11 March 2011

Apa yang Best Hari Jumaat?

Assalamualaikum

Hari neh aku nak cerita pasal hari jumaat? kenapa hari jumaat? kenapa tak nak cerita hari lain? sebab hari jumaat besssssssssttt!!! betul kan hari jumaat best? korang pun setujukan kalau aku cakap hari jumaat best? yelah, hari jumaat lah hari terakhir bekerja bagi tiap-tipa minggu, tiap hari korang ternanti-nanti hari jumaat, bila pikir hari neh hari jumaat, lepas tuh besoknya cuti, fuuuhhhh, jangan cakap, rasa seronok sangat kan? tapi bukan orang bekerja jek yang sentiasa meraikan hari jumaat, budak sekolah, budak kolej dan budak u pun... suka sangat hari jumaat...kan3?

ok lah, tapi hari neh aku nak cerita kaitan hari jumaat dengan lelaki, selalu aku kalau jenjalan cari pasal atau nama manjanya blogwalking, kadang2 kalau malas walk, aku blogjogging, kalau joggging laju sikit,hik3, aku tengok sering kali blogger lelaki cakap pasal perempuan, kali neh biar perempuan lak cakap pasal lelaki boleh kan3?...bagi lah can kat kami pulak (sambil buat muka kesian,,,dengan mata yang bersinar2...harapan).

okeh, sebagai student yang terperuk dalam kawasan kampus sehari-harian, gelagat student kampus lah yang entertain aku tiap-tiap hari, yelah, belajar kompem2 tension, nak kuar kampus pergi enjoy selalu pun bukan kaya sangat, so tengok gelagat manusia pun boleh kot sebagai entertainment...free lagik...hahaha

Kalau hari jumaat, aku suka sangat tengok lelaki pakai baju melayu, serius smart n cool, kalau hari lain, haram kaum adam neh nak pakai kan? pastu amat jarang sangat dah lelaki yang pakai baju melayu, even hari jumaat, entah kenapa? neh yang nak tanya kaum adam neh napa korang susah bebenor nak pakai baju melayu? pakai hari jumaat pun susah ker? dan ini bukan pendapat peribadi aku sorang jek k? member-member aku pun cakap lelaki memang smart pakai baju melayu, emmmm, takpa, memang smart lah, sebab jarang nampak orang pakai, kalau dah selalu sangat, dah tak smart dah, dah jadi biasa-biasa ajek, tak kesah lah pakai baju melayu lengkap ker? pakai dengan seluar jeans je ke? pakai lengkap siap bersampin ker? smart kot, tak tipu, saya ulangi lagi sekali (saya tiba2 lak?), serius smart n cool :)

colour kucing neh hitam.smart kan?cool kan? (gambar neh tiada kena mengena pun)

so, jadikan ia sebagai satu amalan yang jarang-jarang dilakukan, kalau selalu sangat, dah tak rare lah (ini nasihat tak berapa nak betul, sila betulkan sendiri). Tapi napa perempuan pakai baju kurung tiap2 hari pun nampak cantik jek?...:) (alah...puji kaum sendiri apa salahnya)




5 comments:

  1. mmg diakui smart pakai baju melayu tp fabrik dia panas n wat badan cpt berpeluh n rse gatal je.xtau la kot2 kulit org len ok je.lgpon sejak keje ni,mne la leh merasa pki baju melayu g solat jumaat.g lah ngan uniform keje. (woman really look pretty in baju kurung)

    ReplyDelete
  2. arelan: yeke? hehe...yelah...lain org lain pandangannya :)

    ReplyDelete
  3. bila nak solat kenalah bepakaian bersih,,so,majoriti kaum lelaki jadikan baju melayu sebagai pakian yg bersih a.k.a. pakian solat ,,sebab tu jarang pkai...haha

    ReplyDelete
  4. stuju!!!
    saya pun sangat suka jumaat~

    ReplyDelete
  5. bayangkan hari2 pakai baju melayu...g shoping pkai baju melayu...dok kt bengkel pakai baju melayu...tebas rumput pakai baju melayu...dok tarik kabel pakai baju melayu...OOhhhh...so cute...hahahahaa...

    ReplyDelete