02 January 2010

Bill Gates Yang "Super Billion"




Jika anda mempunyai minda yang cerdas dan daya pemikiran yang kemas, anda pasti boleh mencapai ke puncak dunia suatu hari nanti. Mustahil? Tidak tidak. Lihat sajalah kehidupan Bill gates yang begitu konsisten mencapai kejayaan demi kejayaan bermodelkan kebolehan luar biasanya. Sememangnya Bill Gates seorang jutawan yang tiada tandingannya.

Semua orang kaya di dunia, “iri hati” dengan kejayaannya. Bill Gates dilahirkan pada tahun 1955, mencapai kejayaan yang mengkagumkan ini dalam masa yang amat singkat. Hari ini, beliau adalah pengerusi dan ketua arkitek perisian Microsoft Corporation; peneraju dunia dalam bidang perisian, perkhidmatan dan penyelesaian, yang telah menghasilkan pendapatan berjumlah USD$36.84 bilion bagi tahun berakhir Jun 2004 (2007 makin banyak lah pendapatannya kan?).

Semasa kecil lagi, Bill Gates ternyata mewarisi cita-cita, kepintaran dan semangat bersaing dan pernah menolong nenek moyangnya sampai ke tahap tertinggi di dalam kerjaya pilihan mereka suatu masa dahulu (rasa-rasanya ada ramai tak individu di Malaysia yang berprinsip seperti ini?).

Berbalik kepada cerita Bill Gates, beliau mula mencipta sistem kendalian komputer dan membuat tawaran membeli dan menjual sehinggakan beliau memperolehi keuntungan yang banyak. Ada satu kisah dimana pada masa lalu, browser internet sedang menjadi semakin popular. Memandangkan Microsoft tidak pasti dengan masa depan browser internet, Bill Gates mengajak Mark Anderson, pencipta browser internet Netscape untuk menjadi rakan kongsinya. Apa yang berlaku selepas itu?

Anderson telah menolak tawaran Gates. Anda tahu sahaja si Bill Gates dengan perangainya suka bermain kasar terhadap saingannya dalam sistem kendalian dan penggunaan sehingga boleh membuatkan hidup mereka menderita (kejamnya Gates hehehe).

Beliau menggunakan kepakarannya dengan mencipta Internet Explorer iaitu satu browser web yang diberi percuma. Tindakan Gates ini telah memusnahkan masa depan Netscape yang mengenakan bayaran untuk penggunaan browser internetnya. (kini Firefox pula mula menjadi ancaman kepada Internet Explorer). Kini Netscape hampir lupus dan dilupai.

*Anda janganlah ikut contoh kejam Bill Gates ini dalam perniagaan internet. Pancung rakan lain, kalau boleh bersainglah cara sihat.

Bill Gates nih korang tahu aje la, beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk mengekalkan monopolinya dalam pasaran. Menurutnya, sebarang sistem kendalian tanpa browser tidak boleh bertahan lama.

“Jika kita tidak meningkatkan produk kita, perniagaan kita tidak akan bertahan” - Bill Gates

Walau apa pun, Bill Gates memang seorang yang mempunyai minda dan personaliti yang cemerlang di era ini. Kalau anda baca majalah Forbes, pasti anda dapat melihat nama Bill Gates sentiasa menjadi nama yang terkaya di dunia buat 10 tahun berturut-turut.

Nota: Untuk berjaya dalam perniagaan, bekerja keras sahaj tidak mencukupi. Seseorang itu mestilah mempunyai kepintaran yang mendalam untuk mengatasi serta menjauhi segala halangan di sepanjang perjalanan.

hakcipta terpelihara noorizam

0 comments:

Post a Comment