14 January 2010

Pelaburan Yang 100% Konfirm Untung

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap kali dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah atau sedekah sejadah dan telekung ke masjid2.

3.Berkongsi bahan bacaan yang bermanfaat dengan seseorang.

4.Bantu mendidik seorang anak.

5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7.Libatkan diri dalam pembangunan sebuah masjid.

8.Buang duri atau kayu yang menghalang perjalanan orang awam

9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10.sebarkan pesanan ini kepada orang ramai.Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.Jika anda tidak menyebarkan pun tidak mengapa..sekurang-kurangnya anda dapat ambil manfaat daripadanya...

p/.s:inilah pelaburan yang paling best bagi seorang yang muslim....

03 January 2010

Taj Mahal Antara Fakta Dan Mitos


Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di Agra, India yang dibina di bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan, sebagai memperingati isteri ketiganya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal.

Makam rekabentuk Ustaz Ahmad Lahauri yang siap dibina pada tahun 1648 terkenal dengan rekaan kubah putih yang diperbuat dari marmar yang berbentuk seakan bawang . Perkataan “Taj” itu sendiri melambangkan hasil terbaik senibina Mogul yang melibatkan penggabungan beberapa elemen senibina seperti Parsi, Turki, India dan Islam. Ketinggian senibina berjaya menempatkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1983 dan turut diangkat sebagai senibina Islam terulung di India dengan warisan senibinanya dikagumi dunia.

Pelbagai mitos dikaitkan dengan karya agung ini. Kononnya, Makam ini menurut perancangan awalnya menggunakan marmar hitam dan dibina merentasi sungai jumna. Idea mengenai mitos ini timbul berdasarkan tulisan pengembara Eropah, Jean-Baptiste Tavernier, yang telah sampai ke Agra tahun 1665. Karya ini turut mencatatkan makam dengan marmar hitam itu gagal dibina setelah Shah Jahan digulinkan anak lelakinya, Aurengzeb. Kisah ini turut disokong Mahtab Bagh yang mana menurutnya marmar-marmar hitam sepanjang sungai di Moonlight Garden telah musnah.

Namun, bukti ini Berjaya disangkal dengan kajian tahun 1990-an yang menyatakan marmar hitam yang dijumpai disepanjang sungai itu merupakan marmar putih yang telah hilang warna dan bertukar ke warna hitam. Kemudian teori baru tentang asal kewujudan makam hitam itu, diketengahkan seorang ahli arkeologi yang membina semula sebahagian dari kolam di Moonlight Garden pada tahun 2006. Menurutnya, pemantulan warna gelap dari makam putih itu jelas kelihatan, ini bersesuaian dengan ketaksuban Shah Jahan dalam rekebentuk bersifat simetri dan kedudukan kolam itu sendiri.

Sunguhpun begitu, penemuan tersebut hanyalah sekadar mitos kerana gagal dikuatkan dengan bukti-bukti tertentu bagi mengukuhkan fakta. Begitu juga dengan kejadian yang menakutkan terjadi kepada arkitek dan pekerja yang dibebani Shah Jahan sepanjang pembinaan makam tersebut sehingga berlaku kematian, pemenggalan kepala dan kecacatan anggota. Mungkinkah benar pendapat sesetengah pihak mengatakan mereka yang terlibat dengan pembinaan telah menandatangani perjanjian tidak terlibat dalam mereka bentuk bangunan tersebut. Tindakan sama turut dibuat kepada pekerja yang terlibat dalam pembinaan kebanyakkan bangunan terkenal. Fakta yang dikemukan Gabenor India, Lord William Bentinck pada 1830 juga sekadar khabar angina. Dakwa beliau, Taj Mahal dirancang untuk diruntuhkan dan marmarnya akan dilelong. Menurut penulis riwayat Bentinck, John Rosseli, kisah penjualan marmar dari Agra Fort atau tapak warisan UNESCO tersebut tersebar dari tabung Bentinck bagi meninggikan jualan marmar yang dibuang dari Agra Fort.

Tahun 2000 menambah lembaran baru sejarah Taj Mahal apabila rayuan yang dikemukan P.N. Oak disingkirkan Mahkamah Tinggi India, malahan dia turut diminta tidak meneruskan tindakanya itu. Menurut P.N Oak, Taj Mahal dibina Maharaja Hindu. Oak mendakwa asal perkataan Taj bersama-sama struktur sejarahnya baru-baru ini menunjukan kepada Kerajaan Islam di India yang berasal dari Hindu.

Kehebatan Taj Mahal memang tidak disangkal apabila turut dikaitkan dengan alam semulajadi. Menurut Rabindranath Tagore, inspirasi makam tersebut yang diibaratkan sebagai “one tear-drop…upon the cheek of time”, mengaitkan titisan hujan setahun sekali yang jatuh diatas tugu peringatan memberi inspirasi kepada penghuraian tentang makam tersebut.

em....nak taj mahal gak....huhu

02 January 2010

Bill Gates Yang "Super Billion"




Jika anda mempunyai minda yang cerdas dan daya pemikiran yang kemas, anda pasti boleh mencapai ke puncak dunia suatu hari nanti. Mustahil? Tidak tidak. Lihat sajalah kehidupan Bill gates yang begitu konsisten mencapai kejayaan demi kejayaan bermodelkan kebolehan luar biasanya. Sememangnya Bill Gates seorang jutawan yang tiada tandingannya.

Semua orang kaya di dunia, “iri hati” dengan kejayaannya. Bill Gates dilahirkan pada tahun 1955, mencapai kejayaan yang mengkagumkan ini dalam masa yang amat singkat. Hari ini, beliau adalah pengerusi dan ketua arkitek perisian Microsoft Corporation; peneraju dunia dalam bidang perisian, perkhidmatan dan penyelesaian, yang telah menghasilkan pendapatan berjumlah USD$36.84 bilion bagi tahun berakhir Jun 2004 (2007 makin banyak lah pendapatannya kan?).

Semasa kecil lagi, Bill Gates ternyata mewarisi cita-cita, kepintaran dan semangat bersaing dan pernah menolong nenek moyangnya sampai ke tahap tertinggi di dalam kerjaya pilihan mereka suatu masa dahulu (rasa-rasanya ada ramai tak individu di Malaysia yang berprinsip seperti ini?).

Berbalik kepada cerita Bill Gates, beliau mula mencipta sistem kendalian komputer dan membuat tawaran membeli dan menjual sehinggakan beliau memperolehi keuntungan yang banyak. Ada satu kisah dimana pada masa lalu, browser internet sedang menjadi semakin popular. Memandangkan Microsoft tidak pasti dengan masa depan browser internet, Bill Gates mengajak Mark Anderson, pencipta browser internet Netscape untuk menjadi rakan kongsinya. Apa yang berlaku selepas itu?

Anderson telah menolak tawaran Gates. Anda tahu sahaja si Bill Gates dengan perangainya suka bermain kasar terhadap saingannya dalam sistem kendalian dan penggunaan sehingga boleh membuatkan hidup mereka menderita (kejamnya Gates hehehe).

Beliau menggunakan kepakarannya dengan mencipta Internet Explorer iaitu satu browser web yang diberi percuma. Tindakan Gates ini telah memusnahkan masa depan Netscape yang mengenakan bayaran untuk penggunaan browser internetnya. (kini Firefox pula mula menjadi ancaman kepada Internet Explorer). Kini Netscape hampir lupus dan dilupai.

*Anda janganlah ikut contoh kejam Bill Gates ini dalam perniagaan internet. Pancung rakan lain, kalau boleh bersainglah cara sihat.

Bill Gates nih korang tahu aje la, beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk mengekalkan monopolinya dalam pasaran. Menurutnya, sebarang sistem kendalian tanpa browser tidak boleh bertahan lama.

“Jika kita tidak meningkatkan produk kita, perniagaan kita tidak akan bertahan” - Bill Gates

Walau apa pun, Bill Gates memang seorang yang mempunyai minda dan personaliti yang cemerlang di era ini. Kalau anda baca majalah Forbes, pasti anda dapat melihat nama Bill Gates sentiasa menjadi nama yang terkaya di dunia buat 10 tahun berturut-turut.

Nota: Untuk berjaya dalam perniagaan, bekerja keras sahaj tidak mencukupi. Seseorang itu mestilah mempunyai kepintaran yang mendalam untuk mengatasi serta menjauhi segala halangan di sepanjang perjalanan.

hakcipta terpelihara noorizam