05 December 2010

Hidup tanpa guna wang sesen pun selama setahun


Mark Boyle (30 tahun) hidup selama setahun ini tanpa membelanjakan wang sesen pun. Beliau berkata, ini merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya dan dia akan meneruskan gaya hidup tersebut.

Boyle selama 12 bulan terakhir menjadi seorang “freeconomist”. Ia menjalani gaya Beliau menjalani gaya hidup ini di sebuah caravan di Timsbury, berhampiran Bath, Inggeris, dengan menanam bahan makanannya sendiri dan menggunakan kembali sampah-sampah yang dibuang orang lain. Dia mengatakan, dengan tidak membelanjakan wang sesen pun, ia jadi lebih bahagia, dan kini berikrar untuk meneruskan cara hidup tanpa wang itu.

Dia boleh bermain gitar di mana sahaja. Teleponnya hanya untuk menerima panggilan. Peralatan elektriknya menggunakan tenaga matahari. Dia mendapatkan pakaian terpakai atau dari website kitar semula.



Boyle, seorang sarjana ekonomi kelahiran Ireland dan bekas usahawan, punya blog yang berkisah tentang gaya hidupnya. Untuk menghidupkan laptopnya, beliau menggunakan tenaga solar dari tenaga matahari dan kemudahan internet percuma di sebuah ladang tempatan.

“Itu merupakan saat paling bahagia dalam hidup saya, dan saya akan meneruskannya. Saya tidak melihat alasan untuk kembali ke dunia yang berorentasikan wang. Hidup tanpa wang sangat membebaskan. Tentu ada cabaran, tetapi saya tidak punya tekanan berkaitan akaun bank, bil, kesesakan lalulintas, dan bekerja dalam sebuah pekerjaan yang tidak saya sukai. ”

“Perkara yang sukar ialah bersosial dengan teman-teman, saya kehilangan aspek ini. Sebagai pertukaran dari pergi ke pub, saya membuat unggun api, bermain muzik atau pergi berjalan-jalan” katanya.

Dia pernah cuba untuk berjalan kaki dari Bristol, Inggirs, menuju India dengan bergantung pada kebaikan dan keramahan orang lain. Namun, beliau terpaksa menghentikan perjalanan itu sebulan kemudian, kerana mengalami kesukaran ketika di Perancis.

“Dalam 20 tahun ke depan, orang akan mula menentukan apa yang mereka gunakan dan bagaimana mereka harus hidup. Keutamaan saya adalah menggunakan kembali apa-apa yang orang buang, lalu membangun sebuah infrastruktur berterusan bagi masa depan. Faktanya, saya telah memutuskan untuk meneruskan gaya hidup ini yang merupakan saranan terbaik yang boleh dilakukan setiap orang. ”

Boyle seorang vegetarian. Sekarang dia bercadang untuk mempromosikan gerakan freeconomy melalui blognya. Dia juga mengajar bagaimana hidup secara sederhana.

04 December 2010

Molekul Air Zam-Zam yang Sangat Menakjubkan!

 Assalamualaikum
Kata orang dunia2 pun..akhirat jangan lupa...so entri kali neh biar islamik sikit....
okeh....aku jumpa artikel neh kat internet gak..macam biasa menggunakan kepakaran aku dalam mengkopi paste...hikhik....so jom layan...takpa kan?...sharing is caring kan?....hehe
 ---------------------------------------------------------------------
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:

Petikan ceramah oleh Ustaz Abdullah Mahmud di Surau Wisma Telekom Semarak. Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari Universiti Malaya).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian(bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna.

cantiknya. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang ”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah Subhanallah... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :

“Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

--------------------------------------------------------------------------
macam mana? wow kan?.hehe...tengok lah sapa yang mengkopi paste hikhik..aku!!!
layan kan3?...okeee...lepas neh kalau pergi kelas ker bawak lah air...sebab air neh boleh jadi macam merekodkan apa yang diorang dengar...ehhhh?...dengar ker?...apa2 lah aku tak reti nak guna ayat2 bombastik macam lecturer aku cakap..."awak neh dah final year ayat english tuh biarlah bombastik sikit?". Aku respon "erk?'...okee...takda kena mengena pun...daaaaa

27 November 2010

Fakta Menarik Mengenai Tidur!

Salam!

Okeh...kali ini nak share pasal hobi aku...yelah...orang cakap sharing is caring kan?...orang lain yang cakap...bukan aku tahu...hehe...wah suka lah pasal tido neh...memang lah...hobi aku haha...okeh jom tengok sleep facts!
----------------------------------------------------------------------------




1. hmm check umur korang berapa? so, tidur ikut jam ditetapkan..=)




 2. haha mimpi dah advance..dulu mimpi hitam putih je..tapi 88% mimpi adalah berwarna!! mimpi pun ada development ek?..hahaha



3. ooo orang lelaki suka mimpi orang lelaki berbanding perempuan! erk???


4. haaa pilih style tidur korang..ada ke yang tidur style 'f' ? hehe macam menari



5. Waaa aneh otak dolphin boleh on dan off time tidur..=) hebat sungguh!!!



6. Bahaya! boleh membunuh jika tak tidur lebih 10hari!!..so...jom tidur!!!

-------------------------------------------------------------------------------


wow best kan? ..ker...aku sorang jek yang teruja pasal tidur neh?...emmm...jom TIDO!!!....daaaaa

A world without engineer

 Salam!
opps...sorry...lama tak update
busy maaa...busy dengan kerja dan juga projek akhir tahun...
fuhhh ...tension
okeh....entri kali neh macam biasa...pakai skill terhebat aku lah...
apa lagi kalau bukan copy paste...hakhak...layan...
---------------------------------------------------------------------------- 
You can be a Doctor and save lives…

You can be a Lawyer and defend lives…

You can be a Soldier and protect lives…

But why play with others’ lives???

So we simply became engineers to screw up our own lives...

Electronic engineers

Mechanical engineers

Civil engineers

Communication engineers

Computer engineers

Aeronautical engineers

-----------------------------------------------------------------------------------------

Amacam?...make sense tak?...okeh tu jek...serius itu jek...memang takda bebelan aku kali neh...kalau mahu bebelan aku lain kali k?...next entri ker?...hikhik...gedikssss.....daaaaa.....

09 November 2010

Bahaya Tidur Buka Lampu

 Salam!
Sudah tengok itu tajuk?
hah...sudah tengok lagi mahu tanya ka pasal apa?
ah...aku neh nak emo2 pulak...pasal tidur je pun...
layan...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia Pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zon masa, lampu-lampu jalanan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mengelakkan kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan "Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak penghidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam hingga 8 pagi. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang yang buta tidak rentan terhadap melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah mengidap kanser. Maka para orang tua disarankan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.



-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah baca? bagus! ada paham? ini Indon mari, sori, tak translate, malas, copy paste rajin lah, hakhak, okeh, apa lagi jom tidur!!! wey...tutup lah lampu dulu...melatonin nak mari neh, tak tutup lampu dia tak mahu mari, hehe, ah merapu lagi, daaaaa...

07 November 2010

Ah Gedik...Teringat Lah Pulak

Salam!
puas lah aku pikir entri apa nak letak hari neh...emmm...takpe hari neh aku nak gedik cerita pasal aku
hah?...berani lak lu wat muka kat blog gua ek?...tak suka tak apa...ada nampak itu pangkah?...klik itu pangkah...heeee

sebenarnya saya (ah..baik lah pulak) nak cerita pasal zaman kecik2 dulu...bila teringat...rindunya...kalau boleh nak lalui lagi sekali, kenapa ek kita kadang2 rase macam tuh? Adakah kita tak puas hati dengan apa yang kita miliki sekarang? Adakah zaman dulu2 lagi best? Ah...apa lagi lah yang aku merepek neh...okeh...straight to d point....sebenarnya aku rindu zaman2 kegemilangan kat sekolah dulu, kenapa aku tak perform dah macam dulu?...ah...sedey gile, down giler, sekarang neh pointer makin corot, sedey2...pinjam bahu jap...nak nangis...kecewa dengan diri sendiri

List zaman kegemilangan aku...heee (siap list lagi beb..hakhak):

1. Dulu time sekolah rendah pernah menang pameran sains, no 1 beb...wah best2

2. Pernah merasai dapat no1, no 2, no 4, no 5 (neh time sekolah menengah)....ah...bangga giler time neh...

3. UPSR dapat 4A1B (tak hebat mane macam korang) tapi aku pun terkezut kot dengan result aku neh...mak aku pun tak caya, dia ingat aku bohong, siap dia boleh jalan dari kedai dia pergi sekolah aku semata2 nak tengok result aku...heeee

4. Dulu sekolah rendah aku banyak masuk kelas tercorot jek, tapi disebabkan result UPSR aku, berpeluang lah aku masuk n tergolong dengan budak2 pandai (time neh...rase cam cool jek dapat berkawan n kelas dengan budak2 pandai) bangga tak hingat...start dari sini lah...aku jadi makin GEMILANG...hakhak

4. ting. 1 (kelas ke-2)--->ting. 2 (kelas ke-3)--->ting. 3 (kelas ke-4)--->ting. 4 (kelas ke-2)--->ting. 5 (kelas ke-1), hah...tengok aku punya performance macam saham...jap naik jap turun...hakhak. Tapi ting. 5 tuh first time aku masuk kelas pertama...kelas neh ada 40 orang, tapi di conquer oleh budak cina n india, hanya 10 orang jek melayu dalam kelas neh, bangga tak bangga lah aku cakap, tapi time neh sebab aku memang tak yakin duk kelas neh siap aku request kat cikgu nak mintak tukar masuk kelas ke-2, bangang ke tak bangang aku time neh, bukan per sebab geng aku banyak kat kelas ke-2 tuh, tapi sampai ke sudah aku duk kat kelas pertama neh, cikgu suruh aku try gak duk kelas neh, aku pun cubalah, punyalah down, sebab macam rasa tak layak duk kelas tuh (nampak tak betapa pentingnya confidence pada diri kita?)...tapi alhamdulillah aku berjaya dok kat kelas tuh sampai SPM

5. PMR aku dapat 5A3B...huhu...tapi kelakar lah PMR aku neh, mak kau pun ketawa, sebab per?...sebab yang patut dapat A aku dapat B, yang patut dapat B aku dapat A (eh...paham tak apa aku cakap neh?)...hah nak tahu tak apa yang aku B neh?...iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam n Bahasa inggeris (BI memang aku tak pernah dapat A...frust pun ada)

6. SPM aku dapat 4A1,3A2,2B3,1C5, paham tak?...uh....buat2 paham lah...yang neh tak silap aku A tuh rase2 nye semua subjek sains (kecuali biologi), sejarah, pendidikan islam n bahasa melayu (balas dendam tuk PMR..hakhak), yang B tuh BI n biologi (memang tak suka subjek neh...subjek yang selalu buat aku migrain...huh), n C tuh EST (paper neh paling gampang r...susah gila nak skor...tak silap aku sekolah aku hanya ada sorang jek skor A1)

7. For d first time aku dapat hadiah sebagai antara pelajar cemerlang, aku dapat jemputan pergi hari kecemerlangan kat sekolah aku...bila sampai surat tuh kat rumah, mak aku beria2 benar suruh aku pergi, aku pulak beria2 tak nak pergi, bangang tak bangang?malu kot, aku memang pemalu, hakhak, last2 aku pergi jugak atas permintaan mak aku, tapi parent aku tak dapat datang pun...last2 aku pergi sorang...majoriti yang dapat anugerah neh adalah memang budak dari kelas aku (kelas pertama katakan) 
 markah untuk sem neh, malu sebenarnya nak letak (agak corot)

huhu...itulah antara saat2 yang menyeronokkan bagi aku, aku rindu zaman tuh, waktu tuh aku addicted pada buku (tak boleh belah lah wey), skema giler, bawak beg berat2 n besar2..hakhak, tapi serius aku enjoy sangat belajar time tuh...rasa seronok pergi sekolah, tiap2 hari dapat ilmu baru n tiap2 hari ilmu aku bertambah, tapi sekarang belajar kat u neh, aku makin kurang perform, aku makin malas pergi kelas, aku makin hilang keyakinan diri (sedey wooooo), thats why aku rindu zaman dulu, aku nak perfom balik macam dulu, aku nak buktikan aku boleh berjaya n kembalikan zaman kegemilangan aku...korang...support aku taw...huuu. Okeee...entri neh cuma sebagai pembakar semangat untuk aku, tiada niat apa-apa tahu...oklah....sudah letih menaip, jari aku nak tidur pulak..hakhak...daaaa

06 November 2010

Video Lucah Berharga RM10K!!!

 Salam!

wah2 korang...kalau entri macam neh laju jek kan?....
emmmm...malas mahu mengomel manjang2 neh, nanti korang sakit hati, aku pun sakit hati....
sebab per?..sebab buang masa jek mengomel kat korang...aku banyak kerja lah wey...
so..lain kali je lah yer aku mengomel?...heeee....sila jangan kecewa sebab entri kali neh aku tak mengomel
layan...

-------------------------------------------------------------------------------BUKIT MERTAJAM: A 21-year-old mobile phone kiosk operator was fined RM10,000 by a magistrate's court here for having a laptop containing pornographic video clips saved in a few folders.
Tang Wei Khang from Taman Juru pleaded guilty to committing the offence at J & S Communication Trading sales counter in Megamal Pinang complex, Prai at 8.50pm on Aug 24.
The offence, under Section 5(1)(a) of the Film Censorship Act 2002, is punishable under Section 5(2) of the same Act.
Under the Act, an offender can be slapped with a minimum fine of RM10,000 or a maximum fine of RM50,000 or jailed up to five years or both.
Prosecuting officer Alias Md Yusof had pressed for a stiff penalty, stressing that pornographic material was among the main sources of immoral activities among youths, including baby dumping.
Tang, who was not represented, pleaded for a lenient sentence as this was his first offence.
He also promised not to repeat the offence.
Magistrate Arif Mohd Sharif then ordered Tang to pay RM10,000 within six months. Tang, who was accompanied by his family members, paid the fine.
nak study sampai tertidur macam neh...dari buat kerja tak berfaedah
-------------------------------------------------------------------------------

hah...amik kau...padan muka...banyak2 video...video lucah jugak yang ko nak simpan...hah...bayar jangan tak bayar...okeee...hah korang yang dah baca entri aku neh....neh peringatan jek dari aku...korang nak simpan video2 macam neh...aku tak nak amik tahu pun....cuma kalau kantoi...sendiri mahu tanggung lah....okeee....daaaa...sekian untuk entri kali ini....entri menggusarkan jiwa (for those yang ada simpan video lucah...heeee) ....have a nice blogwalking here...heeee