23 October 2010

Bumi Kedua Ditemui!!!

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi



hehe....itulah serba sedikit mengenai planet yang dikatakan menyerupai bumi, tapi sebenarnya saya tertarik dengan jarak nya dari bumi...20 tahun cahaya dari bumi...kalau korang budak fizik atau seangkatannya boleh korang bayangkan bapa lama masa nak amik untuk ke sana???...maksudnya kalau korang boleh bergerak selaju cahaya korang akan sampai kat planet dalam masa 20 tahun...laju cahaya bersamaan 300000000 meter per saat atau 300000 kilometer per saat...per saat okeh???...bayangkan lah bapa laju korang kena bergerak...itupun 20 tahun baru sampai...besar betul impian mat2 saleh neh nak tengok planet tuh...tak pe...baguih tuh...korang yang masih muda...boleh lah mula memasang angan-angan cipta kenderaan selaju kelajuan cahaya...boleh lah travel space nanti....hukhuk

0 comments:

Post a Comment