02 April 2013

Bila Saya Dah Kaya

Assalam, moga semua pembaca BLoG-GeT-To dalam keadaan sihat walafiat, moga terus sukses, kaya dan berjaya :)

Okeh, InsyaAllah RM100K on the way dalam akaun :)

Sekarang neh pun bisnes on9 laku macam goreng pisang panas punya :)

Nanti dah dapat RM100K, saya nak couching orang pulak, nak tolong orang lain pulak dapat RM100K, tolong couching untuk start bisnes kat internet lah, takdalah sampai dapat RM100K, asal dia dah pandai 'berdikari' dalam bisnes on9, saya lepas lah dia, bagi peluang pulak kat orang lain pulak :)

Sebenarnya azam tahun neh satu jek, nak hantar mak &  abah pergi umrah, target lepas raya tahun neh, doa2 kan yer, mak saya dah lama sangat nak menjadi tetamu Allah S.W.T., kalau ada duit lebih nak bawak sekali 1 family, so selaku anak yang solehah manja, kenalah laksanakan tanggungjawab itu, ye dak? :)

Credit to Uncle Google :)


Sebenarnya banyak menda yang saya nak buat bila dah kaya, antaranya:

1. Travel around the world- saya selalu membayangkan saya travel ke luar negara, ke jepun, korea, us, europe, england, africa, bila bayangkan pun rasa teruja yang amat, menyebabkan semangat untuk jadi kaya berkobar-kobar, sebab semua neh memerlukan duit yang banyak :)

2. Tolong orang lain- saya rasa bila ada duit, banyak menda boleh dilakukan salah satunya, bantu orang, yer betul, tak perlu tunggu kaya pun nak bantu orang, tapi kalau kaya bantuan yang kita boleh sumbang pun besar, contohnya, kalau anda ada bisnes, anda akan menyumbang pada zakat kan? tak ker dah membantu orang tuh :) selalu terbayangkan ambil anak yatim sebagai anak angkat, siap ada nama dah 'anak angkatku' hikhikhik, nak tolong janda yang  hilang tempat bergantung, nak sediakan kemudahan yang baik untuk warga emas...semua neh boleh dilakukan sekiranya duit kita banyak :)

3. Kemewahan Mak & Ayah - Ok, saya tahu kemewahan tak boleh bawak masuk kubur pun, tapi apa salahnya kalau kita 'memewahkan' ibu ayah kita yang kita tak tahu pun berapa panjang lagi umur mereka, mereka dah susah payah besarkan kita, apa salahnya 'memewahkan' mereka kan? sebab harta tak boleh bawak masuk kubur pun :) mewahkan mereka....bawak mereka berjalan ke luar negara, belikan apa sahaja yang mereka mahukan, bawak makan ke tempat mahal2, itu hanya boleh dilakukan bila ada duit kan? :)

Hehe, itu je setakat neh, saya menaip entri neh pun pasal saya nak aktifkan minda 'separa sedar',  untuk bekerja mencapai matlamat RM100K saya, seperti irfan khairi  sendiri cakap, kita kena tulis matlamat kita berulang kali, tulis yer, bukan membayangkan sahaja, so jangan MALAS!!! (tapi neh bukan tulis, neh menaip...arggghhhh..sama je lah tuh)

Ok lah, letih sudah, dari pukul 9 tadi, non-stop jawab pm dari customer, Alhamdulillah rezeki2 :)


31 March 2013

Bagaimana Mendapat RM100K Pertama Bisnes Internet

Assalam

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, pemberi rezeki dan rahmat :)

Okeh, kali neh kita akan bercerita pasal duit, sebab duit adalah antara isu paling besar dalam hidup kita, nak pakai tandas pun pakai duit kan? :)

Bila anda semua tengok tajuk tu mesti rasa WOW RM100,000.00 tuh, tapi sebenar-benarnya saya pun belum memperoleh RM100K saya yang pertama dalam bisnes online, tapi dalam ke arah itu, InsyaAllah :)

Untuk dapat RM100K pertama, kena dapat dulu RM10k pertama,
Untuk dapat RM10K pertama, kena dapat RM1k pertama,
Tanpa RM1 pertama, tak kan ada RM1K, RM10K atau RM100K Pertama

Sebenarnya banyak cara nak buat bisnes internet, banyak sangat!!! sampai saya pun confuse nak pilih yang mana, antaranya:

1. bisnes jual barang fizikal (fb/blog/website)
2. bisnes jual barang digital (ebook)
3. affiliate (promote produk orang lain)
4. dropship (promotproduk juga)
5...............anda list kan sendiri yer :)

Sebelum tuh nak buat survey, ada yang kenal internet marketer yang famous2?

1. adly mukhtar (buat RM10k pertama pada umur 17 tahun, sekarang dahjadi ceo untuk company nya sendiri)
2. shuth (owner wangcyber.com)
3. jamal (pakar ebook)
4. Irfan Khairi
5. Raja kamil
6. Patric Chan
7. Zamri Nanyan
8...................& banyak lagi, search sendiri yer, jangan malas!!!!



Ok, yang list kat atas neh adalah IM (internet marketer) yang famous kat Malaysia, sebenarnya ramai yang saya kenal dah kaya dan berjaya dalam bisnes internet neh, tapi diorang neh low profile, jadi jutawan senyap, buat kerja kat rumah depan tv sambil tengok spongebob...ko ade? kihkihkih, first yang saya kenal adly mukhtar, waktu tuh saya lepas SPM, baru jek masuk kolej matrikulasi, tahu kat internet jek, tiap2 kali saya update pasal dia, mesti ade jek perkembangan, tup tup dah dekat 7 tahun since saya tahu pasal dia, kini dia jadi CEO untuk syarikatnya sendiri, padahal lulusan SPM jek tuh.

Ok, perkara paling first sekali bila nak ceburi bidang neh, kena lah ubah diri sendiri dulu, ok,  macam mana tuh? ok, kita nak berjaya dan kaya, tapi diri sendiri tak betul, macam mana nak kaya dan berjaya? first sekali, tengok connection kita dengan Allah S.W.T., kalau sembahyang pun lewat, subuh pun subuh gajah, agak-agaknya Allah nak bagi ker kita jadi kaya? padahal Allah yang bagi kita rezeki. Tengok dalam hidup kita, kalau rezeki kita neh berat, maksudnya walaupun income ribu ribu tapi tak cukup cukup jugak, so audit diri dulu :)

Ok, yang kedua, "The Power of Giving", jangan takut untuk memberi, paling penting jangan takut untuk memberi pada parent kita, kalau duit ada sikit pun, bagi even rm50 jek pun, tentu-tentunya anda akan dapat 'doa free' dari ibu dan bapa kan? selain itu dengan bersedekah, tak percaya, cuba buat, lagi-lagi time duit tinggal sikit, cuba bersedekah, tup tup dapat durian runtuh, itulah the power of giving, kalau anda berniaga pula, cuba bagi free gift ke kat customer, buat customer happy, mesti customer tuh datang beli dengan kita lagi :)

Yang ketiga, tukar environment, contohnya cari kawan yang dah berjaya dalam bisnes internet, cari kawan yang boleh buat korang berjaya mencapai impian tersebut, kalau pemalu...add jek kawan-kawan kat fb, kalau kawan disekeliling anda tidak support impian anda tapi lebih kepada menjatuhkan anda, bersiap sedia untuk unfriend mereka, ok?

Yang keempat ilmu dan mentor, cari ilmu perniagaan, paling senang cari ilmu kat google, tak susah pun, kalau nak lagi cepat dapat hasilnya, cari mentor, mentor sangat banyak, banyak internet marketers yang buat seminat dan kursus untuk guide newbie berjaya dalam bisnes online,ok?

ok, itu jek, tujuan saya menulis entri ini, sebagai tujuan peringatan untuk diri sendiri, moga dapat memberi manfaat pada orang lain juga :)

DREAM BIG, FAST ACTION FAST RESULT =)

18 February 2013

Resepi Pavlova Yang Sedap

Assalamualaikum

Lompat 3x....yeah.....nak masak pavlova yang sedap.....serius sedap (ok....jangan tertipu aksi macam neh banyak dalam drama melayu jek, secara realiti aku tak macam tuh....ayu and sopan santun gitu...kihkihkih)

ok, here we go....resepi Pavlova yang sedap dan cara membuatnya :)



Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )

  • 4 biji putih telor ayam
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • bahan-bahan topping :
  • Secawan @ 250 ml whipping cream
  • hiasan : saya guna anggur n mangga


*iklan jap: nampak tak line2 tuh....macam buku exercise budak sekolah....aku tak reti nak buang....ade rase malu sedikit disini....nampak sangat copy paste :P

Cara-cara:

  1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah
  2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya guna suhu 110 darjah celsius
  3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
  4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
  5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
  6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn " meringue"
  7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
  8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
  9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang adunan td ke atasnya
  10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
  11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
  12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
  13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..
  14. toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda.

Adoi....kantoi lagi...*kes tak reti nak edit* tanggung lah malu wooooiiii

Yeah....thats it....bile nak buat??? now, now and now okeh? sedap okeh pavlova neh....sebab tuh namenye "Pavlova yang sedap"....korang tak kan jumpa tajuk resepi macam neh kat tempat lain okeh?
Kat blog aku jek....macam mana aku tahu sedap? sebab aku tengok gambar pun dah nampak sedap :),    
owh....situasi neh sangat sesuai dengan ayat neh kan? "a picture tell a thousand words"...eh  silap-silap..."a picture tell a thousand taste" ngeh3....tetapi secara jujur aku tak pernah pun buat lagi...In Sha Allah suatu hari nanti :)

Thanks to mr. google :)

Dah buat? dah kenyang? Alhamdulillah....sekarang pergi sambung buat kerja....owh...lupa pulak....resepi aku  cilok kat sini :) AWESOME!!!!

06 February 2013

Siapa Fatin Liyana?

Assalamualaikum

Agak-agak korang kenal tak Fatin Liyana?  Aku gerenti dalam 10 orang, 7 orang kenal kot siapa Fatin Liyana, yang lagi 3 orang tuh tak kenal Fatin Liyana sebab sibuk untuk PRU13, mana ada masa nak berblogging @ blogwalking @ blogjogging ker...diorang tak pandang semua ini....

Ok aku ringkas kan biodata Cik Fatin Liyana:

1. Nama Penuh: Fatin Liyana Asri
2. Medical student (tabik2....)
3. Blogger Malaysia yang famous lagi amos
4. Pernah memenagi award "celebrity blogger"
5. Fashionista (hakhakhak...sorry Fatin...sesuke hati aku tmbh yang neh, tapi aku rasa betol kot, sebab ramai sungguh yang ikut cara dia fashion :) )
6. Pernah keluar dalam rancangan MHI & Nasi Lemak Kopi O
7. Pernah jadi cover majalah NUR ke DARA tak silap aku (korang cek lah sendiri kat blog die eh)
8. Banyak kali jugak keluar kat surat khabar (sebagai model)
9. Pandai menari (neh aku tambah sendiri)
10. Pandai memandai (neh pun aku tambah)
11. .....................( korang tambah sendiri)

Fatin...pinjam gambar yo...



Korang pergi lah lepak blog Fatin Liyana, best kot blog dia, aku tak pernah gagal gelak kalau baca entri kat blog dia, first time aku jumpa blog dia, follower dia baru 6000++...sekarang 40000+++, hits blog dia jangan cakap lah....dah berjuta woooo...aku rasa nak pergi tuntut ilmu dengan Fatin, cara-cara jadi blogger berjaya,  aku terpikir berapa agak-agak income Fatin dapat dari blog dia yer????

neh blog Fatin Liyana ----> http://honeykoyuki.blogspot.com

ok....Fatin nak burger bakar special satu, dah tolong promote blog neh....

20 January 2013

Forum: Bawani KS Vs Sharifah Zohra Jabeen (22/1/2013)

Listen, listen, listen....

Forum kebebasan akademik & hak asasi akan diadakan, dan antara panel-panelnya adalah Bawani & Sharifah Zohra Jabeen, siapa yang dekat area Selangor tuh boleh lah hadir, inilah yang kita nak, kebebasan bersuara, melontarkan pendapat, jom kita tengok siapa yang lagi hebat & lagi satu tolong buka minda seluas2 nya ;)

Tarikh : 22 Jan 2013
Masa : 0800 Malam
Tempat : The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22746645 Fax: 03-22724089

SCAH bersebelahan monorel Maharajalela
(Berdekatan Stadium Merdeka)




Kepada student UUM, u guys should proud ada kawan macam Bawani, actions speak louder than words...yeah2...walaupun aku bukan student UUM aku still proud ada Malaysian macam Bawani....go go go Bawani!!!

21 September 2012

Video Ringkas Untuk Kekal Bermotivasi


Yeah, akhirnye ade jugak benda yang bagus untuk aku kongsi, neh ada video yang aku rasa sangat bagus lah untuk ditonton, sebab hanya dengan mendengar sahaja, walaupun neh video, tapi sebenarnya audio jek, xde video pun, so time aku final year, dok tengah putus asa dan rasa keciwa terhadap final year project aku dan lecturer @ supervisor aku yang sangat lah perfectionist, result aku ada error 1% pun die xleh terime, sape dapat lecturer macam aku mesti paham perasan aku, boleh menangis hari2 kalau macan neh, hukhuk, disebabkan peristiwa itu aku mengalami stress separa melampau, kesannya, aku hantuk kepala kat dinding hostel aku sebanyak 100 kali sehari, bagi menyelesaikan masalah fyp aku, tetapi setelah menonton video neh, aku tidak lagi mengalami simptom2 hantuk kepala, tetapi hidup aku penuh keyakinan sehinggakan aku mampu senyum 24 jam, terlalu happy lah katakan, tidur pun sambil senyum taw....


Sambil aku buat thesis, aku dok replay video neh, tengok2..."eh, dah siap dah thesis aku", suka sangat ko....
Pain is temporary, so never give up ok?

11 September 2012

IPhone 5 Tak Dapat Masuk Pasaran China

Dengar kata IPhone 5 tak dapat masuk pasaran China, sebab GooPhone  I5, iaitu pembuat handphone kat negara China, telah copy design IPhone 5, so macam kite tahu orang kat negara China bijak lagi cepat, sebab apa bijak? sebab apa cepat? bijak sebab diorang dapat buat design sama macam IPhone 5 dan cepat sebab diorang dah pun pasarkannya terlebih dahulu kat China, so kalau Apple nak pasarkan kat China, kemungkinan GooPhone akan saman Apple,kihkihkih...

Inilah dia GooPhone I5 ;)
tak tahu nak kesian ker nak gelak....