09 September 2012

Cara Mengesan Kedai Makan Guna PELARIS



 Pada zaman yang serba canggih neh, jangan tak tahu, masih ramai yang mengamalkan perkara-perkara syirik untuk mendapat rezeki dengan cara mudah, korang neh kebanyakan student @ bekerja kan? kalau korang bekerja, time lunch mesti makan luar kan, sama jugak bagi yang student, lagi-lagi yang duduk kat hostel, 2,3 kali sehari makan luar, so kene ambil berat, apa yang kita makan, kene jage2, sebab ade yg memerhati...hahaha (gelak gaya kiah propa). Ok, pernah tak terpikir kalau makanan yg korang makan tuh sebenarnya kotor, contohnya, kuku, rambut, seluar dalam...hah macam mana? entah2 dah berbakul makan, so kat bawah neh aku kongsi cara untuk mengelak kedai makan yg ada pelaris, hasil daripada bacaan aku kat internet neh, kalau kedai makan tuh selalu ramai pelanggan, tapi makanan takde lah sedap mana, harga pun mahal, maybe ade something wrong, so find out sendirik k, tok guru dah bagi ilmu kat bawah neh, pandai2 lah kome...

Segala ilmu kat bawah neh tok guru amik dari sini





 
 
Bagaimana cara untuk mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.
 
Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?
Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).
 
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
 
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
 
Ia berdasarkan hadith:
Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.
 
Karang ade pulak yg tanye, soalan kurang cerdik berbunyi begini, "kedai kfc, mcd, pizza tuh agak2 pakai pelaris x, sebab memangjang jek penuh kedai diorang tuh", so tok guru jawab awal2 kat cini yek, "yer, diorang ade pakai pelaris, pelaris diorang adelah tv, surat khabar, internet...lagi dahsyat," kihkihkih

4 comments:

  1. ahha...thanks aaa kfc ada pelaris saya penah tgk.

    ReplyDelete
  2. duniafana: serius? sy ingat dorg x pakai pelaris, dah femes kan, hukhuk ;(

    Phat: welcome :D

    ReplyDelete
  3. Ish..buat tambah dosa je kalau x betul cerita kfc pakai pelaris..

    ReplyDelete