bubuh limau nipis dalam beg aku...mak aku cakap...untuk elak pukau....tapi yang aku risau...risau beg aku kena tahan kat kastam...yelah pikir time tuh...nanti kan beg kena scan...nanti kastam scan2...dia nampak ada bentuk bola dalam beg aku...karang kastam ingat aku bawak bom pulak...hahaha...sungguh keanak-anakan fikiranku....





05 April 2011

Berkesan Tapi Tak Bermoral?

Assalamualaikum

Sebelum aku teruskan menulis entri neh aku nak ceritera kat korang yang last 2 week neh aku menyertai program kuruskan badan...dan korang sekarang wajib buat muka terkejut sebab aku hilang 30kg dalam masa 2 minggu....hah kau...lopong jangan tak lopong...sekarang neh aku totally 0% lemak...daging pun makin takda dah neh...tinggal tulang jek hahaha...tapi hampa dan sangat-sangat hampa aku hanya membohongi korang...sekarang korang wajib buat muka menyampah atau hampa okeh :)

Sebenarnya aku nak cakap pasal program kuruskan badan...tapi aku bukannya nak promote apa2 di sini okeh? Aku just nak cerita aku sangat-sangat kagum plus pelik dengan iklan kat tv pasal program kuruskan badan...aku memang terkezut yang amat melihat mereka-mereka iaitu peserta-peserta itu mampu menguruskan badan dalam masa yang sangat singkat kat iklan tuh adalah tunjuk gambar sebelum dan selepas mereka menyertai program tersebut....tapi yang makin aku bertambah-tambah pelik ialah gambar sebelum dan selepas mereka kurus tuh kan? sebab pelik itu adalah kerana gambar sebelum elok bertudung tapi gambar selepas hilang dah tudung...pelik tak pelik tak?ker aku sorang jek pelik?

gambar untuk korang cuci mata sambil baca entri...nampak sedap pulak carot tuh...heee

Disebabkan aku neh baik, tak suka berburuk sangka aku pikir mungkin tudung mereka 'tertebang dek angin ketika photoshot tuh ker?'...okeh tak? agak-agak logik tak sangkaan aku? korang jangan cuba cakap tak logik okeh? aku cuba dan berniat tuk bersangka baik pada orang neh..jadi korang jangan cuba-cuba mahu bantutkan niat murni aku neh...bersangka baik itu baik...aku tak nak cakap pape...tak nak comment pape...aku cuba bersangka baik neh....just curious...sebab tuh buat entri neh...

31 March 2011

Berblog Biar Berpada-pada


Assalamualaikum

Kali neh aku nak cerita pasal blog aku lah sebab neh blog aku so aku cerita pasal blog aku lah, karang aku cerita pasal blog korang, korang tak puas hati, siap nak claim royalti pulak kat aku…whatthefish…hahaha

  1. Keaiban – Aku kalau nak tulis entri aku akan elak perkara2 yang boleh mendatangkan keaiban orang, contohnya, aku tak suka tulis pasal si A kena tangkap basah dengan si B, lepas tuh kite pergi gebang2 kat blog kite yang diorang kena tangkap basah. Pastu ade pulak insan yang sangat baik hati pergi phostostat (aku bukan anti photostat sebab aku pun banyak pakai cilok2 jek) pulak entri tuh letak pulak kat blog dia, maka tersebarlah cerita keaiban orang. Cuba lah korang pikir kalau si A n B tuh tak nak maafkan korang sebab dedahkan aib diorang,macam mana? Paling senang kisah2 artis, kat mana korang nak pergi cari artis tuh mintak ampun setelah aib mereka korang dedah2 kan? Jangan lupa…diorang pun manusia macam kita….

  1. Gambar- Neh lagi satu, perkara yang aku amat sensitif, aku tak berapa suka letak gambar perempuan yang pakai baju yang tak menetapi syariat Islam yang betul, yer..aku tahu, aku tak perfect, tapi aku takut aku ‘membantu’ orang mendedahkan aurat mereka, gambar2 aku pun aku tak letak sangat…takut…perempuan neh banyak aurat yang perlu di jaga. Lagi satu, tak semestinya gambar perempuan, kalau gambar tuh agak ‘terlalu sopan’ pun aku tak letak, takut wey..neh jugak tergolong dalam mengaibkan orang…takmo2…nanti akan dipersoalkan diakhirat kelak….siapa yang kena jawab? Aku jugak…blog aku…aku lah yang kena jawab kan?

  1. Nama- Okeh, lagi satu pasal nama, neh pun aku jarang mention nama orang dalam blog neh, kalau itu bakal membawa aib padanya, tapi kalau perkara yang baik2 pasal dia…aku dengan bangganya nak letak nama dia kat blog aku…heee

Berblog memang best, tapi berblog biar berpada-pada, maybe bermacam2 tujuan korang berblog, untuk mencari kenalan, untuk duit, tapi jangan lupa, berblog juga boleh mendorong kita buat dosa tanpa disedari…

Lepas neh jangan lah pulak ade yang terus berhenti berblog sebab entri aku neh, owh….sangat lah badget aku neh, terkesan sungguh kan entri aku? Heeee…takpa….entri neh khusus ditujukan kepada diri sendiri…bukan untuk korang…jadi tidak perlu emo2 baca entri neh…smile :)

30 March 2011

Bila orang Melayu tulis surat cinta dalam bahasa London


haha...aku tergelak lah bace surat neh...memang hebat lah kalau orang Melayu boleh speaking macam neh kan? haha...entri neh juz for fun....baca surat neh berkali-kali conpem korang pandai speaking lepas neh.Tapi jangan lah dah pandai speaking nanti, korang cakap cam neh lak "i sound stupid when i speak malay" neh boleh mendatangkan kemarahan, tapi kalau cakap macam neh takpa "saya nampak bodoh bila saya speaking"....hah kalau macam neh cakapnya...korang geng aku lah beb...dari kecik sampai ke tua dok belajar bahasa inggeris neh tak khatam2 gak aku....geram lah...kalau bahasa inggeris neh ada rupa, ada bentuk....dah lame aku gigit2 sebab geram sangat kan, hah amik kau...hahaha...ok lepas neh kawan dengan foreigner jek, boleh polish level bahasa inggeris aku....hahaha...minggu2 test neh aku banyak tensen, memang entri pelik2 jek lah kan aku buat, nak bagi korang pun sama2 tensen dengan aku...hahaha....wish me luck frens :)

25 March 2011

Albert Einstein bukan genius?

Albert Einstein adalah seorang saintis & ahli Fizik terkemuka pada abad lepas. Beliau di lahirkan pada 14 March 1879 di Ulm, Kingdom og Wurttemberg, German Empire. Sumbangan beliau kepada perkembangan dunia Sains tidak dapat disangkal lagi. Relativity theory dan Photoelectric Effect Theory yang beliau temui membuahkan Nobel Prize in Physics pada tahun 1921. Akan tetapi, adakah beliau benar-benar genius?

Benarkah Einstein genius?


Walaupun banyak pihak yang mempertikaikannya, tetapi banyak kajian telah dijalankan yang membuktikan bahawa Einstein adalah pure genius! Einstein pernah berkata bahawa kunci utama kepada kebijaksanaan beliau adalah kebolehannya untuk menggambarkan masalah yang beliau hadapi dan kemudian menafsirkannya kepada nombor & perkiraan matematik. Sebagai contoh, semasa beliau mengusahakan Relativity Theory, beliau membayangkan bagaimana jika alam semesta menaiki pancaran cahaya sebagai satu kenderaan?
Bukti-bukti saintifik yang mengatakan Einstein adalah genius?

Bilangan neurons & glial cells (Sel di dalam otak) Einstein adalah lebih banyak daripada manusia normal iaitu : Einstein = 11 orang lelaki. Sel-sel ini membolehkan Einstein mempunyai kebolehkan berfikir secara konsep yang mantap.
Neurons & glial cells terdapat pada Area 9 & Area 39


Secara am-nya, otak Einstein adalah sama seperti otak manusia biasa kecuali pada satu bahagian otak yang di panggil inferior parietal region. Pada bahagian ini, saiznya adalah lebih besar. Total saiz otak Einstein adalah 15 % lebih lebar dari otak manusia biasa. "Visuospatial cognition, mathematical thought, and imagery of movement are strongly dependent on this region," kata para pengkaji.
Culcus terletak di bahagian tengah otak
 Kelebihan otak Einstein adalah pada bahagian seperti didalam gambar, tidak mempunyai lekuk yang dipanggil sulcus. Ketiadaan sulcus ini membolehkan lebih banyak neurons pada kawasan ini untuk berhubung dan bekerjasama dengan lebih mudah. Para pengkaji otak Einstein menyimpulkan bahawa perbezaan fizikal antara otak Einstein dan manusia biasa menjadikan Einstein seorang yang mempunyai keupayaan pemikiran yang jauh lebih hebat.

Siapa tak kenal kan Albert Einstein neh...kucing aku kat rumah pun kenal, kalau korang tak kenal sila nyorok muka bawah bantal...hakhak. Dulu time sekolah aku sangat lah berminat dengan rambut Einstein neh. Aku ingat lagi cikgu fizik suka cerita pasal Einstein neh. Antara cerita yang aku ingat lah kan? Bila Einstein dah jumpa formula dia yang femes tuh, dia kan jadi gila, menurut cikgu aku, Einstein neh sebenarnya dia tak gila, tapi pura-pura gila, kan lepas tuh dia jadi femes sebab formula dia yang femes tuh, dia sebenarnya pura-pura gila,sebab tak nak terlibat lagi dalam bidang sains neh, sebab melalui formula dia tuh kan, die menjumpai sesuatu yang menakutkan die,...tapi tak sure lah mende kan, sebab lepas tuh kan die dah gila. Aku memang minat sangat subjek fizik, sampai pernah lah kan berangan-angan nak ada formula sendiri macam Einstein neh, mana tahu akan datang aku bukak buku teks fizik anak aku terpampang FORMULA NUFAHA...siapa tahu...hahaha...(berangan)
Hye IQ saya 160. Ada beran?

23 March 2011

Zaman Sekarang Semua Tak Selamat Dah...

Assalamualaikum

1. Zaman sekarang perempuan nak keluar pakai hangbag rasa tak selamat dah...takut kena ragut...(coursemate aku budak german, interchange student, baru -baru neh kena ragut kat KL...conpem lepas neh die takut nak datang Malaysia dah...)

2.Zaman sekarang nak makan pun rasa tak selamat..takut makanan mengandungi bahan-bahan terlarang...contohnya squad elite khinzir....

3. Zaman sekarang budak-budak nak main kat taman permainan pun tak selamat dah...takut kena culik dengan manusia yang kurang bijak...eh bukan...yang kurang kewarasan akal (kurang waras lah tuh pergi culik anak orang kan?)
4.Zaman sekarang tak boleh nak percaya siapa-siapa dah...termasuk family sendiri...macam kes haruan makan anak...(haruan makan anak takpa..itu memang makanan dia...manusia kamu jangan dengki sama haruan okeh?)

5.Zaman sekarang nak dating pun tak selamat dah...kalau nak selamat...kahwin je terus....
6. Zaman sekarang nak bersosial di facebook, twitter or blog pun tak selamat dah....ramai yang pandai hack account sekarang....jahat!!!
7.Zaman sekarang nak letak gambar kat facebook atau blog pun tak selamat...kerana gambar-gambar itu bakal transform dari gambar sopan ke gambar kurang sopan...gambar tuh transform sendiri daaaaa....(sila jangan pelik...)

Tapi...korang jangan jadi macam kura-kura neh...nak keluar pun takut...
 8.....cukup-cukup lah tuh....makin melalut aku rasa, zaman sekarang neh kita rasa makin tak selamat kan? pergilah ke mana-mana pun, still rasa insecure kan? kenapa ek? okeh...tak payah lah pikir sampai kerut-kerut dahi tuh...soalan tak susah pun...siap bagi soalan lagi...jawapan jek takda...hahaha...sekian.



22 March 2011

Susah hidup kat Malaysia?

Assalamualaikum

Minyak naik...nak bising
barang mentah naik nak bising
kos hidup naik nak bising

Apa yang naik semua nak bising...betul? kalau salah...biarkan...anggap jek entri neh yang salah, jangan salahkan aku...entri ini tiada unsur-unsur pun untuk menaikkan kemarahan mana-mana pihak, aku bukan nak cerita pasal politik kat sini okeh? so siapa-siapa yang dah start angkat bendera masing-masing tuh, tolong turunkan...

Yelah, manusia neh tahu nak bising jek, tak kan matinya kan korang kalau setakat minyak naik, harga barang semua naik, betul tak? bikin malu jek, kalau korang boleh kebulur kat negara sendiri, sedangkan ulat pun boleh hidup dalam batu, sedangkan pengemis pun boleh hidup cukup makan...kan3? 

Sebenarnya aku tertarik nak buat entri neh...pasal pagi tadi aku tengah tunggu bas nak pergi ke fakulti aku, sekali tuh aku nampak bangla yang kerja jual air kat foodcourt kampus aku tuh naik motor beb!!! aku neh pun motor pun belum mampu, belum mampu bukan apa, sebab lesen belum ada lagik. Aku terpikir lah sedangkan bangla pun boleh hidup senang. Senang lah tuh, mampu ada motor sendiri.


Masih tak puas hati? masih nak bising? ok lah, aku cerita lagi satu kisah, kat kawasan rumah aku kan ada orang jual aiskrim yang naik motor punya tuh, orang tuh ayah aku cakap orang kemboja, ayah aku pernah lah borak dengan orang kemboja tuh, orang kemboja tuh even jual aiskrim jek, tapi dia hantar anak dia sekolah kat private school, and setiap bulan kena bayar yuran sekolah RM700, itu belum masuk perbelanjaan lain algi, rumah, makan minum anak isteri, bil elektrik, bil air dan sebagainya, still dia mampu hantar anak dia ke sekolah yang bagus...
Macam-macam ada kat Malaysia neh...


So, masih tertanya-tanyakah anda? masih meragui kah anda? dengan kehebatan Malaysia neh...sedangkan orang luar datang Malaysia pun mampu makan kenyang-kenyang. Takkan lah kita sendiri akan kebulur kat negara sendiri kan? sebenarnya...banyak rezeki kat Malaysia neh...so...amacam? susah ker hidup kat Malaysia?