20 April 2010

Jom Hilangkan Kerisauan

yuhuuuu.....oklah kali neh aku nak tolong korang. Tolong macam mana? tolong hilangkan kerisauan korang,tapi di sini tiada gerenti hah...jangan pulak nanti kerisauan korang tak hilang,aku kena saman lak...nanti aku lak yang tak hilang-hilang kerisauan..huhu
ok...actually banyak sangat kerisauan kita dalam hidup kita. Bermula dari kita bangun di awal pagi hinggalah mata kita pejam di malam hari, macam-macam yang kita risau kan?
ok..disini disenaraikan antara perkara yang biasa menjadi kerisauan korang semua: 1-Risau pasal sewa rumah tak bayar lagilah
2-Risau pasal final exam
3-Risau pasal presentation final project
4-Risau pasal kewangan yang makin menyusut
5-Risau pasal road tax dah expiredlah
6-Risau baju kat ampaian tak angkat-angkat
7-Risau masa yang sentiasa tak cukup bagi korang

ok...itulah antara perkara yang korang sentiasa risaukan kan?..sentiasa jek ada dalam fikiran korang, sehinggakan korang kadang-kadang tak dapat nak fokus pada kerja korang sebab terlalu risau dengan perkara-perkara macam neh.Tapi korang sebenarnya tak patut pun risau..kalau boleh jangan pikir pun langsung. Tapi macam mana?...hah neh yang nak bagitahu neh, ok...actually aku sedang baca buku neh pasal macam mana nak hilangkan kerisauan. Tajuknya adalah How to Stop Worrying and Start Living, authornya adalah Dale Carnegie, tak habis baca pun lagi buku neh tapi dalam buku neh ada satu method neh yang menarik minatku untuk dipraktikkan...huhu
Method neh telah dipraktikkan oleh seorang engineer yang bijak, namanya Willis H. Carrier..actually ada kisah macam mana dia praktikkan method neh..tapi aku tak nak cerita pasal tuh dulu...nak terus jump ke methodnya, next entri aku cerita kisah dia neh k?...method neh ada 3 step:

1-Analisis situasi itu dan cuba imagine perkara paling teruk boleh berlaku kat korang disebabkan situasi itu. ( contoh situasi, si A telah menyebabkan syarikatnya kerugian RM50,000)~~ok, perkara paling teruk boleh berlaku kat si A neh agak-agaknya apa yek?...paling teruk pun si A mungkin kena marah dengan boss dan kena buang kerjakan???...tak kan dia kena tembak kan?...kalau dia hilang kerja sekalipun...dia masih boleh cari kerja lain dan mungkin kerja barunya nanti lebih bagus kan?

2-Ok, selepas kita tahu perkara paling teruk boleh terjadi, kita kena terima perkara itu. Si A telah dibuang kerja, jaid si A kena terima perkara itu dan cuba mencari kerja lain.

3-Gunakan masa dan tenaga yang ada untuk perbaiki diri supaya tak ulangi perkara yang sama. Si A telah mendapat kerja di tempat yang baru, dia bekerja bersungguh-sungguh dan tidak mahu mengulangi perkara yang sama.Akhirnya,si A telah dinaikkan pangkat dalam waktu yang singkat dan menjadi antara orang terpenting dalam syarikat itu.

ok...itulah 3 step yang saya cakap...senang kan???...harap-harap korang dapat praktikkan...

p/s: Risau pasal nak praktikal dan risau pasal final year project next sem....patut ker????...ish3...aku neh....

0 comments:

Post a Comment